alternatif-net  

[alternatif-net] 23 FEB 2008 I!!! JOM RAKYAT KUNINGKAN KUALA LUMPUR - perhimpunan HALAL , tolak Barang Naik, Banyak Naik .......

Salmah Ahmad
Wed, 30 Jan 2008 03:21:17 -0800

Sabtu 23 FEBRUARI!!! JOM KITA KUNINGKAN KUALA LUMPUR  
 

KUALA LUMPUR, 12 Jan 2008  - Gabungan Pilihanraya
Bersih dan Adil (Bersih) merancang mengadakan
perhimpunan besar-besaran kali kedua bagi menuntut
perjalanan pilihan raya yang adil dan bersih di negara
ini.

Bersih mengenal pasti tiga tempat iaitu Dataran
Merdeka, Stadium Merdeka atau Stadium Nasional Bukit
Jalil - sebagai tempat perhimpunan, pada 23 Februari
depan.

Perhimpunan yang bertemakan Pesta Rakyat 'Jom Bersih'
itu sebagai menyahut saranan pemimpin kerajaan supaya
mengadakan perhimpunan mengikut peraturan dan saluran.

Malaysiakini melaporkan, Jurucakap Bersih, Mohd Anuar
Tahir berkata, sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badawi, Timbalannya, Dato' Seri Mohd
Najib Tun Razak dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa
Hassan menggesa Bersih mengadakan perhimpunan di
Stadium Nasional, Bukit Jalil.

"Bersih menyahut saranan tersebut. Kita akan membuat
permohonan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk
mendapatkan kelulusan menggunakan salah satu tempat
tersebut.

"Dan kita menjangka perhimpunan kali ini berjaya
mengumpul lebih ramai dari perhimpunan pertama 10
November lalu kerana ia perhimpunan rakyat.

"Mengikut rekod Bersih, kira-kira 130,000 orang dari
seluruh negara akan berkumpul di Kuala Lumpur sebagai
menyokong perhimpunan pada tarikh tersebut," katanya
dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor
(SCAH), semalam.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr
Dzulkifli Ahmad, yang ditemui Harakahdaily berkata
Bersih akan membuat permohonan permit bagi tujuan
tersebut secepat mungkin.

Sebelum ini, Bersih telah menganjurkan perhimpunan
rakyat pada 10 Nov lalu, yang dirancang bermula di
Dataran Merdeka ke Istana Negara sebagai menuntut
perubahan dalam pilihan raya di negara dengan
mengemukakan empat tuntutan.

Bersih menuntut SPR membersihkan senarai daftar
pemilih daripada 'pengundi hantu', penggunaan dakwat
kekal bagi mengelakkan pengundian berulang,
penghapusan undi pos dan capaian media yang lebih adil
kepada semua parti politik.

Bersih dianggotai 70 badan bukan kerajaan, parti
politik dan kumpulan kesatuan sekerja, yang ditubuhkan
pada Julai 2005, bagi menekan kerajaan supaya membuat
perubahan dalam pilihan raya umum di negara ini,
insyaAllah."  

Jika takut ambil RISIKO, usah bicara pasal PERJUANGAN.








      
____________________________________________________________________________________
Never miss a thing.  Make Yahoo your home page. 
http://www.yahoo.com/r/hs


Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [EMAIL PROTECTED] 
    [EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
  • [alternatif-net] 23 FEB 2008 I!!! JOM RAKYAT KUNINGKAN KUALA LUMPUR - perhimpunan HALAL , tolak Barang Naik, Banyak Naik ....... Salmah Ahmad