Salmah Ahmad
Wed, 23 Jul 2008 01:34:44 -0700
Tiba-tiba UMNO/BN mahu segera gubal Akta DNA di Parlimen, untuk memerangakap dan memfitnah DSAI.
Akta Dakwat Kekal Pilihanraya kini masih cuba diTUTUP dan diLUPAkan. Helah yang sama mahu digunakan oleh SPR supaya pengundian berganda-ganda boleh dibuat oleh hantu-hantu penipu UMNO/BN. Kalau Pilihanraya ke 12 telus dan adil dengan menanda DAKWAT setiap orang yang sudah mengundi, besar kemungkinan Pakatan Rakyat sedah mentadbir Malaysia dengan aman-makmur .... Harga Minyak dan Harga Barang tidak membebankan rakyat seperti sekarang, akibat kezaliman regim Bodohwi UMNO Barang Naik. Rashid SPR terus buat bongok tentang isu DAKWAT KEKAL ... untuk meneruskan agenda penipuan UMNO/BN. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_08.htm PARLIMEN ARKIB : 11/07/2008 Akta DNA akan dibentang di Dewan Rakyat KUALA LUMPUR 10 Julai - Akta DNA yang turut mengandungi profil DNA penjenayah sebagai prosedur mencari bukti kesalahan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini. Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ialah kaedah saintifik untuk mencari bukti berdasarkan sampel anggota badan seperti rambut dan air liur bagi mengukuhkan siasatan terhadap sesuatu kes jenayah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perbincangan kementeriannya dengan pihak terlibat termasuk Jabatan Kimia telah dilakukan bagi melengkapkan kertas kerja tersebut. Beliau berkata, setelah itu barulah dikemukakan ke Pejabat Peguam Negara untuk kajian dari sudut perundangan dan seterusnya bakal dikemukakan di Kabinet bagi mendapatkan kelulusan. ''Saya bercadang untuk membentang cadangan penubuhan Akta DNA ini pada sesi Dewan Rakyat sekarang jika tidak sempat mungkin pada sesi kedua atau ketiga,'' katanya. %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%% http://www.malaysiakini.com/news/83256 'Komplot' 3 Tan Sri batal dakwat kekal Jimadie Shah Othman & Zahra Hamdan | May 22, 08 Pembatalan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum lalu hasil "komplot" tiga badan utama negara untuk "menggagalkan usaha memastikan pilihanraya tidak dicemari penipuan", dakwa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih). Dalam laporan polisnya, jurucakap gabungan itu Faisal Mustaffa mendakwa usaha terancang itu melibatkan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan. "Saya meminta agar pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk membuat penyiasatan ke atas pengerusi SPR, perdana menteri, peguam negara dan ketua polis negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia," kata Faisal. Aduan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi tadi susulan kenyataan beberapa tokoh ini sejak minggu lalu. Sabtu lepas, Abdul Rashid mendedahkan, kabinet memutuskan pada hari pembubaran parlimen pada 13 Februari, untuk menolak penggunaan dakwat kekal di jari pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengulas kenyataan SPR, bagaimanapun menafikan kabinet mengarahkan suruhanjaya itu berbuat demikian. Tahun lalu, SPR bersetuju melaksanakan langkah tersebut dalam pilihanraya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang hari pengundian atas alasan keselamatan. Abdul Gani dan Musa turut hadir di sidang media SPR sewaktu mengumumkan pembatalan tersebut, pada 4 Mac lalu. Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi penggunaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang telah dikesan oleh polis. Menteri keselamatan dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar bagaimanapun memberitahu Dewan Rakyat minggu lepas bahawa SPR membatalkan cadangan dakwat kekal berdasarkan "bukti khabar angin". Bercakap di satu seminar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abdul Rashid juga mendedahkan bahawa kabinet telah terpengaruh dengan maklumat polis bahawa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara. "Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut. "(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (menteri) percaya ia memang benar-benar wujud," kata Abdul Rashid. Turut hadir di balai polis, pengarah eksekutif Institut Integriti Pilihanraya Kebangsaan (NIEI) Amin Iskandar. Bersih dan NIEI dalam kenyataan bersama turut menyebut penglibatan perdana menteri dalam kontroversi ini. Menurut mereka, ketua polis mendakwa terdapat laporan polis dibuat di Kelantan, Kedah, Perlis di antara 16 hingga 21 Februari lalu. Namun, tambah mereka, jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Syed Hamid ketika menjawab soalan ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan mengesahkan "sebenarnya tiada sebarang bukti berkenaan penyeludupan dakwat kekal dari negara jiran." Membacakan kenyataan bersama itu, Faisal (foto atas, kanan) berkata, percanggahan dakwaan keempat-empat pihak ini menunjukkan bahawa "Abdul Rashid berada di bawah telunjuk ahli kabinet". Sepatutnya SPR membentangkan pindaan kepada Parlimen bagi membolehkan pelaksanaannya mengikut undang-undang, tambahnya. "SPR hanya merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan kelulusan berikutan penggunaan dakwat kekal tanpa ada pindaan (akta) kepada Parlimen," tambahnya. Bersih dan NIEI juga mendesak pengerusi SPR meletakkan jawatan serta-merta berdasarkan sikapnya yang didakwa "tidak profesional". Amin (foto, kiri sekali) pula berkata, alasan untuk membatalkan penggunaan dakwat "tidak masuk akal" kerana prosedur pembelian dakwat itu amat ketat. "Dakwat ini bukan boleh dibeli di kedai alat tulis. Kena ada surat, kena ada suruhanjaya. Bukan boleh senang-senang pergi beli," katanya. Mengulas tentang dakwaan terdapat pembelian dakwat ini dari negara jiran, Amin berkata: "Thailand sendiri mengimport dakwat kekal dari India." Menurut pemantau pilihanraya itu lagi, India adalah pengeksport utama dakwat kekal untuk pilihanraya di rantau ini. "Dakwat (kekal) yang dikemukakan kepada pihak (majlis) mufti itu sendiri adalah dari India," katanya, yang turut memantau pilihanraya umum di Nepal baru-baru ini. Dalam aduan polisnya, Bersih melampirkan 12 keratan akhbar berhubung kontroversi ini, termasuk laporan Bernama, The Star dan Malaysiakini. ------------------------------------ Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/