Salmah Ahmad
Mon, 11 Aug 2008 02:04:00 -0700
Setelah Sandiwara Liwat Saifool tidak laku, UMNO terpaksa gali lubang baru untuk tutup lubang-lubang lama. Majority ahli UMNO lebih yakin kebenaran Kes Pembunuhan Altantuya oleh Najib/Rosmah berbanding Skrip Liwat Saifool. Banyak lagi Sandiwara terpaksa dicipta untuk menutup bangkai yang sangat busuk ....... rakyat Malaysia sudah semakin sukar untuk ditipu ... kerana zaman sudah berubah, alhamdulillah.
Forum Masuk Islam: Fitnah jangan dikejut
Ustaz Idris Ahmad
Islam agama Allah, maka Allah akan pelihara agama-Nya. Islam bukan ciptaan
manusia atau mana-mana pemimpin tetapi ia adalah agama yang datang daripada
Allah SWT. Ajaran Islam pula ajaran yang menyeru kepada perdamaian bukan
pemusuhan. Islam mampu buktikan ia boleh tinggal dengan aman walaupun berlainan
agama. Tidak ada dalam sejarah Islam membuat kezaliman kepada orang bukan Islam
walaupun mereka minoriti berada di dalam negara Islam.
Islam bukan agama yang memaksa orang memeluknya. Kalau dipaksa maka ia akan
melahirkan golongan munafik dalam Islam. Peraturan Islam,? apabila sudah
menganut Islam maka ia tidak boleh keluar dari agama. Selalu mereka persoal
balik kenapa hanya orang Islam tidak boleh murtad, kenapa kami daripada agama
lain boleh keluar agama asal dan memeluk Islam. Jawapannya adakah dalam? agama
kamu menghalang daripada keluar agama kamu.
Alhamdulillah negara kita yang penduduk peribuminya Islam dan menerima
pakai?Islam sebagai ajaran anak pribumi di negara ini. Dan inilah juga
dihormati oleh penjajah ketika mereka datang ke negara kita. Penjajah Inggeris
tahu, soal agama adalah merupakan perkara yang sensitif dan tidak boleh campur
tangan dari kalangan orang? lain.
Perjanjian Pangkor 1874 sebagai titik mula dilihat bagaimana Inggeris
menghormati Islam dan tahu mana kekuatan yang ada pada orang Melayu Islam.
Mereka tahu batasan orang Melayu iaitu Islam. Inggeris memutuskan bahawa soal
agama diurus oleh sultan dan soal pentadbiran dikendalikan oleh Residen
Inggeris. Kenapa ini berlaku kerana Inggeris tahu bahawa orang melayu sensitif
terhadap agama mereka.
Dalam banyak hal ketika negara hendak merdeka beberapa perkara yang menjadi
soal fundemantal? telah dimasukkan? dalam perlembagaan. Seolah-olah perkara ini
dianggap 'keramat' dan tidak boleh disentuh seperti soal Islam, kedudukan
raja-Raja Melayu, keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu. Walaupun dalam
realiti pada hari ini beberapa perkara sudah mula terhakis seperti bahasa
Melayu, hak istimewa orang Melayu, ia tidak berapa sensitif kepada orang
Melayu-Islam di negara ini.
Tetapi soal Islam jangan siapa untuk menyentuh kerana ia sudah menjadi darah
daging kepada orang Melayu-Islam di negara ini. Lebih-lebih lagi termaktub
dalam perlembagaan Malaysia Fasal 160 definisi Melayu adalah seperti berikut;
"...seorang yang menganut agama Islam lazimnya bercakap bahasa Melayu menurut
adat istiadat Melayu dan:
a. Lahirnya sebelum hari merdeka di Persekutuan atau Singgapura atau pada hari
merdeka ia adalah berdomisi di Persekutuan atau di Singapura atau,
b. Ia adalah keturunan seorang yang tersebut.
Mengaitkan agama dengan bangsa menunjukkan ia adalah asas kepada fikiran orang
Melayu sehingga agama Islam telah menjadi satu unsur yang penting dalam
definisi Melayu menurut Perlembagaan Negara.
Bangsa Melayulah satu-satu bangsa yang dikaitkan dengan agama, di mana Melayu
adalah sinonim? dengan Islam. Memahami hakikat ini penjajah Inggeris mampu
bertapak di Tanah Melayu, serta mengubah struktur kepimpinan di negara ini,
berbanding dengan kuasa penjajah Portugis dan Belanda.
Kerana mereka mengetahui psikologi orang Melayu berkenaan dengan agama. Mereka
memberi cuti umum pada hari Jumaat, bulan puasa sekolah diberikan cuti kesemua
ini untuk meraikan orang melayu yang kuat dengan syiar agama.
Sebab itu? pada awal tahun 2006 apabila tindakan sembilan? menteri Kabinet
bukan Islam mengemukakan memorandum bersama kepada Perdana Menteri, Dato? Seri
Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyemak semula undang-undang berkaitan
pertukaran agama telah menjadi kemarahan orang Islam.
Memorandum itu, yang membutirkan undang-undang berkaitan dan beberapa perakuan,
ditandatangani oleh semua menteri itu, termasuk Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Dato' Seri Ong Ka Ting; Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Dato' Seri
Dr Lim Keng Yaik; Menteri Kerja Raya Dato' Seri S Samy Vellu dan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok; Menteri Pengangkutan Dato' Seri
Chan Kong Choy; Menteri Sumber Manusia Dato' Seri Dr Fong Chan Onn; Menteri
Kesihatan Dato' Dr Chua Soi Lek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr
Maximus Ongkili; dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato' Peter
Chin Fah Kui. Yang paling sedih tindakan ini dikatakan wajar oleh Tan Sri
Rafidah Aziz " (Utusan Malaysia 21.1.06, "Tindakan mereka wajar")
Tindakan yang mereka lakukan amat mengguris perasaan orang Islam di negara ini.
Selama ini perkara yang membabitkan masalah agama tidak ada siapa yang berani
sentuh termasuk penjajah? yang pernah datang?ke negara ini. Kita ingin
mengingatkan bahawa hal ehwal Islam biarlah orang Islam selesaikan. Mereka
tidak berhak mencapuri urusan Islam, sebagai mana Islam tidak berhak untuk
mencampuri hal ehwal bukan Islam.
Mereka perlu ingat bahawa Orang Melayu-Islam begitu sensitif dengan agamanya
apabila diganggu. Banyak perkara lain mereka boleh maaf tetapi tidak pada
urusan agama.
Alhamdulillah orang Melayu-Islam masih sensitif dengan agamanya. Selonggar mana
pun ikatan orang? Islam dengan agamanya ia tidak tergamak agamanya dihina dan
dipermain-mainkan.
Sebab itu apabila isu Artikel 121 (1A) cuba hendak disentuh seluruh rakyat di
negara ini yang beragama Islam bangkit menentang, walalupun kita lihat
kehidupan mereka yang agak sekular tetapi dalam hal ini mereka tetap tidak
bersetuju. Kerana ini mereka anggap suatu hal yang menggugat jati diri mereka
sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam
Jangan menyamakan Islam dengan agama mereka. Tuntutan yang melampau terhadap
Islam bermakna menguji keimanan orang Islam. Kalau penjajah yang datang ke
negara ini memahami tentang isi hati orang Melayu Islam, ini maka mereka juga
kena faham apa yang boleh mereka buat dan tidak boleh buat di negara ini.
Pada hari Sabtu, 9 Ogos 2008, Majlis Peguam hendak menganjurkan pula Forum
Masuk Islam. Semua pihak marah termasuklah parti PAS melalui kenyataan Dato'
Seri Presiden PAS yang menyatakan bahawa ini akan mencetuskan ketegangan agama
dan kaum di negara ini. Keadaan tersebut jika dibiarkan, katanya, akan
merugikan negara dan oleh itu demi kestabilan hubungan agama serta kaum, PAS
menggesa pihak Majlis Peguam membatalkan forum berkenaan.
Kita tahu ini adalah agenda mereka yang hendak memperjuangkan?supaya orang
bebas untuk murtad. Sedangkan perkara ini sudah jelas, tetapi kenapa mereka
masih degil. Apakah mereka hendak menguji tahap kesabaran orang Islam. Selama
ini suasana yang harmoni? boleh berjalan dengan baik kenapa isu ini yang
dibangkitkan.
Ini juga adalah lanjutan kumpulan Artikel 11 yang hendak menuntut supaya
kebebasan untuk beragama dan supaya orang Islam juga bebas untuk murtad.? Sudah
dua kali program Artikel 11 berjaya digagalkan oleh umat Islam? iaitu di Pulau
Pinang dan di Johor Bahru sehingga Tan Sri Nazri Aziz kata ini tindakan yang
bodoh kepada mereka yang tunjuk perasaan.?Suka diingatkan? ini adalah fitnah.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud "Fitnah itu tidur, celakalah mereka yang
mengejutkannya."
------------------------------------
Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan
Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif
(BA) unless otherwise stated
Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]
To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/