Salmah Ahmad
Wed, 27 Aug 2008 18:01:10 -0700
Pengharaman jualan pasir ke Singapura sudah ditarik balek? Oleh: Datuk Rejal Arbee
Seorang rakan di Johor Bahru baru-baru ini telah terserempak dengan ujudnya
lori-lori yang sarat dengan pasir berpusu-pusu meyeberangi Tambak Johor.
Kejadian ini menimbulkan berbagai persoalan kerana bukankah Malaysia sudah
mengharamkan jualan pasirnya ke republik kuat dipengaruhi Yahudi Zionis itu?
Lori-lori ini dikatakan sudah menunggu giliran untuk menyeberangi tambak waktu
dini hari sebelum subuh lagi.
Rakan saya itu mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat lori
kosong berduyun-duyun menyeberangi tambak kembali ke Johor dari Singapura
sekitar pukul 7 malam pertengahan bulan lalu sebelum beliau sendiri melihat
lori membawa pasir itu. Waktu itu beliau tertanya-tanya apa sebenarnya
lori-lori itu membawa ke Singapura? Kemusykilannya terjawab apabila 10 hari
kemudian beliau melihat tiga buah lori sarat dengan pasir berdekatan Danga City
Mall manakala ada pula yang sedang menuju ke Kompleks Tanjung Puteri dalam
perjalanan ke pulau itu pada pukul 9 pagi.
Persoalannya sekarang bagaimana pasir-pasir itu boleh di ekspot ke Singapura?
Bukankah Kerajaan melarang sebarang penjualan pasir baik dari laut mahu pun
pasir darat ke republic itu sejak 1997 lagi? Apakah larangan itu kini sudah
ditarik balek? Jika demikian halnya sejak bila pula larangan itu telah
dimansuhkan? Kenapa pula tidak ada pengumuman mengenainya? Kiranya benar apakah
yang mendorong kerajaan berbuat demikian?
(Kita juga tahu bagaimana ada pihak berkepentingan mahu kerajaan benarkan
penjualan pasir semula ke republik itu kononnya sebagai dorongan mendapatkan
persetujuan Singapura untuk membina jembatan menggantikan Tambak Johor).
Siapa pula sebenarnya pengusaha yang mengambil pasir dan siapa yang menjualnya
ke Singapura. Siapa pula yang berikan permit membenarkan pasir itu di ekspot?
Mengikut peraturan sedia ada sesiapa yang hendak mengambil pasir perlu mendapat
kebenaran dari Pengarah Tanah dan Galian di negeri mana pasir itu hendak
diambil. Dan dari apa yang saya faham PTG perlu diberitahu kemana pasir yang
diambil itu hendak di bawa; biasanya pasir dari darat digunakan untuk membancuh
dengan simen oleh kontrektor binaan dan perumahan.
Kiranya benar ada pasir yang sedang di jual ke Singapura tentunya berbagai
permit yang diperlukan sudah diperolehi. Mustahil lori-lori yang sarat dengan
pasir itu boleh di bawa keluar negara melalui Tambak Johor tanpa pengetahuan
atau tanpa mendapat permit. Jika demikianlah halnya, itu adalah suatu perbuatan
penyeludupan.
Permit ekspot untuk apa-apa pun barangan dan produk dikeluarkan oleh Kementeri
Perdagangan Antarabangsa dan Perindusterian. Tanpa permit itu tidak ada
barangan yang boleh di bawa keluar dari negara secara halal. Dan tentunya
Jabatan Kastam di Raja memantau setiap lori yang hendak pergi ke Singapura baik
di Tambak Johor mahu pun di Link Kedua.
Tetapi hingga kini tidak ada sebarang pengumuman atau pemberitahuan bahawa
pasir Johor kini telah diberi kebenaran semula untuk dijual ke Singapura.
Tidak juga diketahui apakah pasir yang dijual ke Singapura itu pasir darat
(untuk dicampur dengan simen untuk membina bangunan) atau pasir laut untuk
ditambak menambahkan tanah republik itu.
Saya pernah menulis dalam laman ini bahawa Singapura sememangnya menghendakkan
pasir bukan saja untuk industeri binaannya tetapi lebih mendesak adalah untuk
dapat meneruskan rancangan penambakannya bagi menambah keluasan tanahnya. Luas
tanah asalnya sebelum ia memulakan rancangan penambakan pada tahun 1960 adalah
581.5 km persegi.
Berikutan dengan begitu rancaknya usaha penambakan khususnya dalam dekad 80an
keluasannya telah bertambah kepada 633 km persegi pada tahun 1993 ia itu
penambahan keluasan hampir 10 peratus dari luas asalnya. Rancangan
penambakannya itu diteruskan lagi dengan begitu pesatnya hingga keluasan pulau
itu kini sudah meningkat hampir 700 km persegi. Matlamatnya ia bercita-cita
menambahkan keluasannya itu hingga ke 820 km persegi menjelang 2030.
Untuk mencapai cita-cita tingginya itu ia memerlukan berbilion meter padu pasir
laut dalam tempoh tersebut. Oleh kerana soal penambakan ini telah menjadi isu
yang amat sensitif kerana melibatkan dua jirannya, Malaysia dan Indonesia,
pemerintah pulau itu sejak beberapa tahun kebelakang ini tidak lagi mengumumkan
peningkatan keluasannya tahun demi tahun.
Sebelum ini ia banyak bergantung dengan Indonesia membekalkan pasir walaupun ia
juga menerima bekalan pasir laut dari Malaysia. Malaysia telah mengharamkan
penjualan pasirnya ke republik itu pada 1997 apabila mendapati rancangan
penambakannya di Timur Laut dan di Barat Daya republik itu telah menjejas
perairan Selat Tebrau dan boleh mengancam Pelabuhan Tanjung Pelepas dan muara
Sungai Johor dan Pengkalan Tentera Laut di Penarik, Penggerang.
Tetapi tanpa pasir dari Malaysia pun ia tetap melaksanakan penambakan dengan
pasir dari Indonesia.
Indonesia pula telah mengharamkan penjualan pasirnya ke republik itu pada 2003
apabila mengetahui beberapa pulau dalam gugusan Riau termasuk Pulau Nipah sudah
hampir tenggelam. Kiranya pulau itu tidak ada lagi dalam peta ia boleh
menguncup sempadan laut Indonesia. Singapura tentunya boleh mengambil
kesempatan dengan itu untuk meluaskan perairannya.
Kita di Malaysia tentu sekali mengetahui bagaimana liciknya republik itu untuk
mendapatkan milik orang hanya untuk meluaskan tanah dan perairannya. Terkini ia
sedang menambak kawasan bedepan dengan Tanjung Kupang, Gelang Patah hingga ia
makin menghampiri Pulau Merabong. Jaraknya dengan pulau milik Johor itu kini
hanya 1.5km saja manakala jarak pulau itu dari Tanjung Kupang adalah 3km.
Dikhuatiri nanti republik itu akan mendakwa Pulau Merabong itu adalah haknya
pula. Dan akan berlaku pula satu lagi tuntutan bertindih? Buat masa ini
Malaysia tidak pula membantah apa yang sedang dilakukan republik itu di kawasan
itu.
Indonesia ketika mengambil keputusan mengharamkan penjualan pasirnya pada 2003
kerana bengang dengan sikap Singapura yang menggalakkan kegiatan penyeludupan
pasir. Persempadanan perairan Indonesia juga mungkin akan terjejas kerana
begitu banyaknya pasir dikorek dari beberapa pulau di Riau. Misalnya Pulau
Nipah sudah hampir tenggelam. Indonesia khuatir kiranya Pulau Nipah tenggelam,
Singapura boleh menuntut untuk meluaskan perairannya memasuki perairan
Indonesia.
Penggalian pasir yang begitu berleluasa itu juga telah menjejaskan alam sekitar
di kepulauan Riau dan Bangka Belitung. Berikutan itu Indonesia pada 2003 telah
mengharamkan penjualan pasirnya ke Singapura.
Singapura amat menyesal sekali dengan keputusan Indonesia itu. Tetapi republik
itu sendiri yang mendorong pengharaman itu. Apa tidaknya dengan adanya
penyeludupan pasir Indonesia yang berleluasa ke Singapura waktu itu. Ini nyata
sekali dari perbedaan jumlah pasir yang di eksport Indonesia mengikut angka
rasminya yang tidak seberapa berbanding dengan statistik Singapura yang
menunjukkan ia mengimpot jumlah pasir yang berganda daripada statistik rasmi
Indonesia. Mengikut angka rasminya, Indonesia mengekspot kurang dari 75 juta
kubik meter pasir pada 2001 berbanding dengan jumlah sebenar yang diimpot oleh
Singapura sebanyak 300 juta kubik meter pasir dari Indonesia.
Malah Singapura menjelaskan ia telah mengimpot sehingga 1.8 bilion kubik meter
pasir dari Indonesia sejak ia mula melaksanakan penambakan untuk menambah
keluasan tanahnya manakala anka rasmi Indonesia hanya 167 milion kubik meter.
Ini menunjukkan betapa leluasanya kegiatan penyeludupan pasir dari Indonesia ke
Singapura.
Indonesia juga dikatakan amat tidak puas hati bagaimana pengusaha pasirnya
dipermainkan. Pasir Indonesia itu dijual kepada broker pasir pada kadar S$1.50
satu kubik meter. Pasir itu kemudiannya dijual kepada Singapura pada harga S$15
satu kubik meter (ia itu 10 kali ganda). Apa pun kos penambakan waktu itu
dianggarkan S$15 satu meter persegi manakala tanah yang ditambak itu telah
dijual oleh pemerintah Singapura kepada pemaju pada kadar S$850 satu meter
persegi. Ini adalah kos lima tahun lalu. Jelas macam mana pun Kerajaan
Singapura membaut duit dari rancangn penambakannya itu.
Semua kos itu kini tentunya sudah meningkat. Jadi mereka yang mengekspot pasir
dari Johor ke Singapura tentunya mendapat perolehan yang lumayan sekali.
Kiranya ini benar-benar berlaku Singapura tidak lagi perlu mengimpot pasir dari
Vietnam atau Myanmar ?
Rejal Arbee
6 Julai 2008
------------------------------------
Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan
Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif
(BA) unless otherwise stated
Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]
To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/