Salmah Ahmad
Thu, 23 Oct 2008 08:13:44 -0700
Baru beberapa hari jadi Menteri Kewangan, Najib sudah rompak KWSP RM5,000,000,000.00 untuk Valuecap, keluarga dan kroni. Belum pernah ada perompak seganas ini. Syabas Najib, anda sangat layak menjadi Ketua Penyamun UMNO Baru !!!
Kerajaan UMNO/BN “Gomol” Pitih KWSP RM 5,000,000,000.00 “Slow – Slow” Je !!!
Dilulus terbit pada Thursday, October 23 @ 21:00:00 MYT oleh TokBatin
Oleh ulitmayang
"
Mungkin , kepada rakyat yang tidak tahu apa benda yang sedang dilakukan oleh
Menteri Kewangan yang baru ni , hanya boleh sebut ”....huh !!!! banyaknya
,,,nak buat apa tu ???...” .
Entah apa – apa lah Najib ni
Sementara itu rasanya ramai juga yang terperanjat , kerana dalam keadaan semua
media melaporkan "Ekonomi kita tidak terjejas , Malaysia tidak berada dalam
krisis kewangan "
Seperti kata , Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak , Malaysia
tidak berada di dalam keadaan krisis kewangan dan tidak sepatutnya diperkatakan
berada di dalam keadaan sedemikian.
Mana mungkin , dalam keadaan tidak ada satu negara pun yang terselamat , samada
negara maju , mahu pun lebih – lebih lagi negara membangun , negara kita
dikatakan selamat .
Boleh caya ka ???
Kata orang – orang tua kita , ”cakap siang pandang – pandang , cakap malam
dengar – dengar ” , maka tidak lama selepas itu , ’terkeluar’ pulak tajuk ini
" Unjuran KDNK 2009 akan disemak semula kepada menurun - Najib"
Kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selanjutnya ,
kerajaan akan menyemak semula unjuran pertumbuhan 2009 kepada lebih rendah
daripada sasaran 5.4 peratus, berikutan perkembangan luar yang kian gawat.“
Butiran semakan semula itu dan dasar respons kerajaan akan dibentangkan dalam
ucapan penggulungan Bajet di Parlimen pada 4 Nov
Disebabkan krisis kewangan semasa yang turun naik, Najib berkata kerajaan perlu
membetulkan andaian berkenaan dengan teliti.
Betul ke " Tiada pengaliran keluar FDI " ???, Seperti kata Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri Tan Sri Amirsham Abdul Aziz , tidak berlaku pengaliran keluar
besar-besaran pelaburan langsung asing (FDI) walaupun berlaku krisis kewangan
global ?
Kalau lah benar kukuh , selamat dan tidak meleset , kenapa perlunya kepada "
Dana tambahan RM 5, 000,000,000.00 untuk melabur dalam saham terkurang nilai "
???
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan menyediakan dana tambahan RM5
bilion bagi menggandakan saiz Valuecap Sdn Bhd kepada RM10.3 bilion dan melabur
di dalam saham terkurang nilai serta melindungi pelaburan dalam syarikat milik
kerajaan.
Adakah benar " Dana tambahan sebnayak RM 5 ,000,000,000.00 untuk Valuecap cukup
" ???
Kena cakap betul – betul , kalau tak cukup bagi tahu lah !!!
Duit Petronas tu masih banyak lagi !!!
Bila lagi nak guna dan pakai kan !!!
Jangan lah malu – malu pulak ,,,, ambik je
Akhirnya , oleh kerana sudah tidak dapat ditutup lagi , pasaran saham dah jatuh
merudum , payah nak bangun dah , so , cerita sebenar terpaksa lah dimaklumkan
juga , kata orang , sebelum ditanya baik diberitahu , iaitu " Tambahan dana
Valuecap sebenarnya adalah pinjaman dari duit KWSP "
Saja nak tanya , duit siapa kat dalam KWSP tu ???
Ulasan
Tidak lah diketahui , samada ekonomi negara kita meleset atau tidak kini ,
sehinggakan perlu kepada umno/bn berbelanja sebanyak RM 5,000,000,000.00 ?
Walau apa pun namanya, samada pinjaman, sumbangan , sedekah , ’bail out’ ,
suntikan modal dan sebagainya , begitu lah mudahnya kerajaan umno/bn berbelanja
, yang mungkin tujuan yang diberitahu kepada rakyat ialah untuk melabur dalam
kaunter yang ’terkurang nilai’ , tetapi yang lebih utama ialah siapakah pemilik
persendirian sebenar bagi kaunter – kaunter ini ?
Ada siapa yang boleh kemukakan maklumat yang paling sahih , tolong hantar ye
!!!!
Apa yang rakyat terbanyak boleh lakukkan ?
Apa yang boleh kakitangan kerajaan dan swasta boleh lakukan , bilamana simpanan
mereka digunakan dengan penuh ’berhemah’ oleh kerajaan umno/bn ?
Nota
Nampaknya , teknik Menteri Kewangan baru ni serupa dan sama macam kaedah
Mahathir yang perlingkup semua duit GLC- Petronas , KWSP , TABUNG HAJI , TNB ,
TELEKOM , KHAZANAH dan lain - lain
Mungkin adakah benar kata orang akhir - akhir ini , Mahathir adalah disebalik
semua ini ????
------------------------------------
Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan
Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif
(BA) unless otherwise stated
Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]
To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/