Salmah Ahmad
Thu, 11 Dec 2008 17:09:41 -0800
Jika Mat Sabu jadi calon Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu, itu adalah tanda kemunduran dan kegagalan PAS, Pakatan Rakyat dan diri Mat Sabu sendiri.
Benar, Mat Sabu adalah tokoh pidato dan Ahli Parlimen yang hebat. Tapi kehebatan seseorang pemimpin hanya berkesan apabila dia sendiri berjaya melatih dan mempersiapkan lebih banyak pemimpin pelapis yang lebih hebat untuk perancangan jangka pendek dan panjang, sebagai Khalifah Allah. Nabi Muhammad SAW terbukti berjaya kerana mampu melatih khalifah-khalifah dan beratus-ribu para sahabah/iah yang berjuang keseluruh dunia. Mat Sabu sepatutnya berjaya mendidik dan membimbing beribu-ribu lagi "Mat Sabu", tokoh pemimpin pelapis yang lebih hebat, untuk masa hadapan Malaysia yang cerah di sisi Allah. Ibarat seorang tokoh veteran yang berpengalaman luas, Mat Sabu wajib mencurah pengetahuan kepada golongan pelapis yang lebih muda. Cukuplah pengalaman berharga beberapa penggal sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Kuala Kedah. PAS dan Pakatan Rakyat sebenarnya sangat memerlukan "leader & coach" yang berwibawa untuk melatih pemimpin-pemimpin yang hebat. Ayam Sabung yang terbukti hebat mesti melatih banyak ayam-ayam sabung yang lebih muda untuk mentadbir Malaysia. Kalau Ayam Sabung Tua masih gian untuk masuk sendiri bertarung dalam gelanggang, itulah tanda jalan mati untuk PAS dan Pakatan Rakyat. Itulah tanda kegagalan mentarbiah dan mempersiapkan pemimpin-pemimpin pelapis di Terengganu dan Malaysia. Jangan jadi macam UMNO Baru yang terpaksa bergantung talian-hayat, kepada lembu-lembu tua yang berpenyakit kronik seperti Mat Taib, Rahim Tambi Chick dan Rafidah AP. Saya yakin Mat Sabu akan bermati-matian bekerja untuk kemenangan PAS/Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu, tetapi bukan sebagai calon. Mat Sabu lebih patut mendidik, melatih dan membimbing beribu-ribu Mat Sabu Muda untuk mentadbir Malaysia yang lebih bersih dan maju. Selamat berjuang dan semoga Allah membantu Mat Sabu dan semua Pejuang Islam di seluruh alam Nya, insyaAllah. Syed Hamid Yakin UMNO Menang di Kuala Terengganu Dilulus terbit pada Wednesday, December 10 @ 09:35:38 MYT oleh TokPenghulu Oleh Johor De Factor Syed Hamid Albar menjangkakan pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan menyaksikan persaingan sengit antara calonnya dengan pembangkang. Susulan jangkaan itu, Syed Hamid yang juga Menteri Dalam Negeri dan MP Kota Tinggi berkata lebih ramai polis akan ditempatkan di bandar itu berbanding pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos lepas.Tambahnya, berdasarkan beberapa kejadian tidak diingini di Terengganu pada pilihanraya umum lepas, polis akan mengawal lebih ketat pilihanraya kecil tersebut antara 6 hingga 17 Januari ini. Syed Hamid berkata langkah itu bagi memastikan seramai 80,229 pemilih dapat menunaikan tanggungjawab mereka tanpa gangguan penyokong pembangkang yang mendakwa wujud pengundi hantu."... "Saya juga meminta mana-mana parti supaya tidak menggunakan tindakan agresif untuk menggagalkan dan menyekat orang ramai daripada mengundi mahupun semasa mengambil bahagian dalam kempen pilihan raya kecil itu nanti," katanya, lapor agensi berita itu lagi.Beliau bercakap kepada media selepas sesi taklimat perkembangan terkini banjir dan persiapan pilihanraya kawasan parlimen itu di ibu pejabat polis kontinjen Terengganu hari ini. Syed Hamid berkata, orang ramai seharusnya sedar bahawa kad pengenalan adalah hak mereka dan tidak ada pihak yang boleh meminta dan merampas kad itu. Razali, juga timbalan menteri pelajaran, mengekalkan kerusinya itu apabila menewaskan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi. Beliau yakin kerusi tersebut sebelumnya milik UMNO / BN akan kekal sebagai milik mereka. Posted by Johor De Factor http://johordefactor.blogspot.com/ ------------------------------------ Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to alt-net-moderat...@onelist.com To Sub : Send blank e-mail to alternatif-net-subscr...@onelist.com To Unsub : Send blank e-mail to alternatif-net-unsubscr...@onelist.comyahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:alternatif-net-dig...@yahoogroups.com mailto:alternatif-net-fullfeatu...@yahoogroups.com <*> To unsubscribe from this group, send an email to: alternatif-net-unsubscr...@yahoogroups.com <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/