bursa-otomotif  

[bursa-otomotif] MENGAPA BADAN MENJADI LETIH

busyra1006
Mon, 28 May 2007 23:00:24 -0700

MENGAPA BADAN MENJADI LETIH


---------------------------------------
http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>
---------------------------------------

Mengapa badan sering menjadi letih walaupun anda merasakan tidur anda
mencukupi? Ini satu soalan yang menarik dan kita sebenarnya perlu
memiliki maklumat yang betul agar kesihatan dan akhirnya cara hidup kita
menjadi suatu yang paling baik untuk diri kita. Sebenarnya ramai di
kalangan kita yang bangun awal setiap hari untuk pergi bekerja. Tetapi
pada hujung minggu ataupun pada hari cuti kita tidur berlebihan daripada
biasa. Segelintir daripada kita akan tidur hingga ke tengahari dengan
alasan untuk memperolehi kerehatan sepenuhnya yang tidak di perolehi
pada hari-hari bekerja.



Sebenarnya tindakkan ini adalah satu tindakkan yang salah. Mengikut
Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry
Ford di Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu
pusingan Biologi ataupun Biological Clock. Pusingan biologi dalam badan
kita ini sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita. Lantas
andaikata cara tidur kita seperti yang saya sebutkan tadi iaitu pada
hari-hari bekerja kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu
atau cuti umum kita tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur
lewat sebagai contohnya. Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi
yang terdapat dalam badan kita. Natijah atau hasilnya ialah badan kita
menjadi letih walaupun tidur kita mencukupi.


---------------------------------------
http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>
---------------------------------------


Sebenarnya apakah yang berlaku dalam diri kita? Yang berlaku ialah jika
kita bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon yang
bernama Cortisol terganggu. Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan.
Bila kita bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri
kita, kita sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol. Hormon ini di
keluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata
kita bangun tidur pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan
oleh badan lebih kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita
bangun dan aktif.



Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini pada
pukul 3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6
pagi. Jika rutin ini kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak
akan letih. Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6
pagi sedangkan hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6
pagi dan ia telah keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita
tidak mengikut rutin itu. Pada suatu ketika kita bangun tidur pada pukul
10 pagi, akan berlaku gangguan pada badan kita. ketika itulah kita
keletihan.


---------------------------------------
http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>
---------------------------------------


  • [bursa-otomotif] MENGAPA BADAN MENJADI LETIH busyra1006