daarut-tauhiid  

[daarut-tauhiid] Kaya Ilmu dan Kaya Harta

sumarah wahyudi
Thu, 07 Aug 2008 09:45:16 -0700

Hadith :
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW 
pernah bersabda :" Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti 
dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia 
membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah 
Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai 
dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain." (al-Bukhari)


Uraian:
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan 
dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta 
dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan 
tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan 
miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang 
imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung 
manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti 
kata sayidina Ali: "Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah 
sebaliknya, kamu yang harus menjaganya." Namun alangkah baiknya jika kita kaya 
kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan 
kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu 
dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.


salam
budi   085229407712
http://groups.yahoo.com/group/dunia_santri

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]

  • [daarut-tauhiid] Kaya Ilmu dan Kaya Harta sumarah wahyudi