daarut-tauhiid  

[daarut-tauhiid] Cinta Sejati Seorang Sahabat

sumarah wahyudi
Thu, 07 Aug 2008 09:50:19 -0700

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad 
saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau bisa dia 
hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa 
sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap 
Tsauban.

Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya. Suatu 
hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya 
tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu 
walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan
bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, 
takut-takut tidak dapat bersama denganmu.

Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, dan saya belum tentu di syurga 
paling bawah atau yang paling saya khawatirkan tidak dimasukkan ke dalam syurga 
langsung. Ketika itu saya tentu tidak berjumpa muka denganmu lagi.

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat
berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu 
kepada Rasulullah saw, "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka 
mereka itu nanti akan bersama mereka dan diberi nikmat oleh Allah kepada para 
nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman.
Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
.................
- Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang 
murni.
- Mencintai Rasul sama dengan mencintai Allah.
- Jika di dunia menyayangi nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat kelak.
- Hati yang dalam kecintaannya terhadap seseorang, akan merasa rindu yang 
teramat sangat jika tidak bertemu.
- Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan 
mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak.
- Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai beliau, meskipun 
baginda nabi saw sudah wafat.
- Rasulullah memberi syafaat kepada siapa saja di antara umatnya yang mengasihi 
baginda nabi saw.
- Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan 
semata-mata kerana Allah.
.................

Duhai... sahabatku, walaupun kita bersahabat didunia maya...
semoga kita tergolong orang-orang saling menyayangi karena allah...
Amiiiiiiiiiin....


salam
budi   085229407712
http://groups.yahoo.com/group/dunia_santri

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

[Non-text portions of this message have been removed]

  • [daarut-tauhiid] Cinta Sejati Seorang Sahabat sumarah wahyudi