harakahdaily  

[harakahdaily] Muzakarah: Sikap pemimpin Umno kebudak-budakan

syed dahij
Sat, 20 Aug 2005 19:27:19 -0700

Muzakarah: Sikap pemimpin Umno kebudak-budakan
Saturday, August 20 @ 13:19:15 MYT


Oleh MOHD SABRI SAID
PADANG SERAI, 20 Ogos (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hasan Ali telah menduga Umno akan mengelak daripada bermuzakarah dengan PAS apabila meletakkan syarat agar PAS menerima prinsip Islam Hadhari terlebih dahulu.

Baginya, tindakan sebegitu merupakan satu tindakan kebudak-budakan dan tidak harus terkeluar dari mulut Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

"Jelas sekarang Umno memang takut bermuzakarah untuk memberikan kefahaman kepada rakyat. Mereka sanggup meletakkan berbagai syarat seperti budak-budak, " ujar beliau ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin Yasin yang mahukan PAS menerima konsep Islam Hadhari terlebih dahulu.

Tujuan PAS tambahnya, bukan setakat mahu bermuzakarah tentang Islam Hadhari tetapi melitupi semua aspek termasuk pendidikan, ekonomi, sosial, keruntuhan akhlak dan dasar pentadbiran.

Semua aspek berkenaan sambungnya, penting untuk pengetahuan rakyat berbilang kaum di negara ini dan siarannya hendaklah dipancarkan terus menerus bukannya rakaman.

"PAS sanggup muzakarah bukan setakat Islam Hadhari malah apa jua perkara nasional yang masih menghantui negara, " tegasnya.

Bila keruntuhan moral mula meruncing maka menjadi tanggungjawab semua parti politik untuk duduk semeja memperbetulkan beberapa kelemahan yang ada.

Justeru itu, sejak dulu lagi PAS menerusi Presidennya, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang terus mempelawa Umno khususnya Presiden parti untuk bersama-sama meringgankan bebanan pemerintah.

"Untuk memenuhi tanggungjawab sosial kita patut bermuzakarah bukan untuk kepentingan politik sebaliknya bagi mencari penyelesaian terbaik, " jelasnya.

Malangnya kata Dato' Dr Hasan, Umno tidak berani menyambut saranan PAS atas alasan situasi itu boleh mempengaruhi masyarakat kembali kepada Islam sebenar.

Sementara itu, beliau ketika ditanya mengenai cadangan Ketua Hakim Negara, Dato' Fairuz Abdul Halim yang mahu mengabungkan perundangan Islam dan sivil berkata, pada dasarnya beliau bersetuju tetapi jangan meletakkan perundangan Islam di bawah pentadbiran sivil.

"Cadangan pengabungan itu bagus tetapi biarlah perundangan Islam berada di atas bukannya di bawah perundangan manusia, " terangnya. - mks.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




YAHOO! GROUPS LINKS




  • [harakahdaily] Muzakarah: Sikap pemimpin Umno kebudak-budakan syed dahij