harakahdaily  

[harakahdaily] Kemenangan penting sebagai 'kayu ukur' kalahkan Umno-BN

harakah daily
Mon, 05 Jan 2009 00:18:13 -0800

Kemenangan penting sebagai 'kayu ukur' kalahkan Umno-BN
Ekmal Yusoff
Sun | Jan 04, 09 |  1:11:12 pm MYT
KUALA KANGSAR, 4 Jan (Hrkh)-Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu  
mengingatkan bahawa kemenangan Parlimen Kuala Terengganu kali ini adalah
tersangat   penting sebagai batu ukur untuk mengalahkan Umno-BN
seterusnya sehingga dapat Kerajaan   Pakatan Rakyat didirikan dalam
Kerajaan Persekutuan Malaysia nanti dengan mudah.
Iklan                          <http://www.kopijanda4all.com/>
Justeru, beliau mengajak para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat serta
rakyat   beramai-ramai hadir untuk menunjukkan kekuatan parti dan
sokongan moral dalam Penamaan   Calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu
pada 6 Januari ini.

"Mari kita beramai-ramai ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat disini 
tunjukkan   perpaduan mantap dalam perarakkan meraikan calon PAS Mohd.
Abdul Wahid Endut  menuju   ke pusat penamaan di Kuala Terengganu itu.

"Mari kita datang beramai-ramai, beri sokongan padu semangat kental
sebagai   perangsang dan keyakinan kepada pengundi-pengundi untuk
menyokong calon PAS," katanya   semasa berucap di ceramah umum Pekan
Manong dekat sini semalam.

"Adalah diharapkan pemimpin - pemimpin dan tuan-tuan disini kita akan
dapat berjumpa   lagi 'makan keropok lekor' semasa perarakan meraikan
Calon Parlimen Abdul Wahid ke pusat   penamaan nanti," katanya dengan
berjenaka di depan 2,000 penyokong parti dalam kubu kuat   Umno-BN itu.
- azm     _

  • [harakahdaily] Kemenangan penting sebagai 'kayu ukur' kalahkan Umno-BN harakah daily