harakahdaily  

[harakahdaily] Rakyat silap pilih pimpinan Umno yang membisu

harakah daily
Tue, 06 Jan 2009 23:56:41 -0800

Rakyat silap pilih pimpinan Umno yang membisu
Hashim Abdullah
Wed | Jan 07, 09 |  3:16:04 pm MYT
KUALA KRAU, 7 Jan (Hrkh) - Kesilapan rakyat memilih pemimpin Umno
sebagai wakil rakyat yang suka mengamalkan sikap membisu menjadi punca
menyebabkan rakyat dihalang daripada berperanan dalam menjayakan sesuatu
pembangunan yang dirancang kerajaan, kata Exco Dewan Pemuda PAS Pusat,
Abdullah Abdul Karim.
Iklan                          <http://www.kopijanda4all.com/>
Abdullah yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang berkata
demikian bagi menjawab soalan peserta yang mempertikaikan mengapa wakil
rakyat daripada Umno dan BN tidak memperjelaskan kepada rakyat tentang
Draf Pembangunan Daerah Temerloh dalam sesi penerangan draf tersebut
anjuran Badan Bersama Bertindak Pakatan Rakyat Temerloh Bersama Adun
Kuala Semantan, di Pejabat Parti Keadilan Rakyat di sini, baru-baru ini.

Tambah Abdullah Pakatan Rakyat telah berusaha memberikan penjelasan
kepada rakyat mengenai sesuatu isu yang sepatutnya dijalankan wakil
rakyat Umno yang telah dipilih rakyat tetapi tidak berfungsi sebagaimana
sepatutnya menyebabkan rakyat tidak mempunyai maklumat.

"Majlis penerangan sesuatu rancangan pembangunan sepatutnya dilaksanakan
wakil rakyat Umno yang mempunyai banyak kemudahan tetapi mereka tidak
berbuat apa-apa. "Kita terpaksa berperanan kerana tak mahu rakyat
ketinggalan. Sepatutnya yang rakyat pilih dalam pilihan raya lalu dalam
konteks di sini ialah Haji Suhaimi Said dan pemimpin Pakatan Rakyat
bukan pemimpin Umno.

"Apa wakil rakyat Umno buat, perkara yang sepatutnya rakyat tahu tapi
wakil rakyat Umno membisu. Ini bukan sahaja berlaku di sini tetapi
disemua tempat yang kita buat penerangan. Sebab itu rakyat jangan pilih
wakil rakyat Umno," kata Abdullah.

Tambah Abdullah, sikap membelangkangkan rakyat setiap kali sesuatu
rancangan pembangunan adalah amalan biasa dalam pemerintahan Umno.
Justeru, beliau mahukan rakyat peka dengan setiap isu yang berlaku.

"Rakyat kena peka dengan setiap isu pembangunan kerana ia sudah pasti
memberi kesan kepada kehidupan rakyat," katanya. - mns  _

  • [harakahdaily] Rakyat silap pilih pimpinan Umno yang membisu harakah daily