Assalamualaikum
 
Worth resend and re-read so that we can expect similarly what will happen during any future events/carnivals such as "Merdeka Day" celebration.
 
IslahGateway
 
 
----- Original Message -----
Sent: Friday, July 28, 2006 4:01 AM
Subject: FW: SUREHEBOH WEH

 
 
 

SUREHEBOH...ATAU SURE CONDOM?

540 kondom ditemui selepas program ‘Sureheboh TV3'

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 21 April (Hrkh) - Kira-kira 540 kondom ditemui di tapak program 'Karnival Sureheboh TV3' di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah sewaktu dan selepas program tersebut pada 17 dan 18 April lalu.

Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan melaporkan, pada 17 April, antara jam 5.00 hingga 6.00 pagi, pihaknya menemui 326 kondom di sekitar kawasan tapak ‘Karnival Sure Heboh TV3’ dalam rondaan dan pembersihan yang dibuat.

“Enam belas daripada 326 kondom yang ditemui masih basah dengan 'air mani',” katanya yang menghubungi Harakahdaily dari Alor Star hari ini.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, pada hari yang berikutnya, sewaktu rondaan dan pembersihan dilakukan pada jam 8.00 pagi, pihak berkuasa tempatan turut menemui 214 kondom lagi di tempat yang sama.

"Jelas penemuan ini membuktikan gejala negatif dan maksiat berlaku sewaktu dan selepas program hiburan yang dianjurkan oleh TV3," tegas beliau lagi.

Beliau menyatakan kekesalan dengan penganjuran program sedemikian rupa, yang akhirnya menatijahkan maksiat di kalangan muda mudi yang hadir, seterusnya penganjuran program sedemikian di seluruh negara akan menghancurkan pemahaman Islam di kalangan orang Melayu.

Rakyat leka, Kedah Maju 2010?

Sebelum ini, pimpinan Dewan Pemuda PAS Kedah dalam laporan Harakahdaily pada 19 April lalu telah melahirkan rasa bimbang mereka, apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah dengan slogan 'Kedah Maju 2010 'memulakan' pentadbiran menuju dengan pelbagai program hiburan yang melekakan rakyat.

Di samping terus membiarkan pusat-pusat hiburan seperti disko, karaoke, snuker dibuka sehingga seawal jam 3.00 atau 4.00 pagi, kerajaan BN Kedah tanpa memikirkan sebarang kesan kepada golongan remaja khususnya menjemput artis-artis tempatan datang di Kedah.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Haji Adnan Saad berkata, amat malang bagi seluruh rakyat Kedah apabila Menteri Besar, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain sendiri yang menjemput pihak stesen hiburan, TV3 datang mengadakan konsert ‘Sureheboh’ di negeri ini.

Ini katanya, diakui sendiri oleh pengacara TV berkenaan yang membuka majlis tersebut dengan menyebut, "terima kasih kepada Dato' Seri Setia Diraja, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain yang sudi membenarkan TV3 mengadakan karnival dan terima kasih juga di atas jemputan beliau untuk menjayakan ‘Karnival Sureheboh’ di Alor Star."

Tegas Haji Adnan, inilah hadiah kemenangan BN kepada rakyat yang mengajak rakyat agar lebih leka dengan konsert hiburan yang banyak mendatangkan keburukan daripada manfaat, apatah lagi dalam era Kedah menuju negeri maju 2010.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Mustafa berkata, adakah konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh BN turut meletakkan konsert hiburan berunsur nyanyian dan tarian yang jelas mendedahkan aurat ini dianggap satu arus pemodenan Islam.

"Penyanyi yang bergelar isteri orang 'bergelek' di atas pentas pada malam itu adakah salah satu contoh pendekatan Islam Hadhari, adakah dengan melihat aksi sedemikian masyarakat Kedah dan negara amnya yang melihat siaran langsung di kaca TV konsert ‘Sureheboh’ makin dekat dengan Islam.

"Inilah pendekatan songsang yang diterapkan oleh BN kepada rakyat, tanpa segan silu mencemarkan imej umat Islam, pada mula konsert ini dialunkan irama nasyid, selain dari itu hanyalah hiburan yang melekakan semata-mata.

"Apabila PAS menyelar program sedemikian, akan ada pemimpin Islam BN yang mengatakan PAS kolot, itu dan ini kerana hanya memandang positif sesuatu program anjuran kerajaan, apa pula contoh positif yang rakyat dapat setelah semua yang menghadiri konsert tersebut disajikan dengan gelagat artis yang tidak langsung menepati ciri-ciri hidup sebagai seorang Muslim," tegas beliau.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Musoddak Haji Ahmad mengingatkan golongan muda agar jangan mudah terpengaruh dengan dakyah kotor BN ini, cuba fikirkan masa depan agama dan bangsa sendiri kerana BN hanya mampu mengisi program yang dianggap boleh diterima oleh rakyat teramai walaupun program itu jelas berunsur maksiat.

"Pemuda PAS Kedah banyak menerima rungutan dari para ibu bapa mengenai penganjuran konsert hiburan seperti ‘Sureheboh’, mereka mendakwa anak mereka keluar rumah dari petang dan pulang pada lewat malam dan mula 'pandai' memakai pakaian yang menjolok mata terutamanya di kalangan anak remaja perempuan," ujar Musoddak. - lanh

Imbasan Laporan Harakahdaily pada 8 Mac

Konsert Sureheboh TV3 dikecam lekakan rakyat, terutama pelajar

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Pemimpin masyarakat dan orang ramai kesal kerana dalam keghairahan pilihan raya sekarang, rakyat terus dilekakan dengan pelbagai program hiburan, yang terbaru ialah konsert Sureheboh TV3 di Kuantan malam tadi yang siarkan secara langsung oleh stesen berkenaan.

Seorang pendidik yang tidak mahu dikenali kerana terikat dengan 'Akujanji', berkata beliau yang menonton siaran berkenaan secara tidak sengaja, begitu meluat melihat artis-artis wanita melenggang-lenggokkan tubuh dengan pakaian sendat, nipis dan singkat sedangkan ribuan penonton adalah remaja Islam termasuk yang bertudung.

"Kenapa rakyat hendak dilalaikan dengan hiburan yang tiada apa-apa mesej dan adalah sesuatu yang menyedihkan ada ibu bapa mengendong bayi ke konsert berkenaan," katanya.

Katanya, sebagai pendidik, beliau sedih kerana remaja berkenaan sepatutnya mengulangi pelajaran di rumah, menyemak buku-buku sekolah ataupun membantu ibu bapa kerana keesokan harinya adalah Isnin iaitu hari pertama persekolahan.

"Saya amat sedih kerana sudah beberapa kali konsert berkenaan diadakan pada masa terdekat ini. Dulu ia diadakan di Seremban kemudian Melaka, Johor Bahru dan semalam di Kuantan. Semuanya diadakan pada malam Ahad, sedangkan kita tahu esok anak-anak perlu ke sekolah," katanya.

Beliau bertanya apakah matlamat dan mesej yang cuba diketengahkan pihak berkenaan. "Adakah kita mahu muda-mudi Melayu/Islam terus leka dengan hiburan dan pada masa yang sama kita bercakap mengenai keruntuhan moral muda-mudi, termasuk kes rogol, zina dan penagihan dadah?" soalnya.

"Kita juga pandai bercakap mengenai pencapaian orang Melayu/Islam yang amat teruk dalam pendidikan tetapi dengan mengadakan konsert "hu ha" ini, tidakkah pihak yang pandai bercakap itu sengaja mahu menjahanamkan masa depan anak-anak Melayu?" hujahnya.

Seorang guru tuisyen berkata beliau sedih kerana muda-mudi Melayu dihanyutkan oleh mereka yang mendakwa juara membela rakyat.

Dalam hal ini, saya merayu pemimpin bertindaklah. Janganlah mendiamkan diri dengan "maksiat" yang sudah masuk ke dalam rumah kita ini (TV). Mufti-mufti dan pegawai agama, bertindaklah segera sebelum anak bangsa kita terus hancur.

"Janganlah pemimpin kita bercakap berdegar-degar, kerajaan begitu komited hendak membina ratusan sekolah agama sebagai modal pilihan raya tetapi program kecil seperti maksiat ini, tidak dapat di halang atau ditegur," katanya.

"Berbilion wang dihabiskan untuk memajukan pendidikan tiada ertinya jika jiwa anak-anak dibiarkan lara," tegasnya. – lanh




aku cinta Malaysia.....tapi lebih cintakan ALLAH........... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Mood: Annoyed

 

Moderator
Hidayahnet
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]

Group Information

  • Members: 9800
  • Category: Islam 
  • Founded: Sep 6, 2003
hidayahnet · eGroup For The Muslim Ummah (Malay)

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay.

 


{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125)

 

Hidayahnet eGroup

 

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia :
http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia              : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah                 : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info                         : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera         : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                                   : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood           : http://ikhwanweb.com

__._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke