studioperintis
Sat, 26 May 2007 08:52:30 -0700
Pendahuluan
Dalam urusan sehari-hari, kita tidak dapat lari daripada keperluan untuk
membuat kertas kerja untuk pengurusan seperti menulis surat, tidak kira sama
ada surat rasmi ataupun tidak rasmi. Sekiranya kita bekerja, kemahiran menulis
surat dan membuat kertas kerja pengurusan yang meyakinkan menjadi satu
keperluan yang sangat penting.
Adakalanya kita dikehendaki menulis surat rasmi dan kita cuma diberikan masa
yang singkat untuk mengarang. Walaupun kita mengetahui perkara yang hendak
dikatakan, kadang-kadang kita buntu dan tidak tahu cara untuk memulakan surat
rasmi tersebut.
Hal ini boleh menyebabkan kerja kita tergendala dan kredibiliti kita sebagai
seorang pekerja yang baik tergugat. Berapa lamakah yang anda perlukan untuk
menulis sepucuk surat rasmi yang ringkas? 10 minit? 20 minit? 1 jam? Atau
seharian? Semua itu bergantung kepada kebolehan individu dan kemahiran ini
boleh dipelajari dan diperbaik dengan latihan, pembacaan dan pengalaman.
Berapa lamakah pula yang anda perlukan untuk membuat satu kertas kerja
pengurusan? Misalannya, anda hendak memohon kelulusan pihak pengurusan untuk
memulakan sesuatu projek atau memohon peruntukan kewangan. Buntu bukan, jika
anda tidak tahu cara untuk memulakannya?
Buku ini bertujuan untuk memberi anda sedikit panduan dan idea tentang cara
untuk menulis surat rasmi yang baik dengan susunan bahasa yang sesuai. Terdapat
4 bahagian dalam buku ini, iaitu:
Bahagian I - Aneka contoh surat rasmi
Bahagian II - Pelbagai contoh kertas kerja pengurusan
Bahagian III - Pelbagai frasa dan ayat untuk memudahkan anda mengarang
surat
Bahagian IV - Kesalahan bahasa
Dalam Bahagian I, surat rasmi ditulis dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris untuk memudahkan penggunaan. Surat-surat rasmi ini juga
dibahagikan mengikut kategori masing-masing bagi memudahkan rujukan. Terdapat
18 kategori surat rasmi yang paling kerap digunakan dalam urusan sehari-hari.
Dalam Bahagian II, diberikan 10 jenis contoh kertas kerja pengurusan yang
pelbagai dan anda boleh menyesuaikan format yang ada untuk pelbagai tujuan
lain. Bagi Bahagian II, semua pembentangan kertas kerja pengurusan ditulis
dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan rujukan.
Dalam Bahagian III, diberikan pula senarai frasa dan ayat yang kerap digunakan
dalam surat rasmi bagi membantu anda merangka dan menulis surat rasmi dengan
baik. Frasa dan ayat yang kerap digunakan ini dibahagikan kepada tiga bahagian,
iaitu:
1. permulaan surat rasmi
2. pertengahan surat rasmi
3. penutup surat rasmi
Bahagian ini ditulis dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Walau bagaimanapun, bahagian yang ditulis dalam bahasa Inggeris bukan merupakan
terjemahan daripada bahagian bahasa Melayu.
Akhir sekali, Bahagian IV memuatkan sedikit panduan tentang penggunaan
bahasa Melayu yang betul dalam penulisan surat rasmi secara khasnya dan dalam
apa-apa jua penulisan umumnya. Hal ini dapat membantu anda menulis surat rasmi
dan kertas kerja pengurusan yang baik, tepat dan meyakinkan.
Kandungan buku ini
Pendahuluan 7
Bahagian I 9
Aneka Contoh Surat Rasmi
Pengenalan 10
1.1 Meminta Pertolongan 11
1.2 Menolak Permintaan 25
1.3 Pengurusan Jualan dan
Pemasaran 39
1.4 Mengutip Derma dan Dana 48
1.5 Memohon Maklumat/
Memberikan Maklumat 55
1.6 Aduan 63
1.7 Menguruskan Pembekal 73
1.8 Menguruskan Pelanggan 83
1.9 Pungutan Hutang dan
Kawalan Kredit 91
1.10 Bahagian Sumber Manusia 99
A Pengambilan Pekerja 99
B Perletakan Jawatan/
Pemberhentian Kerja 109
C Polisi 125
1.11 Perbankan, Insurans dan
Hartanah 133
1.12 Simpati dan Takziah 143
1.13 Memohon Maaf 153
1.14 Tahniah 161
1.15 Terima Kasih dan Penghargaan 169
1.16 Surat Perniagaan Yang Lain 179
Bahagian II
Aneka Contoh Kertas Kerja Pengurusan 195
Pengenalan 196
2.1 Clinical Trial 197
2.2 Management Paper To Request For
Renovation 202
2.3 Management Paper
- Technical Recommendations 204
2.4 Report On Situation 206
2.5 Project Proposal 209
2.6 Proposal For Relocation 212
2.7 Inspection Report 214
2.8 Management Paper To Request For
More Staff 216
2.9 Management Paper To Request Budget
For Company Trip 219
2.10 Extension Of Agreement 222
Bahagian III
Pelbagai Frasa dan Ayat Untuk
Memudahkan Anda Mengarang Surat
(Bahasa Melayu) 225
Pengenalan 226
(a) Pelbagai Frasa dan Ayat untuk
Permulaan Surat 227
(b) Pelbagai Frasa dan Ayat untuk
Pertengahan Surat 235
(c) Pelbagai Frasa dan Ayat untuk
Menutup Surat 240
Pelbagai Frasa dan Ayat Untuk
Memudahkan Anda Mengarang Surat
(Bahasa Inggeris) 247
(a) 101 Ways to Start Your Letter 247
(b) 101 Ways to End Your Letter 254
Bahagian IV
Kesalahan Bahasa 259
Pengenalan 260
Penutup 271
Buku Aneka Contoh Surat Rasmi dan Kertas Kerja Pengurusan boleh dibeli di semua
kedai buku utama di seluruh Malaysia. Harga buku ialah RM20 senaskhah. Maklumat
lanjut boleh didapati di www.books.perintis.com.my.