hidayahnet  

Re: Help Palestine [hidayahnet] apa pendapat anda selepas baca kedua-dua artikel??

Shuhaili Salleh
Mon, 19 May 2008 12:02:49 -0700

Jeleknya sikap remaja yang menyasarkan diri ini. Tanggungjawab ini bukan hanya 
patut dipikul untuk satu pihak sahaja. Semua pihak perlu melibatkan diri untuk 
membenteras gejala sosial yang semakin menggila ini. Pihak penguatkuasa mesti 
lebih bertanggungjawab. Jangan anggap masalah ini masalah terpinggir atau 
perkara yang boleh dibuat lawak atau bahan seronok atau halwa mata. Kita perlu 
BERTINDAK!!!



----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, May 14, 2008 22:24:09
Subject: Help Palestine [hidayahnet] apa pendapat anda selepas baca kedua-dua 
artikel??


sila baca artikel dibawah..
 
4,000 klip tersebar
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Amir Abd Hamid
[EMAIL PROTECTED] my

KUALA LUMPUR: Aksi pelajar sekolah bersama dua lelaki dalam ladang kelapa sawit 
antara lebih 4,000 klip video dan gambar pasangan Melayu dalam pelbagai aksi 
seks melampau yang kini boleh dilawati dalam beberapa laman web lucah.

Lambakan pelbagai aksi lucah itu bertambah jelek kerana turut membabitkan gadis 
bertudung dan pelajar sekolah serta menjadi kegilaan penggemar laman web lucah 
termasuk kanak-kanak hingga mencetuskan kebimbangan ibu bapa.

Malah, kecanggihan teknologi terkini yang membolehkan aksi lucah itu dimuat 
turun ke dalam telefon bimbit memudahkan klip video itu tersebar luas.

Berikutan senario membimbangkan itu, Pemuda Umno Negeri Sembilan menubuhkan 
badan pemantau untuk mengesan kewujudan laman web yang semakin bertambah 
bertujuan mengumpul maklumat bagi mendesak pihak berkuasa bertindak segera 
sebelum keadaan menjadi lebih parah.
 
Ketuanya, Datuk Jamlus Aziz berkata, menerusi badan pemantauan yang ditubuhkan, 
pihaknya mendapati terdapat laman web yang memaparkan sehingga 4,000 klip video 
dan gambar pelbagai aksi seks melampau rakyat Malaysia.

¡§Antara sebab perlakuan seks wanita dan pelajar bertudung dirakam ialah bagi 
tujuan diniagakan.

¡§Video lucah membabitkan gadis bertudung seperti yang dipaparkan dalam laman 
web itu boleh menjatuhkan kesucian Islam,¡¨ katanya ketika dihubungi malam tadi.

Katanya, akibat kerap menonton aksi seks di telefon bimbit dan Internet, 
pelajar termasuk yang bertudung mudah lemas dalam gelora nafsu dan tidak kisah 
dirakam.

Menurutnya, antara faktor remaja terutama pelajar terbabit dalam perbuatan 
jijik itu kerana kurang didikan agama.

Jamlus berkata, badan yang bertanggungjawab memantau Internet sepatutnya 
menyekat kewujudan laman web seperti itu.

¡§Jangan lupa, kes sumbang mahram, rogol dan kejatuhan moral sebenarnya 
berpunca daripada perbuatan seperti ini.

¡§Kami akan menghantar memorandum atau surat rasmi kepada Suruhanjaya 
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), badan yang bertanggungjawab dalam 
isu itu agar bertindak menggunakan kaedah sesuai,¡¨ katanya.

Beliau berkata, pengendali laman web durjana itu bukan hanya menjadikan paparan 
seks pelajar bertudung sebagai hobi, malah turut memperdagangkannya kerana 
kerap dilayari pelayar Internet dan telefon bimbit.

Carian Harian Metro di Internet mendapati lambakan wajah porno Melayu dalam 
laam web semakin bertambah.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan terdapat empat video asmara membabitkan 
pelajar sekolah iaitu ¡¥Skodeng_Berdarah¡¦ , Berani_Budak_ Sekolah¡¦, 
¡¥Uniform¡¦ dan Budak-Sek_Ptrjya_ Setiu¡¦ yang disebarkan melalui Internet dan 
telefon bimbit.

Bagaimanapun, terkini dalam koleksi terbaru pengemar video klip lucah terdapat 
beberapa lagi aksi pelajar lengkap beruniform termasuk dalam ladang kelapa 
sawit.

Tanpa mengetahui akibat yang bakal dihadapi, pelajar terbabit seolah-olah 
merelakan perbuatan dia dirakam dan tidak menunjukkan sebarang penyesalan.
 
harian metro
 
baca artikel ini pula..
 
Pelajar Sekolah Semakin Berani
http://202.190. 76.234/v2/ print.php? type=N&item_id=230
Posted by mastika on July 04 2007 10:17:55
________________________________

?br />

?/strong>
Oleh Mastika Abadi Mohamad

Apa perasaan anda apabila wajah anak gadis anda yang masih bersekolah 
terpampang dalam klip video lucah di telefon bimbit ramai? Malah remaja yang 
terbabit dalam merakamkan aksi tersebut masih lagi.....
________________________________

Extended News
________________________________

?

Oleh Mastika Abadi Mohamad

Apa perasaan anda apabila wajah anak gadis anda yang masih bersekolah 
terpampang dalam klip video lucah di telefon bimbit ramai? Malah remaja yang 
terbabit dalam merakamkan aksi tersebut masih lagi berpakaian seragam sekolah. 
Tidakkah ini memalukan agama, institusi pendidikan, dan negara kita? Adakah 
mereka telah ketandusan idea untuk mencetuskan idea masing-masing untuk 
berkreativiti?

Dan adakah mereka sedar bahawa mereka masih bersekolah dan seharusnya mempunyai 
hanya satu tujuan iaitu, belajar! Namun, bukan ini yang berlaku sekarang. Trend 
remaja sekarang ialah berlumba-lumba untuk menghasilkan video lucah sendiri.

Baiklah, kita tinggalkan bab remaja yang sudah jatuh nilai sebagai seorang 
pelajar. Kita ingin menilai sejauh mana peranan media dalam mengatasi 
masalah-masalah seperti ini? Ya, mungkin tindakan Harian Metro dalam menyiarkan 
kes-kes sosial seperti ini patut dipuji namun kadang kala ia seakan memakan 
diri sendiri.

Kita dapat membaca betapa Harian Metro menyiarkan tajuk-tajuk setiap klip yang 
berkaitan seperti Budak-Sek_Ptrjya_ Setiu, Skodeng_Berdarah, Berani_Budak_ 
Sekolah, Anak_Hj_Sapli dan banyak lagi klip-klip lain berserta dengan durasi 
penanyangannya. Tidakkah akhbar sedar dengan cara begini akan membuatkan ramai 
orang akan mula mencari klip video tersebut kerana merasa ghairah untuk 
menontonnya. Ini terbukti apabila terdapat forum di laman web yang berbincang 
soal ini dan mengecam tindakan akhbar tersebut menyiarkan laporan-laporan 
seperti ini.

Memang sifat akhbar tabloid sering menyiarkan berita-berita kontroversi dan 
panas seperti ini tetapi mereka perlu ingat bahawa laporan-laporan seperti ini 
jugalah yang boleh menyebabkan peningkatan gejala sosial di kalangan remaja 
kita. Apatah lagi, setakat ini tidak ada sebarang pertuduhan dibuat ke atas 
mereka yang terlibat dalam rakaman video-video lucah sebelum ini. Justeru, 
mereka menjadi semakin berani untuk melakukan aksi-aksi seperti itu.

Akhbar-akhbar tabloid yang mementingkan keuntungan sepatutnya lebih bersifat 
mendidik dan memberi amaran secara lebih keras terhadap pihak yang terbabit. 
Ini seterusnya mungkin dapat mengelakkan kejadian sama berlaku pada masa akan 
datang. Jangan hanya memikirkan keuntungan sekiranya maruah diri rakyat 
Malaysia diaibkan dalam akhbar-akhbar seperti ini. Pendedahan ini bagus tetapi 
perlu dilakukan secara berpada-pada dan gunakan konteks yang betul. Pihak 
berkuasa juga perlu mengambil langkah untuk membanteras perkara ini kerana 
segala informasi lengkap telah diberikan oleh akhbar tersebut. Jangan hanya 
bersifat sambil lewa kerana akhirnya yang menjadi mangsa adalah pelajar 
tersebut.

Dan sebagai seorang wanita saya terpanggil untuk membuat artikel ini kerana 
sering kita lihat betapa wajah si gadis sering kelihatan dalam video-video 
seperti ini. Gambar si jejaka memang sangat jarang kelihatan. Bukankah ini 
menunjukkan bahawa wanita mudah untuk dieksploitasi sebegitu rupa. Tidakkah 
sebagai seorang wanita kita memang dididik dari awal lagi untuk sentiasa 
menjaga perilaku, kekal dengan imej sopan tetapi mengapa semakin ramai remaja 
perempuan yang terjebak dalam aktiviti seperti ini? Adakah kemajuan yang 
mengajar manusia untuk menjadi bebas segala-galanya sehinggakan soal hukum 
tidak lagi dijadikan isu yang besar?

Justeru, ini bukan masa untuk menuding jari kepada sesiapa. Sebaliknya kita 
perlu merenung pada diri masing-masing dan bertanya apakah peranan kita dalam 
membanteras perkara-perkara seperti ini. Kita juga bersalah kerana tidak pernah 
cuba untuk memahami dan menegur remaja-remaja ini seandainya terserempak dengan 
mereka. Malah ada antara kita yang lebih gemar untuk berkongsi video-video 
terbabit dengan rakan-rakan yang lain. Kita perlu ingat bahawa benda yang sama 
mungkin akan berlaku pada adik beradik kita ataupun sanak saudara yang lain. 
Justeru, tidak salah sekiranya kita memantau setiap aktiviti mereka agar tidak 
melampaui batas.


Peranan keluarga juga penting dalam menangani situasi seperti ini. Ini kerana 
masa bersama keluarga adalah paling panjang berbanding di sekolah atau bersama 
kawan-kawan. Ibu bapa sepatutnya mengambil berat dalam proses pembentukan anak 
sedari awal lagi.

Didikan agama perlu diberikan secukupnya dan harus dipraktikkan dalam kehidupan 
seharian. Sikap bertanggungjawab harus ada dalam setiap individu dan bukannya 
sifat menyalahkan orang lain terutamanya kerajaan. Lebih baik kita menjaga diri 
masing-masing, keluarga, masyarakat terlebih dahulu sebelum beralih ke skop 
yang lebih besar. Dan perlu kita ingat remaja pada hari ini bakal menjadi 
pemimpin pada masa akan datang. Justeru, bimbinglah mereka ke jalan yang benar.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com