Askm,

     Kibaran jalor gemilang menjadi mercu tanda kemerdekaan negara apabila 
memasuki bulan Ogos setiap tahun. Maka ramailah para pemimpin UMNO menyeru 
rakyat agar kibarkan jalor gemilang !! Walau pun kita bersyukur dengan kejayaan 
mencapai kemerdekaan namun erti kemerdekaan tidak memberi erti yang sebenar 
selagi unsur-unsur penjajahan di mana sistem hidup yang bertentangan dengan 
perintah Allah swt masih diteruskan. Rata-rata yang terkorban ketika 
memperjuangkan kemerdekaan adalah orang Islam termasuk para ulamak yang terdiri 
dari orang Melayu tapi mereka bukan pemimpin jauh sekali menjadi ahli UMNO. 
UMNO hanya wujud pada tahun ? 1946 sedangkan penjajahan telah berlaku ratusan 
tahun sebelum tertubuhnya UMNO !!

    Para pejuang kemerdekaan yang menentang penjajahan bukan sekadar kerana 
penjajah rampas bumi yang diduduki orang Islam tetapi kerana mereka tahu betapa 
dendamnya Barat yang berpegang kepada agama Keristian terhadap orang Islam dan 
sentiasa berusaha menghancurkan aqidah dan sistem hidup Islam.

    Hari ini walaupun telah lebih 50 tahun batang tubuh penjajah berjaya 
dinyahkan, namun sistem hidup mereka (Barat) masih banyak yang kekal menjadi 
dasar dalam pentadbiran negara hinggakan apa yang ditetapkan oleh Allah dalam 
kitab Nya al Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW yang diutuskan Nya tetap 
diketepikan kerana UMNO masih meneruskan dasar memisahkan Islam dari politik 
(sistem pemerintahan berpaksikan agama suku politik suku). Namun bukanlah semua 
dasar yang ditinggalkan penjajah dari segi zahir adalah buruk belaka. Dalam 
sistem Barat penyelewengan, pecah amanah dan berbagai lagi kesalahan tetap 
tidak bermoral. Tapi ianya sekadar nilai di sisi manusia bukan nilai keimanan 
kepada Allah !! Sungguh pun demikian mereka yang rasa bersalah dalam sesuatu  
isu atau tragedi di Barat sana sanggup meletakkan jawatan berbanding pemimpin 
UMNO yang terang-terang didapati bersalah pun masih tetap tidak mahu lepaskan 
jawatan. Yang merancang jenayah pun
 terlepas kerana kekebalan politik ??

   Maka selagi sistem hidup dan kerosakan moral tidak dinilai berdasarkan 
keimanan iaitu tidak dinilai berdasarkan ketetapan Allah swt maka selagi itulah 
erti kemerdekaan sebenar tidak akan tercapai walau jutaan jalur gemilang 
dikibarkan !! Begitu juga jika sesiapa yang ingin menyumbang kepada negara 
mestilah niatnya terlebih dahulu demi mencari keredaan Allah bukan kerana 
negara telah berjaya capai kemerdekaan sedangkan kemerdekaan masih diisi dengan 
sistem manusia/penjajah yang bercanggah dengan sistem yang ditetapkan Allah 
swt. Wallahua'lam.

ibnuAli

   T



      

Kirim email ke