Penyediaan Kandungan Dokumentasi

 

Bahagian ini merupakan tajuk penting, iaitu anda harus memastikan bahawa
kertas kerja dan pelan perniagaan anda mengandungi kesemua tajuk berikut.
Segala isi kandungan yang ingin disampaikan terletak di bawah tajuk-tajuk
ini. Namun begitu, isi kandungan ini juga tertakluk kepada jenis perniagaan
yang ingin diusahakan, jika perniagaan yang ingin dijalankan merupakan
perniagaan yang banyak menjurus ke sektor perusahaan, maka tajuk seperti
Strategi Pemasaran, Implikasi Kewangan dan Janaan Pendapatan haruslah diberi
penekanan. Manakala jika anda bakal mengusahakan perniagaan berbentuk
perkhidmatan maka tajuk seperti Situasi Masa Ini, Konsep Pelaksanaan dan
Kajian Sasaran dan Persaingan haruslah dititik-beratkan.

 

 

1.Ringkasan Eksekutif/Pelan

 

Merupakan tajuk selaku pembuka tirai bagi kertas kerja anda. Di bawah tajuk
ini, ditulis sinopsis atau ringkasan penulisan anda agar pembaca mendapat
gambaran menyeluruh tentang perkara yang ingin disampaikan melalui kertas
kerja dan pelan perniagaan anda. Ringkasan itu dimulakan dengan memberikan
idea serba ringkas tentang objektif dan matlamat kertas kerja dan nyatakan
hasil (output) yang diharapkan pada akhir penyampaian pembentangan tersebut.
Ringkasan Eksekutif/Pelan  <http://www.books.perintis.com.my> ini
kebiasaannya tidak terlalu panjang dan hanya perlu disediakan untuk 1 atau 2
muka surat sahaja.

 

Di sini jugalah anda perlu menyatakan perkara-perkara yang bakal
dibentangkan untuk menarik perhatian pembaca atau penilai. Secara psikologi,
kita juga kadang-kala akan melihat dahulu tajuk-tajuk menarik sesuatu bahan
bacaan sebelum membelinya, bukan? Begitu juga dengan kertas kerja dan pelan
perniagaan ini, perlu diperjelaskan agenda-agenda yang akan dibentangkan
sebagai faktor psikologi untuk pembaca atau penilai khususnya.

 

Sebagai contoh di sini diberikan cara Ringkasan Eksekutif/Pelan harus
ditulis;

 

Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan Pusat Cucian Kenderaan xx ini dibangunkan
adalah untuk memperlihatkan secara lebih dekat dan terperinci berkenaan
perkhidmatan/servis perniagaan yang dijalankan sebagai satu Panduan Tindakan
(guideline) dalam memenuhi matlamat kepuasan pelanggan dan masyarakat
setempat khususnya. Dalam Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan ini juga
disertakan pelbagai informasi dan keupayaan Pusat Cucian Kenderaan xx yang
merangkumi lapangan seperti yang berikut:

 

Perkhidmatan yang disediakan - jenis perkhidmatan cucian dan servis yang
diusahakan.

 

Spesifikasi perniagaan yang menjelaskan hala tuju perkhidmatan.

 

Pelan pemasaran terperinci merangkumi Perniagaan Luar Lanjutan bagi tujuan
meningkatkan kuantiti pelanggan dan kaedah promosi.

 

Prosedur Operasi Kerja (S.O.P) bagi perkhidmat-an yang terdapat di Pusat
Cucian Kenderaan xx.

 

Strategi pelaksanaan yang dapat menunjukkan gambaran keseluruhan strategi
perancangan ini.

 

Diagram Konsep Perkhidmatan (Concept Diagram) Pusat Cucian Kenderaan xx dan
Konsep Perkhidmatan Luar (Workflow) yang diusahakan.

 

Senarai aset dan kos-kos yang terlibat untuk permulaan, implikasi kewangan
harian dan jangkaan purata kemasukan bulanan.

 

Jangka masa pelaksanaan (timeline) yang dicadangkan.

 

Dengan adanya Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan ini dapatlah dikenal pasti
hala tuju dan kaedah yang sesuai agar dapat memberikan ruang perkhidmatan
kepada para pelanggan dengan hanya membabitkan nilai kos yang minimum bagi
memulakan perniagaan ini. Penyediaan kertas kerja ini juga merupakan salah
satu syarat utama yang perlu disediakan bagi memohon pinjaman perniagaan
seperti yang dikehendaki. 

 

Satu kelebihan jika anda berjaya menyiapkan Ringkasan Eksekutif kerana
melalui pendekatan ini, anda sebenarnya telah tahu perkara yang ingin
disampaikan melalui kertas kerja perniagaan tersebut. Saya yakin bahawa anda
akan berasa selesa untuk meneruskan penulisan kandungan yang seterusnya.

 

Maklumat lanjut berkenaan buku ANEKA CONTOH KERTAS KERJA PERNIAGAAN ini
boleh didapati di  <http://www.perintis.com.my/> http://www.perintis.com.my
atau sila hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.

 

Kirim email ke