Bunga bangkai - Titan Arum atau Amorphophallus
titanum<http://laman-seri.blogspot.com/2010/07/bunga-bangkai-titan-arum-atau.html>


<http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TE2CQtbUOJI/AAAAAAAAFYM/Ml2GU2xTJLk/s1600/Bunga+bangkai+2.jpeg>Titan
Arum atau Amorphophallus titanum mampu capai ketinggian 3.17 meter.

Titan Arum atau Amorphophallus titanum yang berasal dari Indonesia ini,
bukan hanya ganjil dan pelik namanya, tetapi rupa dan bau bunga ini turut
menjadi perhatian kerana terlalu busuk dan menyamai bau bangkai. Bunga
bersaiz gergasi ini turut disamakan bunga Rafflesia yang banyak ditemui di
hutan Asia Tenggara.

SEJAK minggu lalu, Muzium Sains Semula Jadi Houston, Amerika Syarikat, tidak
putus-putus menerima kehadiran pengunjung dan dibuka 24 jam sehari kerana
bahan pamerannya yang unik, bunga gergasi yang dikenali sebagai Titan Arum
atau Amorphophallus titanum.

Bunga yang berasal daripada Sumatera, Indonesia itu, buat pertama kalinya
akan berbunga selepas tujuh ditanam di muzium berkenaan dan dicatatkan
sebagai yang ke-29 berbunga di negara berkenaan.

Tarikan utama bunga itu dihebahkan melalui laman sosial Twitter dan Facebook
menyebabkan pengunjung berbaris seawal jam 8 pagi bagi melihat sendiri
keganjilan dan keanehan bunga yang hanya mekar selama tiga hari itu. Satu
perkara pelik mengenai bunga berkenaan dan menjadi tarikan pengunjung ke
muzium itu adalah kerana baunya yang dikatakan seperti bau bangkai.

Beberapa pengunjung yang ditemui memberitahu mereka sanggup beratur panjang
untuk melihat dan menghidu sendiri bau bunga berkenaan kerana ia peluang
yang tidak boleh dilepaskan walaupun maklum bahawa bau yang dikeluarkan
sungguh busuk. Malah ada pengunjung datang berulang kali ke muzium berkenaan
kerana mahu melihat bunga mekar dan menghidu bau busuk yang dihasilkan.
Setakat Jumaat minggu lalu bunga berkenaan masih belum mekar sepenuhnya.

Pihak muzium menjangkakan jumlah pengunjung akan bertambah kepada 10,000
orang sehingga semalam. Jumlah itu, berlipat kali ganda berbanding jumlah
500 pengunjung setiap minggu.


<http://3.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TE2CQWeqV8I/AAAAAAAAFYE/0jEA2O3KvBs/s1600/Bunga+bangkai+1.jpeg>
Titan Arum dikenali sebagai penduduk tempatan sebagai bunga bangkai ditemui
di Sumatera, Indonesia. Dilaporkan ia mula ditemui pada 1878 oleh ahli
botani Itali Odoardo Beccari. Bunga ini menjadi bunga rasmi untuk wilayah
Bengkulu.

Tumbuhan yang jarang ditemui ini dikategorikan sebagai tanaman liar daripada
keluarga Araceae mempunyai bunga yang cantik seakan calalily berwarna perang
mengeluarkan bau busuk untuk menarik kumbang dan lalat yang menjadi
makanannya. Bagi penduduk di negara ini, mereka menggelarkan bunga ini
sebagai keladi gajah, namun rupanya sedikit kecil berbanding bunga bangkai
yang ditemui di Indonesia.

Tumbuhan ini memiliki dua fasa dalam kehidupannya iaitu vegetatif dan
generatif. Pada fasa vegetatif, biasanya akan muncul pucuk muda daripada
batang pokok. Kemudian organ vegetatif ini layu dan muncul bunga. Selepas
bunganya layu akan terbentuk buah berwarna merah dengan biji di bahagian
pangkal bunga. Buah ini biasanya menjadi benih untuk pembiakan semula
tumbuhan ini.


<http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TE2CRADZgCI/AAAAAAAAFYU/fBV4Vl9jK-A/s1600/Bunga+bangkai+3.jpeg>
Mengikut laporan, bunga bangkai yang paling tinggi dicatatkan mencecah 2.91
meter pada 2005 di Taman Botani Bonn, Hewan Wilhelma, Stuttgart, Jerman.
Namun, Indonesia mendakwa bunga bangkai paling tinggi pernah dicatatkan di
Kebun Raya Cibodas dengan ketinggian 3.17 meter pada 11 Mac 2004.

Selain bersaiz gergasi dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 6 meter (10
kaki), berat bunga bangkai juga boleh mencapai sehingga 50 kilogram, berat
seorang perempuan dewasa. Namun, pernah dicatatkan berat bunga ini mencecah
91 kilogram di Rumah Hijau Princess of Wales, Kew Garden.

Tiada khasiat mengenai bunga ini dicatatkan dalam mana-mana artikel botani,
namun ia sering kali mendapat perhatian dalam mana-mana pameran hortikultur
di seluruh dunia, kerana keanehan dan keganjilan itu.

Pada Pameran Bunga Persatuan Hortikultur Diraja Tatton Park, London Julai
tahun lalu, bunga ini diundi sebagai bunga paling hodoh dipamerkan di
pameran berkenaan walaupun hakikatnya tumbuhan ini tidaklah nampak hodoh
kecuali baunya saja yang busuk seperti bangkai.

Sumber : Rohaniza Idris [r...@bharian.com.my] di BH
24/07/2010<http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bungabangkai/Article/index>

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke