Memang sukar untuk merobah satu-satu sistem yang diamalkan dalam sebuah 
negara demokrasi dan begitulah juga betapa sukarnya untuk pihak-pihak tertentu 
yang ingin membenteras segala gejala dalam masyarakat secara individu/kelompok 
untuk merobah gejala negatif yang berlaku !! Amat menghairankan mengapa para 
ulamak dalam UMNO /pro UMNO membisu dan bagaimana pula peranan AJK Fatwa 
Kebangsaan ? Adakah AJK Fatwa sekadar beri fatwa dan kabinet sekadar 
mengumumkan fatwa ? Bagaimana pula tentang kesungguhan melaksanakan 
penguatkuasaan ?? Janganlah seperti yang pernah berlaku suatu masa dulu apabila 
pihak berkuasa jabatan agama menangkap beberapa orang yang lakukan kesalahan 
tapi kerana mereka ini ada hubungan dengan pihak yang lebih atas dari kalangan 
pemimpin UMNO yang berkuasa maka semua yang ditangkap diarah untuk dibebaskan 
begitu saja !!

   Apa pun saya rasa semua yang bercita-cita memperbaiki keadaan masyarakat 
Islam tiada pilihan melainkan wajib terlibat untuk membenteras gejala sosial 
dengan apa cara sekali pun selagi pendekatan tidak menyalahi undang-undang/ 
pendekatan Islam !! Namun eloklah mendahulukan seruan kepada makruf iaitu 
tuntutan asas dalam Islam seperti mengerjakan solat, taat kepada ibubapa dalam 
perkara-perkara yang selaras dengan tuntutan agama dan meminta setiap orang 
Islam menilai kualiti iman mereka !! Jika al Quran itu diimani sejauh mana 
ianya dipatohi bukan sekadar menghafal antara rukun iman ialah percaya al Quran 
sebagai kitab dari Allah tapi apakah al Quran itu benar-benar diterimapakai ?? 
Atau mengharapkan ketika ditalqinkan sewaktu berada dalam liang kubur apabila 
disoal oleh dua malaikat imam ajarkan dari atas kubur untuk menjawab soalan itu 
katakan al Quran adalah ikutan ku !!  Tetapi ketika hidup benarkah al Quran 
diterima sebagai petunjuk ?? Adakah
 dalam kubur pun nak tipu lagi ?? Wallahua'lam.



--- On Thu, 8/5/10, su...@yahoo.com <su...@yahoo.com> wrote:

From: su...@yahoo.com <su...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Senator Siti Zailah kena banyak pergi kafe 
siber
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Thursday, August 5, 2010, 8:46 PM







 









      Nampaknya Senator Siti Zailah kena banyak turun padang, pergi kafe siber, 
pergi pantai-pantai peranginan, pergi air terjun yang tak ada kencing tikus, 
pergi tengok apa ada dalam telefon bimbit pelajar sekolah rendah, termasuk 
pelajar sekolah agama. Memang benar tempat hiburan mesti disekat, hiburan dan 
cerita sex di TV dihalang.



Tapi remaja sekarang bijak dah, mereka boleh dapat dari pelbagai sumber lain. 
Tambahan sekolah nak ajar Pendidikan Seks dah, cuma tukar nama Pendidikan 
Reproduktif dan Sosial, macam kerajaan selaras subsidi tak dikata naik harga.



Sebelum ramai lagi pimpinan PAS beri macam-macam pandangan peribadi, eloklah 
Majlis Syura Ulama dan AJK PAS Pusat nyatakan pendirian mereka terhadap masalah 
sosial yang berlaku sekarang. Tak perlu ulas Hukum Hudud, kerana Hukum Hudud 
jelas perlu dan wajib dilaksanakan.



Tak perlu ulas tutup pusat hiburan maksiat dan lain-lain. Kerana memang patut 
dah lama tutup.



Ulas apa nak buat sekarang dengan remaja yang semakin bijaksana dan bijaksini 
daripada kita yang dah tua ini mencari pelbagai bahan melalui internet, MMS dan 
sebagainya.



Apa nak buat remaja yang dah tak tahan sangat nak kahwin ni. Kita tidak 
galakkan remaja kahwin awal, tapi kalau dah nak berzina nak buat apa, nak ajar 
pasal dosa dan pahala, sedangkan sembahyang pun mereka abaikan.



Bukan nak galakkan pelajar mengandung, tapi kalau dah mengandung luar nikah nak 
buat apa ? Buang di Pulau Jerjak ?



*******************



Sekat pergaulan bebas, bukan kahwin awal



KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Cadangan Kerajaan Negeri Melaka memberikan kelonggaran 
kepada remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin bukan suatu penyelesaian 
jangka panjang, kata Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf 
(gambar).



Beliau berkata, kebenaran perkahwinan di awal usia bukan isu pokok sebaliknya 
yang harus diberikan perhatian adalah seluruh sistem kehidupan yang diamalkan 
di negara ini.



"Kerajaan tidak melihat penyelesaian yang lebih jauh. Penyelesaiannya bukan 
terletak kepada pelajar diberi kahwin awal tapi penyelesaiannya sistem itu 
sendiri iaitu sistem pembelajaran, pendidikan, dan sosial.



"Sistem yang ada di negara kita ini jauh menyimpang dari al-Quran. Contohnya 
sekarang ini di sekolah-sekolah atau di mana sahaja banyak program yang 
menyebabkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan.



"Ini menyebabkan berlakunya masalah hamil dan anak luar nikah di negara kita 
begitu ketara sekali," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.



Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, kerajaan seharusnya mengambil 
langkah pencegahan dengan menyekat segala aktiviti dan tempat-tempat yang boleh 
membuka ruang kepada remaja bergaul bebas seterusnya terjerumus ke kancah 
penzinaan.



"Selain daripada kita mengkaji balik cadangan perkahwinan awal itu, kita kena 
melihat dari segi peraturan, penguatkuasaan undang-undang yang ada dari segi 
kawalan sistem itu sendiri supaya perkara ini menjurus ke arah mengawal maksiat 
ini daripada berlaku.



"Sekarang kerajaan baik, rakyat baik, harus menjauhi daripada segala bentuk 
yang dapat mendekatkan diri dengan zina," ujarnya.



Katanya juga, keputusan membenarkan pelajar yang masih bersekolah itu berkahwin 
dibimbangi menyebabkan masalah keciciran dalam akademik akibat tidak dapat 
mengendalikan rumah tangga dengan baik.



"Perlu juga melihat sejauh mana pelajar yang berkahwin itu bertanggungjawab 
terhadap perkahwinannya. Kita bimbang tidak sampai kepada hala tuju dan 
penyelelesaiannya. Saya takut mereka yang berkahwin akan keciciran dalam 
pelajaran kerana tidak ada penyelesaian terhadap sara hidup. Jadi tidak 
selesaikan masalah," katanya lagi.



Ujarnya, kerajaan Umno Barisan Nasional harus melihat keseluruhan sistem Islam, 
bukan mengambil sebahagian sahaja yang memberi kebaikan kepada mereka.



"Saya minta kerajaan melihat Islam secara keseluruhan, bukan sudut-sudut 
tertentu yang mendatangkan kebaikan kepada mereka," ujarnya.



Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 
meminta Kerajaan Negeri Melaka membuat kajian secara mendalam sebelum memberi 
kelulusan bagi membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal bagi mengelakkan 
kesan negatif di kemudian hari.



Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah 
memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan 
bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.



http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27979:sekat-pergaulan-bebas-bukan-kahwin-awal&catid=1:utama&Itemid=50























      

Kirim email ke