Budaya orang Melayu/Islam kita sudah banyak berubah akibat mengejar kemajuan
ekonomi dan perjuangan hak sama rata oleh kaum wanita selaras dengan
perkembangan di Barat. Pendidikan anak-anak perempuan bukan lagi cukup hanya di
tahap tamat sekolah rendah atau sekolah menengah. Jika anak perempuan disuruh
berhenti bersekolah maka pemikiran ibubapanya adalah tidak selaras dengan budaya
hari ini. Ibubapa mahukan apa yang mampu dicapai oleh kaum lelaki semestinya
mampu juga dicapai anak-anak perempuan agar menjadi wanita berkerjaya. Pelajar
perempuan sendiri tidak sanggup sia2kan hak mereka untuk memperolehi tahap
pendidikan paling tinggi. Maka kawin awal tentunya akan menjadi penghalang
kepada cita-cita ibubapa dan para pelajar sendiri sedangkan apabila umur sudah
capai tahap baligh remaja lelaki mau pun perempuan sudah ada keinginan sex.


Pergaulan bebas pula sukar dihalang. Jika ada yang menghalang masyarakat/
ibubapa dicap sebagai golongan kolot. Pemerintah pula lebih banyak mengadakan
program menggalakkan pergaulan bebas !! Pendidikan agama pula sama ada di pihak
ibubapa mau pun pemerintah diberi sekadar melepaskan batuk di tangga !! Media
massa pula tidak dapat dikawal kerana usaha mendapat pablisiti dan keuntungan
maka wanita sendiri sanggup menjadi alat dengan pelbagai cara !! Sekatan dan
kawalan sekadar melepaskan batuk ditangga. Iklan pewangi ketiak pun
memperalatkan remaja perempuan berpakaian baju dan seluar tak cukup kain dan
bentuk tubuh yang mengiurkan menggeliat didepan pemuda lelaki dan ditonton semua
lapisan masyarakat !! Hairan di mana lembaga penapis atau adakah iklan tak perlu
ditapis bagi membolehkan penaja dan pemilik stesen tv mendapat untung lumayan ??
Terlalu banyak punca yang harus ditangani.

Kawin awal bukanlah satu-satunya penyelesaian mengelakkan remaja perempuan hamil
luar nikah hinggakan berlaku masalah buang bayi !! Macamana nak galakkan
perempuan kawin awal selagi budaya menghabiskan banyak wang di kalangan
masyarakat Melayu dengan mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran dan syarat
hantaran pula yang tidak termampu dibayar oleh bakal pengantin lelaki ?? Mungkin
ramai yang terpaksa cari along maka timbul pula masalah dengan along. Nak pinjam
Bank tapi di usia muda dan ramai yang pendapatan mungkin tidak sebesar mana
tidak semudah itu Bank nak beri pinjam !! Apakah budaya-budaya yang bercanggah
dengan agama (semangat agama) mampu dihapuskan ?? Bolehkan sistem kenakan
"hantaran" yang tinggi yang ? tidak pernah diamalkan dalam Islam dihapuskan ?!!
Apabila adek perempuan saya (yang tamat pengajian dengan UIA) nak berkawin pihak
wakil pengantin lelaki sediakan wang sebanyak yang dianggap biasa dikenakan
keluarga perempuan kepada lelaki tapi pihak kami hanya letakkan separoh. Maka
wang yang disediakan mereka dapat pula digunakan adek lelaki pengantin lelaki
juga bagi tujuan perkahwinan !!


Dalam soal mas kawin, Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun pernah sebut mas kawin
pernikahan anak nya sekadar seribu ringgit (amalan orang Kelantan memang tidak
ada wang hantaran berasingan selain mas kawin) !! Berbeza dengan yang diamalkan
di luar sana mas kawin yang dikenakan memang lebih rendah iaitu selalunya tak
sampai RM100. Sebenarnya ini adalahamaun minima selaras dengan ketetapan pihak
berkuasa agama negeri masing-masing tapi ? disalahfahamkan ianya tak boleh
lebih. Sebenarnya tak boleh dikurangkan. Maka ibubapa pun kenakan mas kawin
(minima) yang cukup rendah tapi disebalik itu diminta wang hantaran sehingga ada
yang mencecah belasan dan pulohan ribu !! Kalau pun masyarakat rasa seribu
ringgit tu sikit sangat (seperti apa yang Tuan Guru lakukan) untuk mas kawin
maka kalau lebih sikit katakan tiga atau empat ribu mungkin masih tidak
membebankan (untuk kebanyakan lelaki) sekiranya tidak lagi dikenakan wang
hantaran !!. Kalau masih juga ada yang nak beri lebih tak perlu digembar gembor
tak perlulah dibuat macam beberapa artis pernah riuh rendah hebohnya dan ada
yang disiar pula secara langsung oleh tv (yang ambil kesempatan) keseluruh
negara !!


Saya difahamkan ada yang beri alasan mas kawin dikenakan rendah kerena mencari
keberkatan !!? Nak ikut ajaran serta amalan Nabi SAW !! Tapi apakah maknanya
jika disebalik mas kawin serendah tak sampai RM100 wang hantaran pula
dibantainya RM10K atau lebih dari itu !!?? Untuk menghapuskan budaya ini para
ustaz dan seluruh pemimpin masyarakat kenalah tunjuk contoh dan jabatan agama
perlulah sungguh-sungguh menasihati masyarakat dalam soal wang hantaran ini.
Mengapa tidak bayaran mas kawin dikenakan lebih sedikit sekadar berpatutan
keatas pengantin lelaki dan dikurangkan wang hantaran (jika hantaran masih mau
dikenakan) !! Jika ini dapat digalakkan dan diterima masyarakat mungkin
menggalakkan kawin awal mampu direalisasikan !!


Masalah nya ramai para ustaz /pemimpin masyarakat pun terikut-ikut dengan budaya
mengenakan hantaran yang terlalu tinggi. Betul ada yang akan katakan di zaman
Saidina Umar ra kaum perempuan menentang usha Umar nak kurangkan mas kawin dan
Umar akur tapi janganlah kita berlebih-lebihan sehingga wujud suasana terlalu
membebankan para remaja/ anak-anak muda kita nak kawin kat negara sendiri. Ramai
akur solat teraweh 20 rakaat seperti dianjurkan Umar mengapa kita tak sanggup
akur akan  cadangan Umar tentang mas kawin atas dasar kerelaan !! Jika ini tidak
ditangani mungkin ada yang akan pergi saja nikah kat Thailand yang memang telah
banyak pun berlaku !! Mujur juga kalau mereka sanggup ke Thailand untuk nikah
demi nak elak zina tapi kalau mereka ambil saja cara mudah guna kondom untuk
elak hamil bagaimana pula ?? Mungkin tak ada bayi dibuang tapi masalah zina pula
bagaimana ?? Wallahua'lam.






________________________________
From: "roz...@yahoo.com" <roz...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Sun, August 8, 2010 9:37:25 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kahwin muda, Zina, malu kat orang Hindu


Saya pelik kenapa masih ramai pihak duk hentam Ketua Menteri Melaka isu kahwin
muda dan sekolah khas untuk pelajar terlanjur mengandung. Ya , Hukum Hudud wajib
dilaksanakan. Mereka yang ada kuasa, tak laksanakan tanggung sendiri di akhirat.
Tapi sekarang apa nak buat ? Berilah pandangan yang praktikal. Tak malu ke
dengan keluarga-keluarga Hindu yang hidup miskin di Negeri Sembilan ini kisahnya
di http://waghih.blogspot.com/2010/07/orang-hindu-tak-buang-bayi-tapi-orang.html


Keluarga Hindu ini walaupun hidup miskin dan daif, mereka tidak buang anak,
buang bayi, buang isteri.

Saya ingin mencadangkan bantuan kahwin pasangan muda ini bukan hanya diberikan
kepada pasangan Islam, ianya patut diberikan kepada semua agama.

***********************
Mingguan Malaysia 8 Ogos 2010

Kahwin muda atau berzina?

MINGGUAN: Bagaimana timbulnya cadangan mewujudkan sekolah hamil dan membenarkan
perkahwinan bawah umur?

MOHD. ALI: Di Melaka kita telah menganjurkan dua seminar sosial iaitu bagi
peringkat negeri dan kebangsaan. Di dalam kedua-dua seminar itu para peserta
menyatakan kebimbangan yang amat sangat tentang gejala sosial termasuk kes buang
bayi, hamil luar nikah, rogol dan sebagainya. Lebih menyedihkan kebanyakan kes
melibatkan orang Islam.

Lalu diakhir seminar itu disarankan supaya diadakan pelbagai program untuk
mengatasi gejala sosial termasuk mengadakan ceramah motivasi dan seminar
pendidikan. Paling mustahak sekali jalan penyelesaian yang dicadangkan adalah
balik kepada ajaran agama. Kita dah cuba banyak bidang tetapi sehingga hari ini
statistik kes-kes tersebut bukannya menurun sebaliknya makin meningkat.


Di Melaka kita perkenalkan program Rumahku Syurgaku, kita beri pegawai tambahan,
kita adakan ceramah tambahan di semua peringkat, tapi jumlah kes sosial semakin
meningkat malah perceraian pun makin meningkat. Ini bermakna pendekatan yang
lepas kurang berkesan. Apa yang kita lihat anak-anak muda banyak terlibat dalam
kes buang bayi, hampir setiap bulan ada kes tersebut tidak kira di Melaka atau
pun negeri-negeri lain. Semuanya berlaku.


Kita lihat kes buang bayi di negeri Melaka. Pada 2001 ada satu kes, tahun ini
pula tiga kes buang bayi. Bagi kes bayi lahir luar nikah pula pada 2009 ada 391
kes dan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak 174 kes dicatatkan.
Ini amat merunsingkan. Bagi tahun lepas kes lahir bawah umur 16 tahun adalah
sebanyak 33 orang, manakala 114 kes pula (17-20 tahun), 123 kes (21-24 tahun),
57 kes (25-30 tahun), 3 kes (31-40 tahun) dan satu kes (41 tahun ke atas).

Maknanya hampir 78 peratus yang terlibat dalam kes hamil luar nikah adalah
remaja bawah umur 24 tahun.


Jadi apa punca yang sebenar?

MOHD. ALI: Saya melihat isu yang sebenar adalah budak-budak muda ini hendak
berkahwin tapi tidak dibenarkan, jadi mereka berzina. Bila berzina mereka takut
ibu bapa marah, takut kena halau maka untuk elak itu semua jadilah kes buang
bayi.

Mengapa kita biarkan mereka berzina? Bukankah elok kita bagi mereka kahwin pasal
itu yang mereka hendak. Kita tak bagi kahwin sebab mereka muda, kerja pun tak
ada, ada yang masih bersekolah. Jadi saya berpendapat cadangan seminar adalah
berbalik kepada agama, jadi apakah yang terbaik selain mengahwinkan mereka?
Kalau kita tak mengahwinkan mereka, mereka akan bersekedudukan, ada hubungan
seks sehingga mendapat anak luar nikah.

Sedangkan walaupun mereka bawah umur 16 tahun, tetapi sudah akil baligh dan
tidak dapat menahan nafsu. Sama ada ibu bapa tahan, ustaz tahan, Ketua Menteri
tahan mereka tidak peduli, mereka nak kahwin juga. Jadi daripada buat maksiat
bukankah lebih baik mereka dikahwinkan.

Persoalannya sekarang, mengahwinkan pasangan muda selesai timbul pula masalah
lain, mereka tidak bekerja dan masih bersekolah, apa masa depan mereka?

MOHD. ALI: Lepas dikahwinkan kerajaan negeri akan bimbing mereka. Ada yang
bertanya bagaimanapun pula kalau mereka dah kahwin sedangkan mereka budak
sekolah, siapa nak tanggung. Bagi saya benda itu semua tidak sepatutnya timbul.
Daripada ibu bapa tanggung malu, nak kena jaga anak luar nikah lagi baik jaga
cucu yang halal kerana anak mereka sudah berkahwin. Cumanya ada ibu bapa yang
miskin, ada juga remaja daripada keluarga bermasalah maka kerajaan negeri dan
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk membiayai perkahwinan mereka dengan
perbelanjaan RM500 majlis yang cukup untuk upah nikah, saksi dan sebagainya. Mas
kahwin boleh hutang.


Selepas menjadi suami isteri kalau ibu bapa tidak mahu jaga, kerajaan negeri
akan ambil tanggungjawab untuk jaga pasangan yang halal bernikah ini. Saya
percaya daripada jaga pasangan yang berzina elok kita jaga pasangan halal
bernikah. Kalau mereka masih bersekolah, biarkan mereka terus pergi sekolah,
tetapi rupa-rupanya budak sekolah salah, mengandung kena berhenti.

Maka saya cadangkan tubuh sekolah untuk remaja hamil bernikah. Timbul pula
persoalan siapa nak tubuhkan sekolah itu. Kita bersetuju JAIM akan tubuhkan
sekolah seumpama itu supaya pasangan remaja yang bernikah, kemudian mengandung
dapat meneruskan persekolahan mereka di situ. Mereka akan diajar dengan mata
pelajaran agama, dididik bagaimana mahu menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab
dan juga perancang keluarga.

Selepas bersalin, kalau ibu bapa remaja masih tak mahu jaga anak dan cucu
mereka, maka kerajaan negeri akan jaga. Lebih daripada itu, kita akan usaha
mencari keluarga angkat untuk bayi yang dilahirkan oleh gadis remaja ini. Saya
percaya ramai yang nak jadi keluarga angkat kepada bayi yang dilahirkan menerusi
pernikahan yang halal. Kalau keluarga nak jaga lagi kami alu-alukan. Bukankah
menjaga yang halal lebih mudah daripada menjaga yang haram. Kerajaan negeri
dapat pahala, saya dapat pahala, tak ada orang kata anak luar nikah.

Mereka juga akan diajar perancang keluarga, oleh itu mereka tahu sama ada nak
tambah anak lagi atau nak tangguh dulu supaya dapat meneruskan persekolahan.
Kalau belum kahwin nak ajar perancang keluarga seperti dalam pendidikan seks
mana boleh, dia orang nak buat apa, dia orang belum kahwin belum nikah tapi
kalau dah kahwin apa nak ajar pun boleh.

Datuk Seri tidak nampak sebarang masalah untuk laksanakan semua ini?

MOHD. ALI: Bagi saya memang tidak ada masalah, sebab itu bila kita bawa perkara
ini kepada MAIM, semua ahli majlis setuju. Bulan lepas saya jumpa dengan
kumpulan amil, di Melaka ada 180 masjid lebih kurang 500 amil datang. Saya
terangkan dan mereka bersetuju bahkan ada yang mengemukakan pelbagai cadangan
untuk menjaga budak-budak ini dan sekelip mata jawatankuasa yang berkenaan
ditubuhkan dan menggerakkan kerja masing-masing.

Perkara ini mendapat perhatian dunia. Reuters pun telefon, saya terangkan antara
zina dan kahwin halal, walaupun masih bersekolah saya pilih yang halal. Mereka
bawah umur kita ikut undang-undang minta kebenaran mahkamah syariah, bukan kita
langgar undang-undang.

Seminar sosial menyarankan supaya kita kembali kepada ajaran agama. Sekarang ini
saya ikut ajaran agama tapi ada pula yang kata takut sebab budak-budak belum
faham tanggungjawab. Kalau pasal kahwin pun dah faham takkan pula tanggungjawab
mereka tidak mahu faham. Dan inilah masanya kita beri mereka tanggungjawab. Ibu
saya dulu kahwin umur 14 tahun, ada pula orang kata itu zaman dulu, tapi zaman
dulu tak ada video lucah, zaman sekarang video lucah berselerak, patut sekarang
umur 8 tahun sudah kena kahwin sebab ‘semangat’ budak-budak sekarang tinggi.
Pancaroba lebih kuat daripada dulu. Saya akui jalan terbaik kita kena balik
kepada agama walaupun syarat untuk berkahwin belum beberapa cukup, tapi antara
zina dengan anak lahir luar nikah, lebih baik kahwin dan lahirkan anak yang sah
taraf.

Bagaimana Datuk Seri melihat kesan jangka panjang?

MOHD. ALI: Dalam hal ini kerajaan negeri melaksanakan program sampingan untuk
memastikan kesan jangka panjang yang positif. Kerajaan negeri mahu
bertanggungjawab sepenuhnya dalam membendung gejala sosial. Kita fikirkan
program keluarga angkat kerana yakin anak-anak halal berebut orang nak jaga.
Anak luar nikah pun ramai orang nak jadikan anak angkat inikan pula anak yang
halal. Apatah lagi jika matlamat menjadikan anak-anak ini anak angkat supaya
remaja yang berkahwin muda dapat meneruskan persekolahan. Mengapa nak bagi
pandangan negatif, jangan takut untuk jadi positif dan banyak masalah boleh
selesai. Kita terlalu terikat dengan itu tak boleh, ini tak boleh dan pada masa
yang sama orang beranak luar nikah semakin bertambah.

Sebelum ini kita kata kena didik ibu bapa untuk kurangkan gejala sosial tapi
sudah puas ibu bapa dididik menerusi seminar, ceramah agama, program Rumahku
Syurgaku tapi anak luar nikah makin banyak. Ada pula yang kata sebab banyak pub
sana-sini, ada kerajaan negeri pub pun tak ada tapi anak luar nikah banyak juga.
Maka saya yakin jawapannya adalah mengetahui apa sebenarnya kemahuan mereka.
Oleh itu kalau ada anak kata ‘Alah mak kahwinkan aku’ maka ibu bapa kena positif
fikiran, kalau anak nak kahwin janganlah risau hati. Ibu bapa patut bersyukur
dapat cucu lebih awal, jabatan agama nak tolong anak-anak mereka daripada buat
maksiat atau lari daripada rumah buat kerja tak senonoh, akhirnya berzina dan
melakukan hubungan seks dengan macam-macam orang dan akhirnya lahirkan anak luar
nikah, kemudian buang bayi yang tidak berdosa itu.

Datuk Seri tidak percaya pendidikan seks mampu kurangkan kes buang bayi dan
hamil luar nikah?

MOHD. ALI :Pendidikan seks tidak akan membantu sama sekali dan tidak perlu pun
mata pelajaran tersebut diajar di sekolah. Saya juga melihat tidak ada sebab pun
mengapa kita nak ajar dia orang pendidikan seks malah kadang-kadang itu pun
punca berlakunya seks bebas. Nak ajar buat apa mereka belum belum kahwin, maka
pendidikan seks tak patut diajar disekolah. Nak ajar jaga kesihatan, mata
pelajaran kesihatan dah ada, mata pelajaran agama ajar cara mandi junub dan
macam-macam lagi maka mata pelajaran pendidikan seks Barat yang menawarkan salah
satu bahagian penting bagaimana mencegah hamil adalah sesuatu yang tak patut
diajar kepada orang yang belum kahwin.

Saya juga berpendapatan ia akan menggalakkan lagi seks luar nikah sebab itu kita
tak setuju, siap buat kempen sekali, apa itu semua. Kita boleh jaga berpuluh
ribu orang miskin dan berbelanja RM5 juta untuk bantu mereka, takkan tak boleh
tolong remaja supaya mereka berkahwin dan mengadakan seks halal.

Bagaimana Datuk Seri jangkakan sambutan kelak?

MOHD. ALI: Kalau masih nak berzina saya tak tahu nak buat apa lagi. Saya dah
adakan ruang, jangan esok mereka kata kerajaan tak buat apa, kerajaan tidur, aku
nak kahwin dia tak bagi, ibu bapa pun dikatakan tidur dan tidak buat apa-apa.
Sekarang ini kahwinlah kita tak halang hasrat mereka. Makan minum kerajaan
tanggung, sekolah disediakan, keluarga angkat boleh dicari, kalau tak tampil
juga tak boleh salahkan kerajaan sebab kerajaan dah ambil segala usaha termasuk
jaga anak, sekolahkan dia. Tak timbul soal keciciran sekolah, disisih masyarakat
dan lain-lain. Sekarang saya minta mereka tampil, saya percaya dalam kita
bercakap ini pun ada yang terlanjur lagi.

Sekarang kita sedang mencari bangunan yang sesuai dan minta kerjasama ibu bapa
kerana kita tidak mahu nanti ada sekolah tapi tak ada murid. Ahad ini (hari ini)
kita akan adakan seminar di MITC berhubung perkara ini, mudah-mudahan mendapat
sambutan.

Saya ambil pendekatan ikut kehendak orang, apa yang mereka hendak. Dulu kita
lawan kehendak mereka, sekarang ikut apa yang remaja hendak. Hendak kahwin, kita
kahwinkan. Masalah lain kerajaan negeri akan bantu, yang penting dapat elak
berzina dan kurangkan masalah sosial.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm






      

Kirim email ke