Mutiara RIADHUS SHALIHIN
 
Mutiara 17
Tegahan Bidaah
 
 
 
(Bab 18 : Tegahan Bidaah, Hadits RS169-RS170)
 
 
Allah Taala berfirman:
 
“Tidaklah Kami alpakan sesuatu pun di dalam kitab.”  (Al-An’aam, 6:38)
 
“Jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada 
Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya).”  (An-Nisaa’, 4:59)
 
“Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka 
ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana 
jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya.”  (Al-An’aam, 6:153)
 
Ayat-ayat lain : Yunus, 10:32; Ali Imran, 3:31.
 
 
Setiap amalan yang tidak bersandarkan Al-Quran dan sunnah adalah tertolak. 
Amalan-amalan tersebut mungkin berasal daripada agama asal sesuatu masyarakat 
sebelum mereka menerima Islam, bercampur-aduk dengan amalan masyarakat lain 
yang tidak beragama Islam, direka oleh orang-orang tertentu dalam masyarakat 
maupun dicipta sendiri oleh seseorang individu.
 
M46. Dari Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
"Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan (agama) kami ini dengan perkara yang 
tidak ada dasar daripadanya, ia tertolak." (RS169; Bukhari, Muslim)
 
Dalam riwayat Muslim juga:
 
"Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak berasal dari urusan (agama) 
kami, ia tertolak.”
 
M47. Dari Jabir r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berkhutbah, 
merah padam mata baginda, lantang suaranya, kelihatan sangat serius seolah-olah 
baginda memberi amaran kepada tentera dengan bersabda: “Bersiap sedialah kamu 
dari musuh yang menyerang pagi dan petang.” Baginda bersabda:
 
"Aku diutuskan ketika hari kiamat telah hampir seperti dua jari ini.” Baginda 
merapatkan jari telunjuk dan jari tengah. Kemudian menambah: "Kemudian dari 
itu, sesungguhnya sebaik-baik keterangan ialah Kitab Allah (Al-Quran) dan 
sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w. Seburuk-buruk urusan 
(agama) ialah yang diada-adakan dan setiap bidaah itu sesat." (RS170; Muslim)
 
 
http://riadhusshalihin.blogspot.com/

Kirim email ke