Askm,

   Naib Presiden PAS YB Mahfuz Omar dakwa jika seorang khatib yang beri khutbah 
jumaat di sebuah masjid di Pulau Pinang sebut nama Lim Guan Eng (dengan niat 
berdoa untuknya) maka ianya sama saja dengan UMNO yang anjur solat hajat dan 
baca surah Yaasin untuk kemenangan calun BN en Kamalanathan ? dalam pilihanraya 
Hulu Selangor yang juga diadakan disebuah masjid !!

  Bagi saya apa yang UMNO buat lebih teruk lagi sebab mereka anjurkan program 
sedemikian demi nak memenangkan calon mereka yang bukan Islam menentang calun 
PKR yang beragama Islam !! Majlis itu diadakan khas yang secara terang-terang 
memperalatkan masjid !! Mengapa pula PieM yang macam nak ambil berat sangat 
soal agama turut mempertikai pasal khatib tak sebut nama Sri Paduka Yang Di 
Pertuan Agong tapi sebut nama Guan Eng sebaliknya tak arah siasat apa yang 
dibuat oleh UMNO di Hulu Selangor?

   Sebenarnya UMNO lebih teruk kerana kuasa yang ada pada Sri Paduka serta 
Raja-Raja Melayu hanya simbolik dalam serba serbi termasuk dalam hal ehwal 
agama. Dalam sesetengah perkara kita boleh terima kuasa Raja adalah simbolik 
tapi agama pun disimbolikkan juga ?? Kuasa Raja-Raja dalam hal ehwal agama 
sudah lama terhakis kerana dasar sekular yang ditinggalkan penjajah masih 
dikekalkan oleh UMNO/BN. Mereka bukan sekadar permainkan Raja-Raja bahkan 
perbuatan mereka jelas menderhaka kepada Allah SWT !! Tak boleh tak sebut nama 
Yang Di Pertuan Agong tapi derhaka kepada Allah dibolehkan ?? Agama bagi mereka 
sekadar berada dalam masjid, sekadar rukuk dan sujud !! Ayat-ayat al Quran 
hanya sekadar di musabaqahkan !! Khutbah kena baca ikut apa mereka kata !! 
Salah dan penyelewengan mereka tak boleh ditegor jika ditegor mereka akan kata 
khatib mencamporadukkan agama dan politik !! Begitulah teruknya sekular UMNO !!

  Bagi pemimpin UMNO seolah-olah mendoakan orang bukan Islam diberi hidayah 
jadi satu kesalahan pula maka tak hairanlah tak ramai minat nak masuk Islam 
sebab doa orang bukan Islam supaya masuk Islam pun salah !! Lim Guan Eng 
didoakan kerana dia sedikit sebanyak sanjung tinggi beberapa khalifah Islam 
yang memerintah dengan adil antaranya Umar Abdul Aziz yang nyata sekali telah 
memerintah dengan adil. Atas dasar itu barangkali khatib berkenaan doakan agar 
hati dia terbuka untuk menerima Islam !! Ada pendapat mengatakan doa ketika 
khutbah tidak perlu diaminkan oleh para jemaah. Sebaliknya solat hajat UMNO 
pula adalah sesuatu yang lebih serius dimana mungkin setiap dari mereka 
mengerjakan solat mohon kemenangan dan membacakan pula Yasin !! Boleh pula ?? 
Tidak pula diarah mana-mana pihak siasat !! Wallahua'lam.

ibnuAli



      

Kirim email ke