Sebenarnya apa yang hendak disampaikan bukan soal berdiri atau duduk. Disebutkan
berdiri itu kerana dikhuatiri air tidak sampai atau masuk ke tempat sulit di
celah punggung yang tebal. Bila dikatakan duduk sahaja, dikhuatiri air tidak
sampai ke pelipat di bawah lulut. Bila air tidak sampai ke semua anggota maka
mandi itu tidak sempurna, maka tidak sahlah mandi junub. Kalau kita gosok ke
semua tempat anggota, tak jadi apa hal pun walau dalam keadaan berdiri atau
duduk.

Yang saya kesal di sini kena nak konfuskan orang ramai dengan berdiri atau
duduk. Nak sampaikan sesuatu biar jelas. Maafkan saya kalau saya kata perkara
"remeh" sebegini membuat anak muda keliru dan berasakan Islam ini amat payah
sedangkan Nabi dah kata bahawa Islam itu mudah maka permudahkanlah. Ada orang
nak jadi wira ke atau hero dengan ilmu baru yang mengelirukan. Yang pandai2 dan
bermandai-mandai tu lah. Implikasinya amat berat sekali. Anak-anak muda nak/akan
ambil jalan mudah, mereka keluar dari Islam kerana Islam itu amat menyusahkan.
Kalau tuan/puan tak percaya tanyalah mereka yang murtad. Kepada sebahagian besar
mereka, Islam itu amat menyusahkan.
Satu lagi contoh ialah wudhu'. Allah sebut dalam Quran. :" basuh muka dan tangan
sampai ke siku, sapu kepala dan kaki." - Al-Maa idah ayat 6. Allah dan bezakan
diantara basuh dan sapu. Kenapa yang diajar basuh kaki? Kenapa sampai ada cuci
telinga, cuci leher? Wudhu hanya muka, tangan dan kaki sahaja. Kebersihan lain
memang lah kena jaga tapi bukan sebahagian wudhu. Tapi kenapa nak masukkan dalam
bab wudhu? Asasnya buang segala kotoran fizikal, jika ada, najis dan sebagainya.
Kemudian baru teruskan dengan wudhu. Kebersihan hidung, telinga dan mana-mana
anggota lain kita boleh buat semasa mandi.  Buatlah semasa mandi bukan semasa
wudhu. Kalau nak buat juga buat sebelum mulakan wudhu.

Jadi, tolonglah permudahkan jangan menyusahkan.
Perhatikan betapa banyak air yang orang ramai guna nak wudhu dimasjid2. Al
maklumlah bukan di rumah sendiri, buang banyak air banyka mana sekalu pun siapa
yang peduli (orang yang membazir saudara syaitan).


Wassalam.



________________________________
From: "fa...@yahoo.com" <fa...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, August 18, 2010 13:35:23
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Islam dah lama ajar seks, mandi wajib
tak sah berdiri

 
 Beliau berkata mandi wajib tak sah kalau berdiri. Berapa ramai umat Islam yang
tak sah mandi wajib selama ini.


sapa ni yang pandai2 ckp lagu tu.....jgn main tibai ja...sila kemukakan hadis
sekali arrr.......

 



Kirim email ke