Malam tadi ada majlis doa selamat di rumah sahabat. Saya duduk makan semeja 
dengan Ustaz Basit dari Jabatan Mufti N.Sembilan, Dato Rohani, Ustaz 
Khairuzzaman dan beberapa ustaz lain. Kami bercerita mengenai banyak jin, 
syaitan, acara pemujaan dan sihir sekarang ini dan kaitannya dengan kemalangan 
jalanraya.

Ustaz Basit kata, kawan dia pernah nampak dijalanraya, jin tolak kereta, kereta 
yang ditolak tadi pun kemalangan dan jin tadi bertepuk tangan. Tidak dapat 
dinafikan jin atau makhluk sebegini memang wujud. Kita sebagai umat Islam 
mohonlah perlindungan daripada Allah, hanya kepada Allah semata-mata.

Kenal waktu untuk berjaga-jaga, lepas tengah malam, panas terik, senja, hujan 
panas dan sebagainya. Masuk waktu sembahyang kalau dalam perjalanan, berhenti 
sembahyang, jangan tangguh. Jangan terlalu mengantuk, letih, terlalu gembira, 
banyak ketawa dalam perjalanan.

Nampaknya tak habis-habis orang kita suka tengok cerita hantu. Buatlah cerita 
yang mendekatkan orang Melayu kepada masjid dan surau. Ingat kubur dan buat 
persiapan selepas mati.

****************************
Selasa Julai 6, 2010
Kisah Norman KRU Jumpa Hantu Dalam "Karak"

FILEM Karak akan merungkai pengalaman sebenar penulis skripnya, Ketua Pegawai 
Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang hampir-hampir 
kemalangan kerana ternampak hantu.

Bercerita pengalaman itu, kata Norman ketika dia sedang melalui lebuh raya di 
antara Behrang dan Rawang dia pernah nampak seperti lembaga di kawasan 
berkenaan.

Selepas peristiwa itu Norman lebih berhati-hati selepas melalui kawasan itu 
yang dianggapnya ‘keras’.

Sebelum menghasilkan skrip yang turut dilakonkan oleh juara AF8 Shahir itu, 
Norman telah melakukan kajian terlebih dahulu perspektif masyarakat mengenai 
makhluk berkenaan.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/7/6/mstar_hiburan/20100705163218&sec=mstar_hiburan

Rabu September 22, 2010
Kereta Baru Shahir (AF8) Berpusing Lima Kali

PETALING JAYA: Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, 
Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh 
pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak.

Kemalangan pada pukul 6.30 petang, Isnin itu berlaku semasa penyanyi lagu 
Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya 
di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program 
terbitan Astro.

Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir 
pada bulan Ramadan baru-baru ini.

“Shahir dan kawannya, Aman yang berada dalam kereta itu selamat. Alhamdulillah. 
Cuma keretanya remuk teruk di bahagian belakang dan hadapan.

Bercerita tentang bagaimana Shahir boleh terlibat dalam kemalangan tersebut, 
Mahanum berkata waktu itu hujan lebat dan cermin kereta Shahir menjadi kabur.

“Air hujan di tepi lebuh raya itu begitu banyak sehingga Shahir merasakan 
kereta yang dinaikinya itu seperti terapung-apung. Lantas dia menekan brek dan 
selepas itu keretanya berpusing sebanyak lima kali sehingga melanggar pembahagi 
jalan.

Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, Shahir pernah terlibat dalam 
kemalangan jalan raya dan ini merupakan kemalangan besar kedua berlaku dalam 
hidupnya.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/9/22/mstar_hiburan/20100921162936&sec=mstar_hiburan




Kirim email ke