Concorde
Wed, 10 Nov 1999 05:52:08 -0800
UMNO hari ini telah memalukan bangsa Melayu dengan bertindak secara tidak rasional dan mengikut perasaan mereka. Memang mereka tidak menyambut baik cadangan Nik Aziz bahawa PM Malaysia tidak semestinya orang Melayu, tetapi tindakbalas mereka membayangkan fikiran yang kolot dan berkepentingan. Dengan tiba-tiba sahaja semua orang besar UMNO, daripada Ku Li hingga ke Abu Zahar Isnin keluar dengan kenyataan-kenyataan bahawa cadangan Nik Aziz ini adalah bertentangan dengan konsep ketuanan Melayu. Yang peliknya ialah sejak UMNO di bawah MAHAFIRAUN, tidak ada lagi wujud soal ketuanan Melayu. Apakah yang dimaksudkan dengan ketuanan Melayu itu? Adakah UMNO mengatakan dengan ketuanan Melayu, negara kita ini masih dapat dikawal serba-serbinya oleh orang Melayu? Malangnya, ketuanan Melayu sudah tiada. Lihat sahaja dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Kenapa UMNO menyebut soal ketuanan Melayu sedangkan orang Cina, yang mewakili 35% penduduk Malaysia dapat menguasai lebih 50% ekonomi negara? Kalau nak diikutkan dengan usaha-usaha UMNO untuk menambahkan pegangan ekuiti oleh orang Melayu, nyata sasaran ini tidak tercapai, dan yang lebih teruk lagi, ekuiti Melayu itu dipegang oleh beberapa individu sahaja seperti Qarun Malaysia Daim Zainuddin dan kroni-kroninya seperti Wan Azmi Wan Hamzah, Tajudi Ramli dan Samsudin Abu Hassan. Majoriti orang Melayu langsung tidak dapat mengecapi pegangan ekuiti yang berjuta-juta ini melainkan melalui ASB dan ASN dan simpanan mereka dalam EPF dan Tabung Haji. Itupun dirompak dan dicuri dengan begitu sahaja oleh Qarun untuk menyelamatkan kroni-kroninya. UMNO juga mungkin nampak sebagai kuasa dominan dalam politik Malaysia, tetapi di situ juga ketuanan Melayu tidak terserlah. UMNO dengan sendirinya diketuai oleh seorang mamak celup. Perikatan Barisan Nasional memaksa UMNO untuk berkompromi dengan begitu banyak sekali untuk berkongsi kuasa dengan kaum-kaum lain. Sepatutnya kuasa politik orang Melayu di dalam UMNO cukup kuat untuk membendung segala apa-apa kezaliman yang mungkin timbul daripada penyalahgunaan kuasa. Tetapi apa yang terjadi ialah penyalahgunaan kuasa ini bukan sahaja berleluasa tetapi diluluskan dan disokong oleh UMNO sendiri. UMNO hanya menjadi 'rubber stamp' untuk penyelewengan MAHAFIRAUN! Sekarang kita lihat balik dan nilai dengan sendirinya - adakah ketuanan Melayu masih ada pada zaman ini? Atau sudahkah ketuanan itu bertukar menjadi ketuanan MAHAFIRAUN? Siapa tuan, dan siapa pengikut? Bangsa Melayu tidak boleh berfikir dalam konteks ketuanan Melayu sahaja kalau mahu terus kekal dan tidak ditelan oleh persekitarannya. Ketuanan Melayu merupakan idea yang hanya boleh diterima kalau ia disokong oleh kehebatan orang Melayu dalam semua segi, bukan sebab perlindungan yang diberinya, tetapi yang berdasarkan kekuatan yang memang ada padanya. Kita boleh memaksa dan meminta untuk menjadi tuan selagi kita tidak mempunyai ciri-ciri seorang tuan. Kita tidak boleh menjadi kuasa ekonomi selagi kita tidak pandai untuk menangani krisis-krisis ekonomi dan perniagaan kita. Kita tidak boleh mengaku menjadi kuasa politik besar sekiranya kita tidak mampu untuk memperbaiki politik kita yang berdasarkan hasad dengki dan nafsu buas. Malangnya, ini tidak lagi dapat dilaksanakan melalui UMNO. UMNO sudah jauh ketinggalan zaman, sudah teruk dimamah rasuah dan politik dalamannya. Kita perlukan alternatif yang menjanjikan peluang yang baru untuk kita melakar dan membentuk masa depan orang Melayu. Di sinilah Barisan Alternatif memainkan peranannya. Barisan Alternatif menjadi tapak pembinaan sebuah kuasa politik, ekonomi dan sosial untuk orang Melayu yang lebih adil, saksama dan bernilai tinggi. Barisan Alternatif membuktikan bahawa orang Melayu boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di dalam negara. Sama-sama kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Tolak ke tepi MAHAFIRAUN dan UMNO yang selama ini telah melemahkan bangsa Melayu dengan idea-idea kolot mereka tentang 'ketuanan Melayu'. Ketuanan Melayu tidak akan terjaga kecuali kalau kita yang mampu menjaganya dengan sendiri. Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 |