Yusri-Mohd . Ali
Sun, 21 Nov 1999 19:42:05 -0800
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jawatan
NAIB KETUA PERGERAKAN PEMUDA PUSAT
Latarbelakang:
Anak kelahiran Pasir Salak ini mendapat pendidikan
awalnya di
Sekolah Kebangsaan Kg Gajah dan kemudiannya di Sekolah
Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah sebelum
melanjutkan pengajian tingginya di Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa. Memperolehi
ijazah
sarjana muda sains dengan kepujian pada tahun 1987
sebelum
meneruskan pengajian di peringkat diploma pendidikan di
UIA
pada tahun 1989 dan kemudiannya diploma kewangan Islam
pada tahun 1994.
Mustaffa sebenarnya adalah satu nama yang tidak asing
bagi
pergerakan belia dan pelajar kebangsaan di mana beliau
merupakan seorang aktivis, pemimpin dan orator yang
disegani.
Beliau pernah menjadi Pengurusi Persidangan Antarabangsa
ketujuh Persekutuan Pertubuhan-Pertubuhan Pelajar Islam
Antarabangsa (IIFSO) pada tahun 1988; Pengerusi
Mesyuarat
Belia Asia Tenggara antara 1991 dan 1996; Presiden
Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia anatara tahun 1986
hingga
1989 dan Presiden Persatuan Mahasiswa UKM untuk penggal
1984-85.
Pada tahun 1989, beliau menyertai keluarga staf UIA dan
dilantik
ke jawatan Ketua Jabatan Latihan Kepimpinan sehinggalah
beliau meninggalkan kerusi tersebut pada tahun 1995
untuk
menyertai dunia politik sebagai Setiausaha Politik
kepada
Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Pada masa yang sama beliau masih aktif bergiat dalam
gerakan
belia dengan mengetuai Majlis Kerjasama Belia Asean dan
memegang jawatan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia
dari
tahun 1994 hingga 1998. Sepanjang perkhidmatannya dalam
pergerakan belia, Mustaffa telah dijemput untuk
membentangkan
kertas kerja di Jepun, Brunei, Singapura, Thailand,
Indonesia,
Belanda, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Maldives.
Beliau juga aktif menulis. Antara hasil garapannya ialah
Generasi
Muda; Penyemarak Kecemerlangan Alaf Baru dan Youth
Renaissance - Partners in Development.n
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]