hizb  

H-Net* Faktor Kemenangan BA Gombak

Pabiyen Sitok
Thu, 9 Dec 1999 21:02:14 -0800


 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


--- Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Date: Thu, 9 Dec 1999 17:25:01 -0800 (PST)

Dalam pilihanraya baru-baru ini BA Gombak mendapat dua kerusi DUN dan
hampir-hampir menggondol kerusi Parlimen kalau tidak kerana undi pos
yang tiba bersama Siti Zaleha pada jam 12:00 tengahmalam.
> 
Tidak dinafikan faktor calon menjadi antara faktor utama kemenangan
tersebut.  Letaklah Ustaz Ismail Kamus dimana-manapun, beliau pasti
akan menang dengan pertolongan Allah. Orang Melayu yang dahagakan
Islam, yang telah mendapat tempias dakwah, yang sudah terbuka mata dan
minda mereka melihat kelemahan barisan pemerintah akan memilih seorang
yang dipercayai boleh dipercayai untuk menjadi wakil mereka.  Siapakah
yang lebih dipercayai selain dari seorang ulama'?  Bukan ulama' dunia,
tapi ulama akhirat.  Kalau ulama' dunia dalam sebuah negara yang
majoriti rakyat beragama Islam dia tak pakai apa-apa kat kepala macam
yang ditunjukkan oleh ulama'-ulama' dunia yang kita nampak.
> 
Faktor kesedaran juga penting.  Kebanyakan pengundi di kawasan Gombak
sudah terdedah kepada maklumat yang tepat dan internet.  Kesedaran yang
melanda kawasan yang mempunyai 75% penduduk Melayu sudah pasti
memberikan kedudukan selesa kepada PAS Gombak.  Kawasan-kawasan lain di
lembah Kelang mempunyai kurang dari 60% penduduk Melayu, maka agak
sukar untuk menang.
> 
Faktor lain yang membantu kemenangan PAS Gombak ialah Strategik
Planning.  Strategik Planning di Gombak bermula dengan DMP.  Idea
tersebut datangnya dari Ketua Muslimat yang menyerahkan kehidupannya di
dunia ini semata-mata untuk mendapat tempat di sisi Allah.  Setelah
berjaya menggubal misi, visi, objektif dan strategik planning untuk
DMP, idea tersebut diketengahkan kepada kawasan.  Pihak kawasan telah
mengadakan kursus strategik planning dan sesi brainstorming untuk
menghasilkan satu pelan yang baik, ideal dan boleh dijayakan, bukan
semata-mata angan-angan.  Kemenangan dijangkakan akan diperolehi dalam
pilihanraya 2005, tak sangka pula tahun ini.  
> 
Saya ingat salah satu planning untuk Muslimat ialah memastikan lebih
ramai muslimat mempunyai lesen memandu dan boleh memandu kereta dengan
baik.  Oleh itu kebanyakan AJK DMP yang masih belum boleh memandu
digesa belajar memandu.  Orang pertama yang menyahut cabaran tersebut
ialah Setiausaha DMP Kawasan!  Cuba agak apa objektifnya dan kenapa
idea tersebut timbul?
> 
Sekalung tahniah dan pujian saya tujukan buat Ketua DMP Gombak. 
Siapakah yang sanggup menjalani kehidupan seperti beliau.  Bangun pagi
terus teringat perjuangan.  Balik dari pejabat bermula dari 6:00 ptg
hingga 1 pagi kehidupan beliau semata-mata mengabdikan diri kepada
Allah dengan menggerakkan perjuangan Muslimat di Gombak.  Dengan
pendapatan yang agak lumayan, sukar bagi orang lain untuk menolak
kemewahan tapi tidak bagi beliau.  "Kami berdagang dengan Allah.  Kami
jual dunia untuk mendapat akhirat yang baik."
> 
Anak-anaknya?  Value time dengan anak-anak dijaga dengan baik. 
Kadang-kadang anak-anak dibawa untuk menikmati keindahan perjuangan
Islam.  Suaminya?  Terlalu supportive.  Memberikan galakan pada
peringkat permulaan.  Sekarang memberikan kebebasan tanpa sempadan
kerana dia tahu isterinya sungguh agressive dan berdaya maju.  Banyak
idea-idea isterinya yang bernas, sayang kalau dibiarkan begitu saja.
Dia tahu isterinya pandai menjaga batas susila dan adab pergaulan. 
Dengan purdah menutupi wajah tiada siapa tahu kecantikan yang
terselindung, hanya ketegasan dari suara dan ketajaman matanya.  
> 
Islam akan menang dengan adanya orang-orang yang ikhlas dalam
perjuangan.
> 
Ketokohan Ustaz Sallehuddin menerajui PAS Gombak tidak dapat dinafikan.
 Siapakah yang lebih gembira selain dari YDP PAS Kawasan?  Setiap kali
berceramah di mana-mana sahaja beliau akan mengutip dana untuk
mendirikan pejabat Agung Kawasan.  Setelah hanya berusia tiga tahun PAS
Gombak sudah mempunyai Pejabat Kawasan sendiri hasil usaha YDP Kawasan.
 Bukan koman-koman siap air-cond lagi!  Hanya dengan sedikit kesilapan,
Ustaz tak dapat bertanding.  Mungkinkah 5 tahun lagi Ustaz akan
bergelar ADUN?
> 
Walau bagaimanapun, bila menang tak bermakna berakhirlah segala usaha. 
Usaha harus dipertingkatkan untuk kekal menang dan menambah lebih
banyak kerusi.  Bukan itu saja, kepakaran yang ada harus diagihkan ke
kawasan lain bagi membolehkan PAS menawan Selangor!
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>
  • H-Net* Faktor Kemenangan BA Gombak Pabiyen Sitok