Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
Sun, 12 Dec 1999 13:46:28 -0800
|
----- Original Message -----
Sent: Sunday, December 12, 1999 6:02 AM
Subject: [sangkancil] Kharaj - Niat Baik Yang
Disalahfaham Kharaj - Niat Baik Yang
Disalahfaham.
Apabila Tn. Guru Hj. Hadi mengumumkan tentang
kutipan zakat dan kharaj bagi rakyat negeri Terengganu maka pelbagai tohmahan
dan pendapat liar dilontarkan kepada kerajaan PAS pimpinan Hj. Hadi ini.
Sedangkan hasrat beliau ialah untuk memberikan sesuatu yang berguna kepada
rakyat setelah memberikan mandat kepada PAS untuk memerintah
negeri.
Sebagai orang Islam, mereka telah lama
mempraktikkan pembayaran zakat. Kadarnya juga tetap iaitu 2.5 peratus
seperti yang ada dalam ajaran Islam. Berikut adalah antara kelebihan yang
telah dimiliki oleh masyarakat Islam dengan dana zakat ini:
1. Mereka berjaya mempraktikkan ajaran agama
dan mensucikan pendapatan serta harta benda mereka seperti yang
dituntut.
2. Bayaran zakat yang dibuat dapat pula
pelepasan cukai pendapatan. Maknanya, kalau seseorang itu membayar zakat
tahun tersebut RM500/- dan taksir cukai pendapatan pula RM1500/- maka dia cuma
membayar RM1000/- sahaja cukai. Jadi tidak timbul kes dimana dia perlu
bayar lebih.
3. Kutipan zakat ini pula, umumnya, dibayar
di Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Bermakna dana dari kutipan
zakat terkumpul di negeri masing-masing. Oleh itu masyarakat tempatan akan
menikmati dana ini. Ini berbeza dengan cukai pendapatan yang mana dana
tersebut masuk kepada kerajaan persekutuan.
4. Duit zakat ini digunakan hanya untuk orang
Islam. Malah telah banyak program yang diatur oleh Jabatan Agama Islam
untuk kebaikan umat. Pendek kata orang Islam mempunyai dananya tersendiri
untuk kemajuan mereka termasuk untuk urusan pinjaman, membangunkan tadika Islam,
sekolah dan sebagainya.
Kini persoalannya ialah bagaimana pula dengan
mereka yang bukan Islam? Mereka membayar cukai dan dana tersebut masuk ke
tabung persekutuan, sedangkan tidak semua yang bukan Islam itu hidup
senang. Dalam orang Islam dinegeri masing-masing menikmati sebahagian dana
yang diketepikan dalam bentuk zakat tadi untuk dimanfaatkan, mereka yang bukan
Islam tiada sebarang tabungan sedemikian. Atas kesedaran inilah maka Tn.
Guru Hj. Hadi memperkenalkan apa yg telah disarankan oleh Islam iaitu
Kharaj.
Memang kerajaan negeri juga akan teruskan
pembangunan dan membantu semua rakyat di negeri Terengganu tanpa mengira bangsa
dan agama. Tetapi alangkah lebih baik sekiranya bukan Islam juga mempunyai
dananya tersendiri melalui kutipan kharaj bagi tujuan mereka sendiri? Yang
pasti dana ini tidak boleh digunakan untuk orang Islam sebab hasilnya datang
daripada pelbagai sumber yang tidak mengikut syariat. Tetapi ia boleh
digunakan oleh orang bukan Islam untuk tujuan pembangunan yang cenderung kepada
adat resam dan keagamaan mereka. Khusus untuk membantu golongan miskin
mereka.
Tetapi ini bukanlah bermaksud kerajaan negeri boleh
melupakan tanggung jawab mereka. Pelan induk untuk kebaikan dan
pembangunan semua rakyat tetap diteruskan tanpa pergantungan kepada dana-dana
ini. Kewujudan dana sebegini bukan untuk kerajaan ambil mudah tanggung
jawab yang terpikul. Ia bolehlah dianggap sebagai 'added value'
semata-mata.
Kenapa 5-10%? Salah satu sebab yang saya
nampak ialah di Terengganu golongan bukan Islam adalah minoriti. Oleh itu
kutipan sebanyak itu diharapkan membawa satu dana yang lebih besar dan bermakna
kepada pembangunan bukan Islam disana. Ingat! Ini bukanlah bermakna kerajaan
negeri boleh pejamkan mata terhadap masalah golongan bukan Islam, cuma kini
mereka punya kelebihan apabila ada dananya sendiri.
Pastinya, kharaj ini hanya boleh dilaksanakan
sekiranya ia mendapat pelepasan cukai. Kalau tiada pelepasan cukai maka ia
dilihat sebagai tidak adil kepada yang bukan Islam. Malah tanpa pelepasan
cukai seperti zakat, agak sukar untuk mendapat sokongan dari bukan Islam.
Untuk membolehkan proses pelepasan cukai diperolehi maka perlulah ada golongan
pendesak bukan sahaja dari pihak kerajaan negeri tetapi juga dari mereka yang
bukan Islam.
Fikirkan kebaikan kharaj ini. Mustahil Tn.
Guru Hj. Hadi mahu menindas bukan Islam hanya sehari dua selepas menjadi
MB. Kepada yang bukan Islam, fikirkanlah kebaikan yang bakal masyarakat
anda perolehi dari sistem Islam ini.
Pendirian Senator Datuk Abdul Hamid Othman yang
menyarankan agar kita dengar penjelasan Tn. Guru Hj Hadi dahulu adalah sesuatu
yang dipuji. Nampaknya Tok Mid lebih berlapang dada kali ini.
Syabass... sesiapa juga boleh berubah. Yang penting untuk kemajuan dan
kebaikan semua.
Sekian.
ABU SAFWAN.
Tanggal 3 Ramadhan |