zan zin zun
Wed, 15 Dec 1999 23:37:08 -0800
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
------- Forwarded Message Follows -------
From: "shah" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED]
Date sent: Thu, 16 Dec 1999 08:09:52 +0800
Priority: normal
Send reply to: [EMAIL PROTECTED]
Subject: [LK] odit solat
[ Double-click this line for list subscription options ]
From: "shah" <[EMAIL PROTECTED]>
From: DABZA <[EMAIL PROTECTED]>
ODIT SOLAT
Iman memerlukan pembuktian. Solat fardu merupakan satu di antara pembuktian
iman yang terpenting. Yang mengabaikannya, telah meruntuhkan agamanya.
"Seorang lelaki telah mendatangi Rasul dan bertanya: 'Ya Rasulallah, apakah
amal yang paling disukai Allah?' Jawab Nabi: 'Sembahyang tepat pada waktunya.
Barangsiapa yang meninggalkan solat, tidak ada agama baginya.
Sembahyang adalah tiang agama."
(Baihaqi)
Pemeliharaan Allah amat penting di dalam hidup seseorang. Meninggalkan
sembahyang fardu bermakna telah memutuskan diri dari pemeliharaan itu.
"Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dia telah terputus
dari pemeliharaan Allah."
(Ibn Majah & Baihaqi)
Firaun dan Qarun merupakan manusia yang terkutuk. Jika sembahyang diabaikan,
dikhuatiri, seseorang akan bersama-sama dengan manusia yang terkutuk itu.
"Barangsiapa memelihara solat (yang fardu), maka baginya cahaya, bukti dan
kemenangan di hari kiamat. Barangsiapa yang tidak memeliharanya, tidak ada
baginya cahaya, bukti dan kemenangan di hari kiamat. Malah pada hari kiamat,
dia akan bersama-sama dengan Firaun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf."
(Ahmad, Ibn Hibban & Thabrani)
Melewat-lewatkan solat sehingga masuk ke dalam waktu yang lain (qadhaan) juga
adalah suatu yang dicela oleh agama.
"Kemudian akan datang selepas mereka satu golongan yang akan melalaikan
sembahyang dan mengikut syahwat, dan mereka akan bertemu dengan kesesatan."
(Maryam: 59)
Berhubung dengan ayat ini Abdullah ibn 'Abbas telah berkata:
"Golongan ini bukannya tidak bersembahyang sama sekali,
tetapi melambatkan sembahyang sehingga keluar dari waktunya."
(Al-Kabair - Imam Az-Zahabi)
Imam Said ibn Musayyib pula telah berkata:
"Mereka tidak bersembahyang zohor sehingga datang waktu asar, tidak
bersembahyang asar sehingga maghrib dan begitulah seterusnya. Mereka yang
berterusan seperti ini tanpa bertaubat, akan dimasukkan ke dalam sebuah lembah khas di
neraka."
Meninggalkan sembahyang akan membawa kepada kekufuran.
"Batas di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan sembahyang."
(Hadis Muslim)
Dan juga
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang, telah kafir ia."
(Hadis Ahmad)
Meninggalkan sembahyang kerana malas, akan menyebabkan
kekufuran, tetapi tidak sampai terkeluar daripada Islam.
Sebaliknya, meninggalkan sembahyang kerana ingkar atau mempersendakan perintah
Allah, akan menyebabkan seseorang itu terkeluar dari agama (murtad).
Itulah pendapat jumhur (majoriti) ulama.
(Fiqhul Awlawiyat - Dr. Yusuf Qardawi)
Muga-muga puasa kali ini menimbulkan kesedaran ke arah peningkatan amal yang
lebih baik.
Wassalam.
DD
--------------------------- ONElist Sponsor ----------------------------
GRAB THE GATOR! FREE SOFTWARE DOES ALL THE TYPING FOR YOU!
Tired of filling out forms and remembering passwords? Gator fills in
forms and passwords with just one click! Comes with $50 in free coupons!
<a href=" http://clickme.onelist.com/ad/gator4 ">Click Here</a>
------------------------------------------------------------------------
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu
nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)
Zikir harian anjuran Iman Al Ghazali
Jumaat - Ya Allah
Sabtu - Laa ila ha il lallah (Tiada Tuhan melainkan Allah)
Ahad - Yaa Hayyu Yaa Qayyum (Ya Allah yang maha hidup lagi berdiri dengan sendirinya)
Isnin - La hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim (Tidak ada upaya dan
kekuatan melainkan dengan kuasa Allah yang maha tinggi dan maha besar)
Selasa - Allahumma shalli 'ala saiyidina Muhammad (Ya Allah rahmatilah ke atas Nabi
Muhammad s.a.w)
Rabu - Astaghfirullahal-'azhim (Aku mohon ampun kepada Allah yang maha besar)
Khamis - Subhanallahil-'azhimi wa bihamdih (Maha suci Allah yang maha besar dan pujian
kepadaNya)
Dipetik dari Buku Amalan harian Sepanjang Zaman
Moga Ada Manfaat
Lenggang Kangkung Mailing List
Untuk Melanggan Lenggang Kangkung List -> Hantar email kosong to:
[EMAIL PROTECTED] (Free)
Untuk Berhenti Melanggan -> Hantar email kosong to: [EMAIL PROTECTED]
Laman Web Lenggang Kangkung : http://www.angelfire.com/ct/lk
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "zan zin zun" <[EMAIL PROTECTED]>