*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hukum Memelihara Babi

Bersama ini disertakan sebuah artikel yang dipetik
dari Majalah Dunia Islam Edisi September, 1995
Penerbit: Penerbitan Zin Mahmud

Karya: Dr. Salih Karim 

Di fakulti-fakulti Kedoktoran Haiwan, para mahasisawa
biasanya mempelajari pelbagai masalah
yang berkaiatan dengan pembedahan, pemeliharaan,
pengubatan dan perawatan babi. Pelajaran yang
berkedok "penelitian ilmiah" ini kebanyakkanya
dilakukan di Universiti-universiti di Negara
Muslim. Mereka dipaksa melakukan eksperimen dan
penelitian di kandang-kandang babi.Bagaimanakah
hukum Islam mengenai penelitian teoritis dan praktik
seperti ini?.Bagaimanakah hukum
pemanfaatan tulang babi, lemaknya, rambutnya, kulitnya
dan urat-uratnya; halal ataukah haram?.

Untuk menjawab pertanyaan ini , sebaiknya kita
mengetahui terlebih dahulu mengenai sifat-sifat
makanan dan perangai babi. BInatang yang bermuncung
mulutnya ini adalah spesis haiwan yang
paling kotor. Hidupnya selalu berada di dalam
lingkungan busuk, najis dan sarang penyakit.
Selain gemar makan bangkai tikus, ular ataupun ulat
berbisa dan bangkai-bangkai busuk lainya,
babi juga makan kotoran binatang. Walaupun babi makan
rumput dan dedaunan, tetapi sering makan
kotoran dan bangkai. Kerana itulah babi tidak disuaki
dan menjijikan bagi manusia yang
berperasaan sihat dan normal.

Adalah sebesar-besar rahmat dan kurnia mengapa sejak
dahulu Allah SWT mengharamkan ummat Islam
makan babi. Allah menciptakan babi bukan untuk
dijadikan makanan, dan tidak pula ia dijadikan
sumber tenaga ataupun keperluan lainya. KIta
sebenarnya tidak terlalu berkepentingan mengetahui
manfaat ataupun faedah babi samada dari segi
pemeliharaan , penelitian ilmiah, keperluan
pengubatan, industri dan lain-lain. Sebab hukum syara'
jelas menetapkan keharaman babi-
dagingya, tulangnya, kulitnya dan seluruh badan.

Di Negara-negara Barat, babi banyak digunakan sebgai
bahan dalam industri makanan, ubat-ubatan
dan alat kecantikan. gelatin misalnya, dibuat dari
kulit, jaringan otot, tulang rawan dan
tulang binatang, termasuk babi. lemak babi juga banyak
digunakn dalam pembuatan biskut,
manisan, agar-agar dan lain-lain. lemak babi digunakan
juga dalam pembuatan sabun, cat rambut,
ubat gigi dan sebagainya. Apakah semuanya itu haram
atau halalkah?.Dengan kata lain, apakah
pengharaman babi terhadap dagingnya sahaja ataukah
meliputi segala sesuatu berasal dari
babi?.Aapakah penelitian ilmiah dengan menjadikan babi
sebagai objek juga haram?.Apakah kotoran
babi boleh digunakan untuk baja?.

Inilah yang perlu, dijelaskan berdasarkan petunjuk
Allah dan Rasul agar keharamanya tidak
menimbulkan sebarang keraguan di kalangan kaum
Muslimin. Dengan itu pula ummat Islam tidak
menjadi korban penyesatan oleh syarikat-syarikat atau
perusahaan yang memproduksi bahan-bahan
makanan, kimia dan seumpamanya. Masalah halal dan
haram sama sekali tidak menjadi perhatian
perusahaan, terutamanya syarikat-syarikat gergasi yang
dikuasai non-muslim dan orang asing,
yang dikendalikan oleh yahudi dan Nasarani,
terutamanya di negara-negara Barat. Perhatian
mereka hanya dicurahkan pada produksi. semata-mata dan
menyebarkan kemerata dunia dengan
mengaut keuntungan yang sebanyak-banyaknya. sasaran
mereka terutamanya adalah ummat Islam.

Kaum Muslimin wajib mengetahui dengan pasti bahawa
barang-barang kegunaan sehari-hari, seperti
maknan dalam tin, ubat-ubatan, sabun dan sebagainya
khasnya yang diimport dari luar-
benar-benar tidak mengandungi campuran lemak atau
bahagian-bahagian babi lainnya. Sebahagian
besar kaum Muslimin tidak mengetahui secara terperinci
dan detail mengenai hukum syara'
berkenan dengan babi. Pada umumnya mereka hanya
mengetahui makan babi itu haram. Kerana itulah
mahasisawa , pelajar, pedagang dan ummat Islam perlu
dideahkan dengan lebih lengkap berkenaan
dengan unsur-unsur babi dalam segala aspeknya agar
mereka tidak menyimpang dari kebenaran dan
mudah diperdayakan oleh dakyah-dakyah ilimiah para
inteletual Muslimain yang membolehkan babi
dalam beberapa bahagian dan aspek tertentu.

Para cendiakawan Islam dengan cemerlang telah
menemukan Ilmu haiwan( zoologi) jauh sebelum para
ilmuwan Barat menemukanya. Ibnu Sina misalnya telah
menulis buku al Wafa yang menerangkan
pelbagai jenis binatang, termasuk unggas ( burung) dan
babi. Al-Jahidz adalah seorang ilmuwan
yang paling termashyur, menulis buku Al- Hayawan, iatu
ensiklopedia, ilmu pertama yang
membahaskan himpunan ilmu haiwan.

Al-Qawiniy di dalam bukunya yang berjudul Aja'ibul
Makhluqat Wa Gahara'ibul Maujudat menulis
satu bab khusus yang membicarakan sifat-sifat lahiriah
babi. Katanya, babi adalah binatang
paling buruk. ia mempunyai dua buah taring untuk
melawan musuhnya. Di saat berahinya sedang
bergejolak, ia memperlihatkan sikap permusuhan kepada
betinanya. Di saat bersetubuh, lama ia
berada di atas betinanya, seperti lalat. Babi makan
ular denagn lahap. Bisa Ular sama sekali
tidak berpengaruh baginya.

Mengenai sifat babi, Syaikh Kamaluddin Al Damiriy
dalam bukunya, Kitabul Hayawan Al Kubra
mengatakan, babi mempunyai sifat kembar antara
binatang buas dan jinak. Binatang ini mempunyai
syahwat yang amat kuat, hingga pada saat ia bersetubuh
sanggup berjalan bermil-mil jauhnya.
Babi jantan akan mengejar babi betina dengankasar
hingga terjadi pergaduhan yang mungkin
mematikan salah satu atau kedua-duanya.

Berbicara tentang keanehan sifat babi, Syaikh
Kamaluddin mengatakan " Yang menghairankan jika
sbelah matanya dicungkil ia segera mati". Penelitian
dan studi oleh cendikiawan Islam zaman
lampau mengenai babi menujukkan betapa berbahayanya
daging yang telah diharamkan oleh Allah
SWT. Pada abad=abad yang lalu manusia telah dapat
mengetahui bahawa pada daging babi, darah dan
susunya terdapat jenis cacing dan telur yang amat
berbahaya. daging babi dapat menularkan
penyakit terkhina yang belum dapat ditemukan ubatnya.
daging babi juga memindahkan kuman-kuman
busuk dan paratyhpus yang menyebabkan demam disertai
infeksi berat dalam saluran pencernaan
yang dapat mengakibatkan, kematian dalam beberpa jam.
(Lihat majalah Al Manar Jilid 6, hal
302-306).

Hasil-hasil studi menunjukkan bahawa daging babi sukar
dicerna kerana serabut-serabut uratnya
penuh dengan sel-sel lemak yang jumlahnya melebihi
sel-sel lemak yang terdapat pada daging
lembu, kambing dan unta. Jaringan serabut lemak itu
merintangi pekerjaan enzim di lambung.
Akibatnya sangat melelahkan lambung, mempersulit
pencernaan dan membuat orang yang memakannya
merasakan sesuatu yang berat di dalm perutnya hingga
mengakibatkan sakit perut, mencirit.

Banyak hikmah mengapa Allah SWT mengharamkan babi,.
Firmanya " kamu diharamkan ( makan)
bangkai, darah, daging babi, daging haiwan) yang
disembelih selain dari nama Allah... ( Al-
Maidah)

Nas tersebut bukan sahaja mengharamkan makan babi,
tetapi juga berternak dan
memperdagangkannya. ertinya segala perbuatan yang
berkaitan dengan babi, mulai dari berternak,
mengembang biaknya, memperdagangkannya dan sebagainya
adalah haram.

Di masa pemerintahan Umar bin Kahatab (r.a) beliau
pernah mengirim surat kepada para Gabenornya
diantara lain:-

Jangan ada seeskor babi yang berdekatan dengan kamu,
jangan ada orang-orang Nasarani di
kalangam kamu yang yang menegakkan salib-salibnya, dan
jangan menghadiri jamuan makan di
adalamnya ada orang minum arak . Berlatihlah
ketangkasan berkuda dan berlajarlah memanah.

Semua yang diperintahkan oleh Kahlifah Umar itu
disepakati oleh para sahabat. Mereka sebulat
suara mengharamkan penternakan babi, dan tidak
membolehkan seseorang Muslim atau Dzimmi
memelihara babi di Negara Islam. Bahkan Khalifah Umar
memerintahkan membunuh babi di mana
sahaja ditemukan- digurun sahara, di dalam
perkampungan Muslim mahupun perkampungan dzimmi.
Pada masa itu khalifah Umar telah mengadakan
perjanjian dengan penduduk Al-Jazirah (kaum
nasrani di Syam) bahawa mereka tidak akan memelihara
babi di perkampungan kaum Muslimin dan
tidak memperjual belikan arak. Perjanjian tersebut
bererti kaum kafir tidak boleh memelihara
babi di negara Muslim, atau di dalam kawasan penduduk
Muslim.

Ibnu Abbas berpendapat bahawa orang-orang kafir
dilarang memelihara dan memperjualbelikan babi.
Sebuah riwayat yang berasal dari ibnu Abbas
menjelaskan, ketika ia ditanya orang ajam ( bukan
Arab dan bukan Muslim), apakah mereka boleh
membangunkan biara dan gereja di kawasan kaum
Muslimin?. Ibnu Abbas menjawab ' Di kawasan yang
dibangun oleh orang-orang Arab (Islam) mereka
(yakni orang-orang ahli kitab) tidak dibolehkan
membangun biara atau gereja, tidak boleh
memukul genta, tidak boleh memperlihatkan arak dan
tidak boleh memelihara babi".

Ibnu Abbas berpendapat orang-orang kafir yang tinggal
di kawasan kaum Muslimin dilarang
memelihara babi. Pendapat Ibnu Abbas ini sesuai dengan
keputusan Khalifah Umar. sejak saaat itu
semua sahabat Nabi sepakat mengenai larangan bagi
orang kafir memelihara babi di Negara Muslim.
Langkah tersebut kemudian menjadi ketentuan hukum yang
mereka tetapkan atas dasar "ijma"
(kesepakatan sahabat) . Mereka tidak akan sepakat atas
suatu hukum kecuali setelah mereka
mengetahui adanya dalil syari'iy yang berasal dari
ucapan, perbuatan atau keputusan
Rasululullah SAW yang mereka jadikan isnad (
sandaran). dengan itu kesepakatan para sahabat
menjadi dalil syari'iy sebab bersumber pada suatu
dalil, bukan semata-mata menurut pendapat
mereka.

Jelaslah bahawa memelihara babi diharamkan bagi kaum
Muslimin, Nasarani, yahudi, musyirikin
mahupun ateis, yang masuk dan menetap di dalam negara
ummat Islam.

Lemak Babi

Jabir (r.a) mendengar Rasululullah SAW bersabda "
Allah mengharamkan penjualan ( dan pembelian
) arak, bangkai dan babi". Seorang sahabat bertanya "
Ya Rasululullah, bagaimanakah lemak
babi?. Lemak babi dapat digunakan untuk mengecat
perahu, menghaluskan kulit dan sebagai alat
penerang( pelita)?. Nabi menjawab " Tidak, ia tetap
haram", kemudian baginda melanjutkan, "
Allah mengutuk orang-orang Yahudi. Allah mengharamkan
mereka makan lemak babi, tetapi mereka
mengumpulkanya lalu menjualnya dan makan harganya(
hasilnya).
Bukhari, Muslim dan Ashabus Sunan)

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawasanya Rasulululah SAW
bersabda " Allah mengutuk orang-orang
Yahudi, mereka diharamkan makan lemak babi, tetapi
mereka menjualnya dan makan harganya.
Sesungguhnya bila Allah telah mengharamkan suatu kaum
makan sesuatu, maka diharamkan juga makan
harganya(hasilnya).
( Ahmad bin Hambal dan Abu Daud)

Berdasarkan Hadis tersebut Imam Syaukani memfatwakan "
Sesuatu yang diharamkan Allah bagi
hamba-hambanya, maka sesuatu itu diharamkan
penjualanya dan diharamkan harganya" ( Nailul
Authar. jilid V, hal. 162)

Ketentuan hukum tersebut tidak khusus hanya berlaku
bagi seorang Muslim, tetapi berlaku juga
bagi kafir dzimmi yang tinggal di Negara Muslim,
kerana menyatakan perjanjian pembayaran
jizyah- Ia telah menyatakan tunduk kepada hukum Islam.
Apabila ia menjual atau memperdagangkan
babi maka gugurlah haknya untuk mendapat perlindungan
dari pemerintah Islam.

Rasulululah SAW pernah mengutus surat kepada kaum
Nasarani di Najran " Barangsiapa di antara
kamu yang melepas wang riba, tidak ada lagi dzimmah
baginya ( yakni gugurlah haknya untuk
mendapat perlindungan). Nailul Authar, jilid 8. hal.
66-67)

Babi diqiyaskan dengan riba kerana penerapan hukum
Islam berlaku juga bagi orang-orang dzimmi.
Orang-orang Muslim diharamkan menjual babi, maka orang
dzimmi pun dilarang( diharamkan)
menternak babi, menjualnya atau mengimportnya selama
mereka berada di dalam kawasan Muslim.

Arak dan babi bukanlah harta kekayaan bagi Kaum
Muslimin, meskipun orang lain memandangnya
sebagai harta kekayaan. Kaum dzimmi yang tinggal di
negara ummat Islam terikat dan wajib tunduk
kepada hukum Islam. Meskipun mereka menghalalkan minum
arak dan makan babi, tetapi negara
tempat mereka hidup (Negara Islam) melarang mereka
berdagang arak dan babi kerana perdagangan
dua macam komoditi tersebut memberi laluan atau
memudahkan kaum Muslimin mendapatkanya untuk
diminum dan dimakan.

Sebuah riwayat berasal dari Abu Amr As- Syaibaniy
megatakan pada suatu hari Khalifah Umar
mendengar seorang dari Sawad( Iraq) menjadi kaya
disebakan berdagang arak. Kepada
pengusahatempatan, Umar mengutus surat " Hancurlkan
apa sahaja yang dapat kamu hancurkan(
yakni) hancurkanlah tempat penyimpanan dan wadah-wadah
arak miliknya" dan lepaskan semua ternak
kepunyaanya. jangan ada seorang pun melindunginya'.

Abu Umamah meriwayatkan bahawa khalifah Umar pernah
berkata " Berlatihlah ketangkasan berkuda,
berhati-hatilah jangan kamu berakhlak orang-orang ajam
( yakni orang-orang bukan Muslim,
mendekati babi atau menegakkan salib di antara
orang-orang Muslim".

Laits bin Abi Sulaim meriwayatkan bahawa Khalifah Umar
pernah menulis surat kepada para
Gabenor, memerintahkan mereka supaya membunuh babi.

Kesemua nas tersebut menunjukkan bahawa penternakan
dan perniagaan babi di negara-negara Islam-
yang dilakukan oleh kaum Muslimin mahupun orang kafir-
adalah haram, kecuali pembelian babi
oleh orang kafir untuk konsumsi dan keperluan mereka
sendiri.


                   [Masalah Dan Pengetahuan Umum]
[Luqman Hakim Islamic Page] [Islamic Resoruces]

Nota saya:
Memandangkan hujah-hujah yang terkumpul ditangan saya
semakin kukuh utk mengatakan bahawa penarikan balik
larangan membela babi oleh kerajaan PAS Terengganu
adalah bertentangan dengan syariat Islam, maka saya
menyarankan agar mereka yg rapat dengan pucuk pimpinan
dapat menasihatkan umara'-umara' tersebut utk
membatalkan keputusan yang telah diambil demi
menegakkan Islam yang syumul.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke