amli
Sun, 11 Mar 2001 21:09:14 -0800
|
warga hizbi tolong komen ...
----- Original Message -----
From: Norhazira Binti Md.
Haza
To: Mohd Amli Masran
Sent: Friday, March 09, 2001 5:18 PM
Subject: Ekonomi Islam Petikan ini diambil daripada artikel Utusan Malaysia yang bertajuk "Terengganu saman Petronas, kerajaan" oleh NORLELA IBRAHIM bertarikh 9/03/01. Antaranya menyebut: "Jelas plaintif lagi, pembayaran tunai yang dibuat oleh Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu adalah berjumlah 75 hingga 80 peratus daripada jumlah besar hasil pendapatan yang diperoleh setiap tahun oleh kerajaan negeri itu. Plaintif juga mengemukakan dua tuntutan berbeza terhadap kedua-dua defendan. Kerajaan Negeri Terengganu menuntut satu pelaksanaan spesifik perjanjian utama dan perjanjian tambahan terhadap Petronas. Selain itu, plaintif memohon satu perintah bahawa Petronas hendaklah membuat pembayaran yang terhutang pada 1 September tahun lalu dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah mahkamah. Plaintif juga menuntut ganti rugi kerana memungkiri kontrak dan ganti rugi am terhadap Petronas. Sementara itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan terhadap Kerajaan Persekutuan yang didakwa menyebabkan kehilangan keyakinan dalam kemampuan Kerajaan Negeri Terengganu untuk mentadbir negeri, melemahkan semangat kaki tangan awam dan rakyat negeri. Plaintif juga menuntut ganti rugi terhadap Kerajaan Persekutuan kerana menyebabkan kesukaran dan kesulitan kewangan kepada pentadbiran negeri Terengganu. Ia juga menuntut faedah atas segala jumlah yang diperintahkan oleh mahkamah dan kos." Cuba anda fikir, negeri terengganu dulu semasa pemerintahan BN mengharapkan bantuan kerajaan pusat untuk membangunkan negerinya, dan kini sesudah pemerintahan PAS juga masih mengharap bantuan kerajaan pusat. Hai macam mana ni, kata ekonomi Islam yang dibawa PAS tu lebih baik daripada ekonomi yang ada sekarang ni. Tapi nampak gayanya masih mengharap bantuan yang hasilnya datang daripada ekonomi yang ada sekarang ni. Tak malu ker? Sampai mangaku sendiri dengan sebab wang ehsan itulah pentadbiran negeri Terengganu mangalami kesukaran dan kesulitan kewangan. Itu baru perintah sebuah negeri, belum satu negara, agak-agak awaklah jika PAS memerintah negara kat sapa dia nak mintak bantuan....negara orang kafir ?.... Kalau PAS rasa dia bagus sangat, tunjukkanlah bahawa tanpa bantuan sesiapa pun dia boleh berjaya, takkan nak mengharap hasil daripada minyak aje, cari le mata pencarian yang lain, minyak tu lama-kelamaan habis jugak. Ekonomi 'Islam' mana yang PAS pakai tu ha?????????? |