*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PIIIRAHH!!! Kena tindas konon!!

Habis, yg orang Melayu kena tindas kat syarikat-syarikat Multinational tu apa 
cerita? Tak caya, cuba pi tengok sati di Sony ka, Seagate ka, Agilent ka, 
Motorola ka mana-mana ka; acu bilang tengok berapa ramai Melayu yg jadi 
Director, berapa pula yg jadi Operator dan berapa pula yg kerja Janitor?

Kalau dah kelapaq duit tak mau masuk askar, habag sajalah kata kelapaq!!

Kalau dah kelapaq duit tu, kelapaq juga....

Kalau depa tak mau sangat masuk Tentera, eloklah paksa depa voluenteer jadi 
Target Practice kat PULAPOL ka, PULADA ka apa-apa ka.

"Menurutnya, antara perkara yang sering diluahkan oleh golongan
bukan Melayu dalam sektor awam adalah perkara seperti kenaikan
pangkat dan gaji yang tidak adil berbanding golongan Melayu."

-Ru Antara-

.........................................................................


Tentera: Punca bukan Melayu kurang minat

KUALA LUMPUR 23 Mei - Naib Presiden Gerakan, Dr. Tan Kee
Kwong mendakwa kekurangan penyertaan golongan bukan Melayu
dalam sektor awam seperti tentera dan polis adalah kerana mereka
dinafikan hak untuk meningkatkan diri.

Katanya, kekurangan penyertaan golongan tersebut bukan kerana
mereka tidak berminat untuk bekerja dengan kerajaan tetapi
disebabkan soal-soal kenaikan pangkat dan sebagainya.

Menurutnya, antara perkara yang sering diluahkan oleh golongan
bukan Melayu dalam sektor awam adalah perkara seperti kenaikan
pangkat dan gaji yang tidak adil berbanding golongan Melayu.

``Sebagai contoh, kita boleh lihat semua naib canselor universiti awam
di negara ini dipegang oleh orang Melayu,'' katanya.

Menurut Tan, perkara ini penting kerana ia adalah faktor yang
menyebabkan kebanyakan bukan Melayu patah semangat untuk
berkhidmat dalam sektor awam kerana memikirkan masalah kenaikan
pangkat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis dialog di
antara penghuni Menara KLH di Jalan Kasipillay dengan pemaju
menara berkenaan di sini hari ini.

Pada 5 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
berkata, kerajaan mungkin memperkenalkan sistem kerahan tenaga
ke atas rakyat bukan bumiputera sekiranya penglibatan mereka dalam
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih berkurangan pada masa
hadapan.

Tan yang juga Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi
berkata, golongan bukan Melayu akan mengalami kejatuhan moral
yang mendalam jika perkara ini tidak diambil kira dengan teliti.

Walaupun ramai menganggap kaum bukan Melayu mengejar gaji yang
tinggi tetapi menurut Tan, ini bukanlah perkara utama yang difikirkan
oleh mereka.

Sehubungan itu, beliau menggesa sektor awam untuk melihat perkara
kenaikan pangkat dan gaji ini dengan lebih teliti bagi menarik lebih
ramai penyertaan bukan Melayu.

Oleh: MOHD. HAZLI HASSAN


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke