*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Baru nie adik saya yg tukang kutip duit sesama kami
untuk disalurkan kpd sorang lagi adinda kami yg
dinafikan haknya untuk mendapat biasiswa tu, talipon
rumah bagitau kata adinda kami tu nak duit lagi.

Kemudian dia jugak ada habag kata sorang adik yg dok
di Jitra nu nak guna duit jugak, nak beli buku rujukan
ka alatan apa entah...tapi yg pentingnya nak duit.

Kat cawangan pulak, ada sahabat mai habag kata infaq
bulanan yg saya janji nak bagi tu dah dekat 3 bulan
dah tertunggak. Duit lagi tu.

Malam tadi anak saya yg baru masuk kelas seni
mempertahankan diri tu habag, dia pun nak pakai duit
juga; "MASTER" dia kata kena bayaq dekat lima puluh
ringgit untuk dapat uniform depa tu. Walau pun sikit,
tapi duit jugak.

Orang rumah pun dah merungut, baju anak2 yg lusuh
sikit sikit saja tu pun, dia kata dah lusuh teruk dah.
"Lama aih kita tak beli baju budak-budak nie...",
panas telinga; nak duit lagi tu.

Keta tu pun tak service lagi, hat nie memang pakai
duit...cuma tak tau berapa sebab gomen masih belum
kuatkuasakan akta kena Label Harga service keta nie.

Duit rumah kat bank tu pun dah tertunggak sebulan; ini
gara-gara pokai sikit sebab terlebih pakai duit rumah
masa balik raya kampong orang rumah raya haji yg lalu.

Pening aih kalau pikir bab duit nie.

Macam mana ya cara nak bagi kaya cepat?

Nak harap PLSB pun, PLSB dah lama tutup...ini semua
Muhyideen punya pasallah; cemburu sungguh dia tengok
rakyat marhain macam kita nie dapat duit lebih!

Ada cara lain ka nak bagi kaya cepat?

Bila saya terbaca makalah Fitrah (Buletin PAS Kedah)
keluran terbaru, terbeliak bijik mata. Rupa-rupanya
ada cara kalau nak jadi kaya cepat!

Caranya: JADI MENTERI!!

Hangpa tengok fakta nie:

1. Gaji Pokok 18,000 sebulan
2. Elaun Keraian: 10,500
3. Elaun Rumah: 10,800
4. Elaun wakil rakyat: 10,650
5. Elaun Parking: 5,700 (parking pun ada elaun ka?)

So, Jumlah pendapatan bulanan yg WAJIB dapat sama ada
kerja atau tak kerja cincai cincai dah dekat 55,000
sebulan.

Itu tak termasuk kemudahan2 lain seperti cuti ke luar
negara setahun sekali termasuk tiket, hotel dll
termasuk cash 50,000 ringgit. Agak-agak tak mau pi
cuti, dibolehkan pulak claim 50,000 tu tanpa resit.

Macam tu kalu, aku pun nak jadi Menteri jugak la.

Tak larat dah wei nak jadi rakyat marhain macam
kita-kita nie....hari-hari dok pikiaq macam mana nak
cari duit, macam mana nak jimat duit. Pening aih!

Kaya sungguh aih jadi Menteri, itu tak campoq lagi
duit masuk kot pintu belakang melalui peluang2 bisness
yg disalurkan melalui Proxy!

Patutlah Dr Mahathir buat salah apa pun, semua tak
berani tegur; pi sokong tambah lagi ada!

Nak buat guano, depa dah bertuhankan duit; hang nak
kata Nabi simpan janggut sebab tak dak pisau cukur ka,
hang nak kata Nabi buat seks dengan 15 orang pompuan
ka, hang nak kata Pejuang Berani Mati Palestine tu
Pengganas ka apa ka, hang punya pasallah; janji hang
tak kacau Tuhan kami....Tuhan Duit...

Apa raa!

-Temingat Di Belantara-





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Tax Center - online filing with TurboTax
http://taxes.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke