hizb  

H-Net* Fwd: Mara hak rakyat

Onwards
Fri, 21 Jun 2002 00:06:38 -0700

Mara hak rakyat
Friday, June 21 @ 10:51:58 MYT


Min Aina Ila Aina
Oleh Subky Latif
ASSALAMUALAIKUM. Ada pembaca menyaran supaya ruangan saya di Harakah
dikembalikan kepada Min Aina Ila Aina. Ia ditamatkan justeru kerajaan
menghadkan izin cetaknya dari dua kali seminggu kepada dua kali sebulan.
Lalu ia digantikan dengan Mens Sana In Corpore Sano kata-kata Latin
bermaksud “Minda yang sihat dari jasad yang sihat.”

Atas permintaan supaya dikembalikan Min Aina Ila Aina, maka saya penuhi
hasrat itu di Harakahdaily pula.
Topik sulung pembuka silat ialah perentah Perdana Menteri Dr. Mahathir
membuka pintu Maktab Sains Mara 10 peratus kepada pelajar bukan Bumiputera
berkuat kuasa serta merta.
Ia adalah satu langkah poliltik berani mati pemimpin Umno untuk menyekat
rakyat bukan Bumiputera dari memberi undi kepada PAS dalam pilihan raya akan
datang, sambil mengumpan pengundi bukan Melayu untuk terus menghambakan diri
kepada kuasa totalitarian Dr. Mahathir.
Jika PAS membuat reaksi dengan mengecam Umno atas sikap itu, maka PAS dikira
masuk ke dalam perangkap Umno. Ia nescaya diterima oleh pengundi bukan
bumiputera betapa PAS tidak bersedia membela peluang kaum-kaum lain di
negara ini kiranya PAS diberi peluang berkuasa.
Ia akan dikira bahawa PAS adalah menghalang intergrasi kaum, cauvenis Melayu
sempit dan menganut fikiran perkauman dan anti kepada kaum lain.
Maka usaha PAS untuk mendekati masyarakat bukan Islam akan dikira sebagai
politik mencari undi semata-mata.
Tetapi apa yang paling menarik dalam dasar membuka pintu 10 peratus kepada
pelajar bukan Bumiputera di Maktab Sains Mara itu adalah menggambarkan
dakwaan Umno betapa Mara adalah untuk bumiputera semata-mata adalah palsu.
Mungkin peserta Kongres Ekonomi Bumiputera yang melahirkan Mara dulu
menzahirkan hasrat betapa Mara adalah hak bumiputera sama seperti Bank
Bumiputera yang dilahirkan oleh kongres yang sama juga adalah untuk
Bumiputera, tetapi tiada di mana-mana memeterai betapa ia adalah hak mutlak
Bumiputera.
Sama seperti Bank Bumputera boleh dijual oleh pemimpin Umno kepada bank yang
lebih kecil milik bukan Bumiputera, maka Mara juga boleh dibuka dan dijual
kepada sesiapa.
Di mana dalam piagam Mara itu dirakamkan betapa dalam keadaan apa jua ia
adalah kepunyaan Bumiputera dan tidak akan sah sebarang pindaan ke atasnya?
Mara adalah sama dengan lain-lain agensi kerajaan adalah untuk semua dari
segi undang-undangnya.
Jika Mara selama ini dilihat memberikan khidmat dan perhatian kepada
Bumiputera, maka secara kebetulan ia diteroka oleh Bumiputera dan kerajaan
yang ada ialah sebuah kerajaan yang diketuai oleh Bumiputera yang mendakwa
mereka memperjuangkan hak dan kedaulatan Bumiputera.
Sama ada Umno tulus untuk membela Bumiputera atau tidak adalah suatu yang
lain tetapi memang masyarakat Melayu/Bumiputera memerlukan pembelaan untuk
membangun dan bersaing dalam semua bidang.
Tetapi jika yang mentadbir negara ini terdiri dari seorang yang tidak peka
dan tidak komited dengan kepentingan dan kedaulatan kaum tertentu yang
dirasakan ketinggalan, maka yang dikatakan hak Bumiputera itu akan
ditafsirkan sebaliknya pula.
Jika Mara ibarat tanah, tidak dinyatakan status gerannya putih atau merah.
Ia bergantung kepada yang memilikinya. Hak milik boleh berpindah dan boleh
dijual.
Jika Bank Bumiputera boleh dijual, maka Mara sama seperti Uda, SEDC, Risda
dan lain-lain adalah hak dan milik bersama semua rakyat. Anggapan betapa
Mara tadi hak Melayu dan Bumiputera adalah dakwaan semata-mata.
Dr. Mahathir dan Umno adalah liberal dalam perkara ini. Ia boleh menjual
Mara dan lain-lain. Jika Mara boleh didagangkan, maka juru jualnya dan orang
tengahnya ialah Umno dan pemimpin-pemimpinnya.
Membuka ruang 10 peratus kepada pelajar bukan Bumiputera di MRSM adalah
langkah pertama kepada penyertaan semua kaum dalam Mara. Ia adalah
perkembangan yang rakyat terpaksa terima. Belum tentu ia tidak baik.
Sama seperti menjadikan Tanah Melayu dan Malaysia sebagai sebuah negara dan
masyarakat majmuk. Ia dipertikai oleh setengah orang. Tetapi ia diterima.
Belum tentu ia tidak baik. Tetapi Umno adalah konsisten. Ia berupaya
melakukan apa yang Bumiputera tidak senang, tetapi akhirnya ia diterima.
[Ini adalah tulisan pertama Subky Latif. Beliau akan menulis tiga kali
seminggu dalam Harakahdaily.net iaitu setiap Jumaat, Isnin dan Rabu -
Editor]
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Sign-up for Video Highlights of 2002 FIFA World Cup
  • H-Net* Fwd: Mara hak rakyat Onwards