Onwards
Fri, 21 Jun 2002 00:22:15 -0700
Hanya bangsa Melayu Umno saja yang lemah
Friday, June 21 @ 14:25:41 MYT
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Hrkh)- Kenyataan Perdana Menteri yang juga Presiden
Umno, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad mengenai orang Melayu semakin lemah
sebenarnya merujuk kepada Melayu Umno sahaja.
"Melayu Umno sebenarnya yang lemah. Mereka merupakan golongan yang menikmati
pelbagai kemudahan baik berupa peruntukan saham, kontrak, peluang perniagaan
dan kuasa," tegas Naib Ketua Pemuda Parti KeADILan Nasional, Muhammad Zahid
Mohd Arip.
Zahid menambah, Melayu jenis inilah (Umno) yang menggadaikan keistimewaan
Melayu dan membentuk sikap meterialistik sebagaimana yang yang dikatakan
oleh Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai budaya
melaram.
Beliau mendakwa, kesalahan dan kelemahan Melayu Umno itu berpunca daripada
sikap pemimpin dan diri mereka sendiri.
Katanya, amalan pemimpin Umno yang korup, mudah dibeli dan mentaliti
komis!
yen perniagaan yang diagihkan di kalangan penyokong sahaja merupakan
punca sebenar Melayu turut terpalit.
Majoriti orang Melayu di negara ini, tambah beliau, tidak lemah dan masih
mempunyai semangat juang yang tinggi untuk melakukan perubahan di negara
ini.
"Orang Melayu sehingga kini masih berjuang membanteras rasuah, penyelewengan
dan salah laku pemimpin Umno. Malah, mereka juga telah ditindas dan ditekan
oleh Umno sendiri," ujar beliau sebagai mengulas ucapan Dr Mahathir pada
Perhimpunan Agung Umno, semalam.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture