HizbiNet
Sun, 23 Jun 2002 19:06:09 -0700
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forwarded Message:>>
----- Original Message -----
From: Mohd. Nor Azuddin Shahnun-R59247
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Sunday, June 23, 2002 4:40 PM
Subject: Dari Bandar Tun Razak : Penghormatan Terakhir Kepada Ustaz Fadzil
EJARAH MALAYSIA TERCIPTA !!!!
Hari ini adalah hari sedih buat pendokong BA serta
para pejuang Islam di Malaysia serta Dunia dengan
pemergian seorang mujahid Islam menemui Allah swt.
Allahyarham Datuk Hj. Fadhil Nor telah kembali
kerahmatullah untuk selamanya. Dari Seorang anak desa,
Allahyarham telah berjaya menjadi pemimpin ISLAM
yang digeruni di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Kini semuanya meninggalkan kenangan pahit dan
manis sepanjang hayat beliau. Kini kita semua
kehilangan seorang pemimpin perjuangan ISLAM di
Alaf Baru ini tapi percayalah ada hikmah disebalik
berita sedih buat kita semua.
Kronologi 20hb & 21hb.Jun.2002
10.30 malam berita keadaan yang mencemaskan
mengenai Allahyarham diterima.
1.30 pagi keadaan Allahyarham dapat distabilkan.
7.00 pagi berita Allahyarham sedang nazak telah
diterima.
10.30 pagi berita sedih pemergian Allahyarham kita
semua terima dari HUKM.
11.30 pagi jenazah Allahyarham dibawa ke bilik
mayat untuk dimandikan, diwaktu inilah kita lihat ribuan
rakyat telah memenuhi HUKM.
12.30 petang jenazah di bawa ke Surau Taman Jaya
(bersebelahan HUKM) dengan diiringi dengan
laungan takbir serta tahlil disepanjang jalan yang
lebih 10,000 orang mengiringinya.
12.45 petang jenazah dilawati oleh Dymm Sultan
Kedah dan telah disolat jenazah sebanyak 6 kali
sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali
solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya.
1.45 petang rakan-rakan bukan Islam dan muslimah
dibenarkan melawat jenazah di surau taman jaya.
2.30 petang jenazah dibawa ke lapangan terbang
TUDM subang dengan diiringi oleh ribuan kenderaan
dan dimaklumkan lebih 5,000 pendokong BA telah
berada di Subang.
2.55 petang jenazah sampai di Subang, dengan
sambutan takbir, suasana sungguh pilu kerana rakyat
marhaen dengan jumlah lebih 10,000 orang
mengiringi jenazah Allahyarham dari HUKM ke Subang.
3.15 petang maklumat diterima DSAI telah
dibenarkan untuk melawat Allahyarham di Subang, Usaha
Nurul Izzah dan Nurul Nuha berbincang dengan Pak
Lah di Subang telah berjaya untuk membawa DSAI ke
Subang. Penerbangan 3.30 petang telah ditangguhkan
untuk menunggu DSAI tiba dari Sungai Buluh.
4.40 petang memandang DSAI lewat tiba dan waktu
sudah terlalu lewat, Pesawat TUDM dengan
membawa lebih 100 penumpang telah berlepas tepat
jam 4.40 petang dari lapangan terbang Subang ke
Kepala Batas.
6.00 petang jenazah tiba di lapangan terbang
Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 rakyat marhaen
dan terus di bawa ke Darul Ulum di Pokok Sena, apa
yang dimaklumkan lebih 100,000 orang telah
menunggu di Pokok Sena.
7.00 petang dengan bantuan pihak polis dan
kerjasama orang ramai jenazah selamat ditiba di Darul
Ulum, walaupun jalan raya kesesakkan teruk lebih
20 km, kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari
Tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai
terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km.
7.45 malam selepas solat maghrib dianggarkan lebih
250,000 rakyat marhaen telah berada di Pokok Sena
untuk memberikan penghormatan terakhir ke
Allahyarham.
8.30 malam maklumat yang diterima dari jarak 3km
ke Darul Ulum telah tidak boleh dimasuki oleh orang
ramai lagi, keadaan amat sesak dan padat. Apa yang
dimaklumkan ada penyokong BA yang berjalan kaki
sejak 6.30 petang ke Darul Ulum gagal sampai
kerana keadaan sesak tersebut.
9.15 malam jenazah Allahyarham telah diusung ala
intifadha dari Darul Ulum ke tanah perkuburan dengan
diiringi laugan takbir yang bergempita seluruh
Pokok Sena dan sayup-sayup kedengaran sambutan takbir
tersebut dari para jamaah yang tidak sampai ke
Darul Ulum.
9.30 malam jenazah selamat dikebumikan.
10.00 malam upacara bacaan talkin dan tahlil
selamat dilaksanakan ditanah perkuburan di hadapan Darul
Ulum.
10.30 malam rakyat marhaen datang bertali arus
untuk menziarahi kubur Allahyarham, dan dijangkakan
menjelang pagi ini masih ramai yang terus
menziarahi serta sedekah bacaan yassin dikubur
Allahyarham.
11.00 malam kami keluar dari kawasan Darul Ulum
dengan bantuan unit amal yang memberikan
kerjasama kepada kami melalui jalan lain.
Kini telah terbukti seorang pemimpin Islam yang
dikasih pasti telah menunjukkan berkatnya di dunia lagi.
Tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, lebih
300,000 orang hadir dalam majlis pengkebumian
seorang pemimpin. Allahyarham Datuk Hj.Fadhil Nor
adalah insan yang bertuah kerana ratusan ribu
rakyat marhaen hadir untuk memberi sedekah
Al-Fatihah dan sama-sama solat ke atas jenazah beliau.
Hari ini Malaysia dan segala isi penduduknya pasti
kehilangan seorang pejuang Islam, walaupun
kepimpinan beliau dibenci oleh musuh politik, tapi
Allah swt telah menunjukkan kepada umatnya
Allahyarham adalah insan kerdil yang akan
ditempatkan bersama para mujahid dan para syuhada di alam
barzah.
Al-Fatihah untuk roh Allahyarham dan takziah
kepada keluarga beliau serta pemimpin Parti Islam
Semalaysia (PAS) serta BA. Semoga Allah swt akan
mengampunkan dosa-dosa Allahyarham serta
ditempatkan bersama para syuhadah.
Semoga ini akan memberikan kita keinsafan serta
kembali kejalan Islam yang sejati lagi hakiki.
PSARAFHQ
21hb.Jun.2002
(11.30 malam)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: HizbiNet <[EMAIL PROTECTED]>