BPPNS
Sun, 28 Jan 2007 16:36:05 -0800
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. BERSEMPENA DENGAN "MAJLIS SAMBUTAN 70 TAHUN MADRASAH AL-ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM" BONGEK ACHEH 71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN , akan DIADAKAN PROGRAM "IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA" (Perhimpunan penuntut-penuntut pondok semalaysia)
Pada 16 hingga 18 FEB 2007 M (Jumaat Ahad)
Akan bersama meraikan majlis dengan tetamu khas
terdiri dari para Ulama.
Majlis Ulangtahun ke 70 Madrasah Al-Islamiah Haji
Ibrahim Bongek akan dirasmikan oleh Y.A.B Menteri
Besar Negeri Sembilan. disertai:
IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA
Perhimpunan Penuntut-penuntut Pondok SeMalaysia.
Sila sebarkan ... InsyaAllah, tabarakAllah.
Diantara tokoh-tokoh ulama semasa yang akan dijemput
untuk pembacaan/pengupasan kitab turas, pembentangan
kertaskerja, forum dan sesi soal-jawab :
1.Tuan Guru Al-Sheikh Professor Doktor Haji Muhibuddin
al-Waliyy al-Khalidi - dari Acheh.
2.Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang ( Baba Ismail )-
daripada Fathoni.
3.Tuan Guru Haji Wan Shaghir - dari Khazanah
Fathoniah. Kuala Lumpur.
Semua Penuntut-penuntut Pondok , pelajar-pelajar
Universiti dan orang ramai dijemput hadir dengan
sukacitanya, jamuan makan dan tempat berehat akan
disediakan ala kadarnya insyallah. .
Jadual Pengajian/dialog dan forum perdana .
Tuan Guru Professor Doktor K.H Muhibbuddin Al-Waliy
-Acheh Darussalam-
1.Jumaat 16 feb 2007- 8.00 malam - 10.00 malam.-
Pengupasan Kitab Al-Hikam serta soal jawab.
2. Sabtu 17 feb 2007 - 9.00 malam - 11.30 malam -
Forum Perdana serta soal jawab -bersama ahli panel
yang lain, tajuk forum ( Pengajian Tradisional antara
cabaran dan harapan).
Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang (Baba Ismail).-Fathoni
Daarussalam-
1.Sabtu 17 feb 2007- 8.30 pagi - 11.30 pagi -
Pengajian Ilmu Tauhid berkitab ( kitab-kitab karangan
Tuan Guru Haji Ismail sendiri) dan kupasan ayat-ayat
mutasyabihat serta soal- jawab.
2.Sabtu 17 feb 2007 - 9.00 malam- 11.30 malam- Forum
Perdana serta soal jawab -bersama ahli panel yang
lain, tajuk forum ( Pengajian Tradisional antara
cabaran dan harapan).
Tuan Guru Haji Wan Shaghir- Khazanah Fathoniah -Kuala
Lumpur-
1.Sabtu 17 feb 2007- 2.00 petang- 5.00 petang -
Pembentangan kertas kerja- (Tajuk belum diputuskan).
2. Sabtu 17 feb 2007- 9.00 malam -11.30 malam -Forum
Perdana serta soal jawab- bersama ahli panel yang
lain, tajuk forum (Pengajian Tradisional antara
cabaran dan harapan).
Tuan Guru Haji Ibrahim , Bongek. Alim ilmu Falakiah,
meninggalkan karangan bermutu dibidang falak/hisab
untuk menentukan tarikh raya ,puasa , waktu sembahyang
dan berbuka.
Beliau pernah berguru dengan tokoh-tokoh ulamak yang
masyhur, diantaranya: Tok Kenali yang sangat terkenal,
Pak Wan Sulaiman (Sheikhul Islam negeri Kedah- Mufti
dizaman penjajahan), juga Tok Shafie telok bagan (
seorang ulamak tasawuf diMekah). Kegigihan mengajar,
mendidik dan mengasuh masyarakat tiada tolak
bandingnya diakui .
Tuan Guru Dr. Sheikh Muhibbuddin al Waliy akan
mengupas matan al Hikam karangan Ibnu Ataillah
as-Sakandari. Dr. al Sheikh ini , yang menuntut ilmu
pada al Marhum Ayahnda beliau- Tengku Muda Waliy
al-Khalidi, yg sangat mahir diberbagai cabang ilmu,
khasnya ilmu alat, kemudiannya ke Mesir menyambung
pengajian lalu meraih Doktorah Usul Fiqah. Dari
pengakuan beliau , mempelajari kitab al Hikam dari
Ayahnda beliau. Bersama kita mendengarkan kupasan yg
jitu dan dialog yg menjernihkan kekerohan.. insyallah.
Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang- Ulamak terkini dari
Fathoni Darussalam , berjaya memikat hati perserta
kuliah berkitab beliau pada setiap hujung minggu di
Masjid Bandar Patani dan Nibung (Yala) dengan
kehadiran ribuan orang. Diakui berkebolehan
mendamaikan masyarakat sehingga kebolehan beliau
diakui pemerintah. Beliau insyallah akan menjelaskan
masalah Ilmu Tawhid, khasnya soal ayat-ayat
mutasyabihat. Kitab yang akan dijadikan teks kuliah
majlis adalah kitab "Mawaizul iman fi tarjamah ba'dh
manahil al irfan"- karang beliau sendiri , dan sebuah
lagi kitab terjemahan matan "Tijan al-darari"- juga
karangan beliau. Ditambahkan seri lagi dengan sesi
soal jawab kemuskilan. Insyallah bersama kita
mengambil manfaat.
Tuan Guru Haji Wan Saghir- Pengkaji sejarah
Ulamak-ulamak melayu yang tidak asing lagi. Ilmu dan
kajian beliau yang melaut , dapat memuaskan kemuskilan
khasnya berkenaan Keilmuan dialam Melayu yang
dikaitkan dengan method pengajian tradisional
(pondok).
Dimanakah hebatnya bangunan batu?,
jika tidak asalnya dari pasir dan batu..
Dimanakah pula lebihnya alim lulusan U?,,,
jika tidak asalnya dari ulamak melayu dulu-dulu....
ACARA KEMUNCAK- FORUM PERDANA -AHLI PANEL ADALAH TIGA
ULAMAK UNDANGAN TERSEBUT.
Semua Penuntut-penuntut Pondok , pelajar-pelajar
Universiti dan orang ramai dijemput hadir dengan
sukacitanya, jamuan makan dan tempat berehat akan
disediakan ala kadarnya, insyallah. Antara acara
selingan yang menarik, pameran sejarah ulamak melayu
daripada Khazanah Fathoniah dan jualan kitab-kitab
ulamak melayu yang bermutu . Kitab "Mawaizul iman fi
tarjamah ba'dh manahil al irfan" dan kitab "terjemahan
matan Tijan al-darari" karangan Tuan Guru Haji ismail
sepanjang juga terjual sebagai teks pengajian untuk
majlis ijtimak.
Pondok)Madrasah al-Islamiah Haji Ibrahim Kampung
Bongek adalah satu-satunya madrasah (Pondok) yang
tertua dalam Daerah Rembau khasnya yang telah wujud
pada tahun 1936 dengan diasaskan sendiri oleh Tuan
Guru Haji Ibrahim bin Mohd Dahan , seorang ulamak yang
terkenal di Negeri Sembilan (1907-1997).
Antara jalan untuk ke Bongek Rembau - N9.
Jika dari KL bolehlah Exit toll pedas dan menghala ke
Rembau/Tampin (Jalan Warna Merah) Lebih kurang 12 KM
untuk sampai ke Bongek..
Jika dari JB bolehlah Exit toll Alor Gajah/Tampin -
-Spg 4-- Kendong--> Bongek - iaitu ikut jalan menghala
ke Rembau, Seremban , Lebih kurang 13 KM untuk sampai
ke Bongek.
Tempat-tempat berehat yg dicadangkan semasa Majlis
Ijtimak:
Bayaran yang berpatutan-
1. Rumah rehat/ hotel di Tampin.
2. Chelet di Seperi.
3. Hotel sekitar Rembau/ Seremban.
4. Free of charge-Masjid-masjid dan surau disekitar
Bongek dan Seremban.
5. Insyallah mungkin terdapat rumah2 tumpangan di
sekitar kampung Bongek...lain-lain
KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN
Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui
Bank Islam No Akaun 50120100 27521. Bank in slip bolehlah dihantar kepada :
Bendahari
Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban
K.Pilah, Ampangan,
70400 Seremban, N.S.
____________________________________________________________________________________
Food fight? Enjoy some healthy debate
in the Yahoo! Answers Food & Drink Q&A.
http://answers.yahoo.com/dir/?link=list&sid=396545367
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/