Sebelum NGO Melayu ni nak gesa orang Melayu supaya memboikot
syarikat perniagaan Cina, ada baiknya NGO Melayu ni baca 2 artikel yang saya
tulis lama sebelum ini mengenai masalah para peniaga Melayu. Masalah pertama
ialah para peniaga Melayu yang sering hasad dengki sesama mereka dan tak mesra
pengguna. Yang kedua ialah tiadanya direktori usahawan Melayu yang memudahkan
orang Melayu untuk mencari perkhidmatan untuk kegunaan harian. 
 
Artikel tersebut bertajuk “Peniaga Melayu susah nak maju
jika bersikap begini” di 
http://waghih.blogspot.com/2012/11/peniaga-melayu-susah-nak-maju-jika.html
 
dan “Sedihnya tengok laman Web Usahawan Negeri Sembilan” di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/sedihnya-tengok-laman-web-usahawan.html 
 
Jangan pula jadi “Ayam berkokok berderai-derai, ekor
bergelumang tahi”.
 
NGO Melayu gesa boikot perniagaan dimiliki Cina
14 Mei 2013    
 
Beberapa NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot
perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai
pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13.
 
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan entititi perniagaan itu telah memecahkan
perpaduan dalam negara.
 
Perniagaan yang mahu diboikot termasuk dua rangkaian kedai
makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan tepung terkenal.
 
Antara ahli gabungan NGO tersebut yang dinamakan Gabungan
NGO Islam 1Malaysia itu adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Suara Anak
Muda 1Malaysia, dan Majlis Belia Palestin Malaysia.
 
http://www.malaysiakini.com/news/230082 

Kirim email ke