The Malaysian Insider
<http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-menang-dua-pe\
rtiga-di-kerusi-campuran-pada-pru13-dedah-kajian/>

 
<http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-menang-dua-pe\
rtiga-di-kerusi-campuran-pada-pru13-dedah-kajian/>

22 May 2013



  [elections-voters-queuingup-tmi] 
<http://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2013/05/elections-voters\
-queuingup-tmi.jpg>



Pakatan  Rakyat (PR) memenangi 59 kerusi campuran di Parlimen pada
pilihan raya  umum ke-13 (PRU13) iaitu hampir dua kali ganda daripada 30
kemenangan di  kerusi majoriti Cina, menurut kajian terbaru yang
sekaligus menolak  dakwaan "Tsunami Cina" oleh Barisan Nasional
(BN) sebagai punca  kekalahan.

Badan  pengkaji atas talian bebas tersebut berkata parti pemerintah BN 
memenangi banyak undi di kawasan luar bandar manakala PR meningkatkan 
sokongan di kawasan bandar dan separa bandar di negara yang sedang 
mengejar status negara maju 2020.

"BN  mewakili majoriti luar bandar dan dapat mengekalkan kuasa
dengan luar  bandar dan kerusi separa bandar sahaja. Pilihan raya kali
ini  menunjukkan PR lemah di luar bandar yang terdiri daripada kerusi 
majoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak," kata laporan itu, yang boleh
didapati dalam blog rasmi PoliTweet.

Menurut  PoliTweet, 108 daripada 133 kerusi (81 peratus) dimenangi BN
adalah di  kerusi luar bandar, manakala PR memenangi kerusi bandar atau
separa  bandar hampir dengan peratusan sama (72 daripada 89 kerusi).

PR  memenangi semua 16 kerusi bandar majoriti Cina, 12 kerusi bandar
Melayu  dan 12 kerusi bandar campuran, memberikan mereka 40 daripada
jumlah  keseluruhan 43 kerusi bandar (93 peratus). Sebagai perbandingan,
BN  hanya memenangi 4 kerusi bandar Melayu dan 1 kerusi bandar campuran.

Daripada  54 kerusi separa bandar, PR memenangi 34 daripadanya (63
peratus). BN  menang baki daripada kerusi separa bandar dengan kawasan
separa bandar  Melayu adalah sebahagian besarnya 12 kerusi tersebut.]

PoliTweet  juga menunjukkan PR memenangi lebih banyak kerusi bandar dan
separa  bandar majoriti Melayu berbanding BN, ia menunjukkan kerusi
majoriti  Melayu bukan lagi jaminan kemenangan untuk BN.

Dalam  kajiannya, PoliTweet mengkategorikan kerusi kepada tiga kategori
yang  tidak mengikut klasifikasi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
tetapi  lebih berdasarkan imej satelit peta Google dan peta SPR.

PoliTweet  menggariskan kawasan "pendalaman" terdiri daripada
kampung, bandar  kecil atau tanah ladang dan kelihatan lebih besar
secaara fizikal dengan  populasi yang kecil. Kawasan "bandar"
pula terdiri daripada bandar yang  diliputi dengan betuk pembangunan
bandar. Kawasan "separa bandar"  adalah gabungan kedua-duanya
sekali.

Dibawha tiga kategori itu, PoliTweet membahagikan 125 kerusi sebagai
luar bandar, 54 separa bandar dan 43 adalah bandar.

Kawasan  bandar terdiri sedikit melebihi daripada setengah kerusi
majoriti Cina,  tetapi kerusi majoriti Melayu masih lagi didominasi di
luar bandar.  Walaubagaimanapun terdapat lebih banyak kerusi separa
bandar yang  majoritinya adalah Melayu berbanding majoriti Cina dan
kawasan campuran  dicampur-aduk sekali.

Firma  kajian itu juga menekankan kebarangkalian rendah BN untuk
memenangi  semula kerusi bandar, memandangkan BN hanya memperoleh 47
peratus undi  popular di kerusi separa bandar dan 36 peratus di kerusi
bandar,  berbanding 57 peratus yang diperolehnya di kerusi luar bandar.

Dalam  Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia terkini pada tahun 2010 
menunjukkan populasi di bandar Malaysia berlaku peningkatan mendadak 
sejak tahun 1960-an, dengan 71 peratus daripada rakyat Malaysia tinggal 
di kawasan bandar. Bank Dunia bagaimanapun meletakkan jumlah sedikit 
lebih tinggi sedikit pada 72 peratus.

Wilayah  Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kedua-duanya telah
mencapai 100  peratus status kemajuan, manakala Selangor dan Pulau
Pinang – kedua-dua  kini diperintah oleh PR – merupakan yang
tertinggi selepas kedua-dua  bandar utama itu adalah dengan lebih 90
peratus status kemajuan.

Kebetulan,  Selangor adalah negeri yang paling ramai penduduk dengan
5.46 juta  orang, dan seiring dengan Putrajaya, mempunyai kadar
pertumbuhan  tertinggi di Malaysia disebabkan oleh penghijrahan dan
peluang  pekerjaan.

Dalam  forum yang dianjurkan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya
Universiti  Malaya (UMCEDEL) minggu lepas, pemerhati bebas pilihan raya
Merdeka  Centre mendapati pengundi jelas berpecah antara kelas-kelas
yang  berbeza, dengan kelas bekerja dan berpendapatan rendah
kebanyakannya  mengundi BN, dan kelas pertengahan dan atasan memilih PR.

Pengarah  Merdeka Centre Ibrahim Suffian menekankan perbezaan antara
kaum  mencadangkan pengundi tidak berpecah mengikut kaum tetapi lebih
kepada  ideologi yang berbeza yang dikemukakan oleh kedua-dua BN dan PR.

Kirim email ke