Jumaat 31 Mei 2013, saya bersama
anak-anak berkesempatan solat jemaah Maghrib di Masjid Bandar Baru
Senawang. Kami sampai masjid di kala azan sedang berkumandang.
Apabila masuk dalam masjid saya perhatikan seorang anggota polis
berpangkat rendah dengan pakaian lengkap dan pistol otomatik terikat
dipinggang berada antara saf hadapan.

Sejuk mata melihat senario sebegini,
seorang polis yang soleh, datang tepat pada masanya di masjid untuk
menunaikan solat, perkara pertama yang akan Allah tanya di akhirat
nanti iaitu solat kita. Kesian pula tengok pada masa yang sama mereka
yang tidak bertugas, sedang melepak di kedai kopi, di kafe hotel, di
resort golf dan di pasar malam terutamanya tidak dapat berada di
masjid sebelum azan berkumandang untuk menunggu solat jemaah.

Saya sendiri malu, saya yang tidak
bekerja pada waktu itu, datang lewat ke masjid ketika azan sedang
berkumandang, sedangkan seorang anggota polis boleh datang ke masjid
tepat pada masanya.

Alangkah baiknya semua lelaki Islam di
Malaysia dapat mencontohi anggota polis ini, samada pemandu teksi,
pemandu bas ekspres, peniaga pasar malam, penguatkuasa Majlis
Perbandaran Seremban, penguatkuasa JPJ, pekerja kilang seperti saya
dan seterusnya.

Gambar polis tersebut dengan pakaian
lengkap dengan pistol di pinggang sedang solat sunat di 
http://rozmal.blogspot.com/2013/06/polis-yang-soleh-pembawa-rahmat.html 

Kirim email ke