Pakatan Menyokong Himpunan `Blackout 505' di KL Pada 15 Jun
<http://xavierjayakumar.blogspot.com/2013/06/pakatan-menyokong-himpunan-\
blackout-505.html> Jun3,
2013 
<http://3.bp.blogspot.com/-Du6oxwpO_jI/UaxhE19O0HI/AAAAAAAAHow/84HXa-Dl-\
HE/s1600/images.jpg> PETALING  JAYA, 3 Jun — Himpunan membantah
keputusan Pilihan Raya 2013 akan  diadakan pada 15 Jun depan di Kuala
Lumpur, kata Ketua Pembangkang Datuk  Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, pihaknya juga akan mengadakan rundingan dengan Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi tujuan berkenaan.

"Kita juga telah memutuskan untuk menyokong inisiatif mengadakan
himpunan aman di Kuala Lumpur pada petang 15 Jun akan datang. "Pihak
jawatankuasa sekretariat dan wakil-wakil NGO akan meneliti semua aspek 
dan akan berunding dengan Ketua Polis Negara dan pihak keselamatan 
supaya perjalanannya itu terjamin aman dan terkawal," kata Anwar
ketika  sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Sementara  itu, mengulas berkenaan perbincangan mengenai penyertaan
wakil pemimpin  Pakatan Rakyat (PR) dalam Jawatankuasa Khas Pilihan
Parlimen (PSC)  mengenai penambah baikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
jelas Anwar  tidak akan berlaku sehingga pengerusi dan timbalan
pengerusi SPR  meletakkan jawatan.

Ketua Pembangkang itu menegaskan, penubuhan  PSC itu adalah cubaan untuk
mengalih perhatian penipuan yang  dibangkitkan mereka, dan juga tindakan
pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz  Mohd Yusuf dan timbalannya Datuk Wan
Ahmad Wan Omar yang tidak  kompeten.

"Barang rompakan itu serah dulu, baru kita cerita,"  kata Anwar
merujuk kepada penipuan yang berlaku dalam pilihan raya 5 Mei  lalu.

"SPR perlu letak jawatan, tidak kompeten, jangan cuba  menipu lagi
seperti kes selepas Bersih, buat PSC, kemudian menipu kami  lagi,"
tegasnya.

Sejak pengumuman keputusan Pilihan Raya 2013, PR  telah menganjurkan
beberapa diri Himpunan "Blackout 505" di seluruh  negara menolak
keputusan pilihan raya.

Penganjurnya, Datuk Johari  Abdul turut berkata himpunan berkenaan akan
terus dijalankan walaupun  Yang Di-Pertuan Agong telah menitahkan agar
setiap rakyat menerima  keputusan pilihan raya. Sumber:
TheMalaysianInsiderat  5:00 PM
<http://xavierjayakumar.blogspot.com/2013/06/pakatan-menyokong-himpunan-\
blackout-505.html>    Labels: Blackout 505
<http://xavierjayakumar.blogspot.com/search/label/Blackout%20505> ,
Penipuan Pilihan Raya
<http://xavierjayakumar.blogspot.com/search/label/Penipuan%20Pilihan%20R\
aya> , Pilihanraya Umum Ke 13
<http://xavierjayakumar.blogspot.com/search/label/Pilihanraya%20Umum%20K\
e%2013>             
<http://www.blogger.com/email-post.g?blogID=6894358410688636645&postID=2\
920141261693347701>     0 comments:
Post a Comment
<http://www.blogger.com/comment.g?blogID=6894358410688636645&postID=2920\
141261693347701&isPopup=true>
  Older Post
<http://xavierjayakumar.blogspot.com/2013/06/lebih-80-petisyen-pru-13-pi\
mpinan-spr.html>   Home <http://xavierjayakumar.blogspot.com/> 

Kirim email ke