Sebelum ini saya tercari-cari juga Kedai Tukang Gunting
Rambut Melayu di pekan Rembau. Kalau di Senawang saya dan anak-anak biasanya
gunting rambut di Kedai Shamsul di pekan Senawang atau Kedai Akob Anak Beranak 
di
Taman Desa Dahlia.
 
Semalam baru saya dapat maklumat ada Kedai Tukang Gunting
Rambut Melayu di pekan Rembau. Diusahakan oleh seorang anak muda yang sebelum
ini diusahakan oleh seorang pakcik. 
 
Lokasinya berhampiran Gelanggang Futsal Pekan Rembau, di
deretan Gerai Majlis Daerah Rembau, No 10, gerai hujung sekali paling dekat
dengan Gelanggang Futsal dan URESS. 
 
Menurut maklumat yang diperolehi ini , anak muda tukang
gunting ini juga menyediakan perkhidmatan rumah ke rumah untuk menggunting
rambut warga emas yang kurang upaya atau uzur. 
 
Sekarang ini saya sedang mencari mereka yang boleh membuat kursus
membuat pau. Ada permintaan dari kaum ibu di pekan Kota untuk kursus ini,
kerana mereka ingin menambah pendapatan keluarga dengan membuat dan menjual
pau. Kalau sesiapa ada maklumat harap maklum pada saya. 
 
Semalam macam biasa beli burger di pekan Chengkau dari
pemuda yang bernama Aboi atau Botak. Ternampak dua orang beliawanis menjual
apam balik berhampiran gerai burger tersebut. Saya pun beli 2 apam balik coklat
sahaja tak mahu kacang. Yang jual apam balik ni saya tak tahu nama, mereka ni
anak Ramli yang ada kedai dekat kolam ikan dari Penajis Bandar. 

Kirim email ke