Pekerja wanita berhak bertudung
1 Julai 2013
 
Semua majikan di negara ini mesti memahami bahawa wanita
Islam berhak memakai tudung bagi melaksanakan kewajipan mematuhi perintah agama
menutup aurat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom berkata, segelintir majikan meletakkan syarat pekerja wanita yang
beragama Islam dikehendaki membuka tudung kerana kurang faham tentang kedudukan
Islam sebagai agama Persekutuan.
 
"Bila kita faham kedudukan Islam sebagai agama
Persekutuan, kita tidak sewenang-wenangnya menyentuh hak dan agama
masing-masing.
 
"Saya minta pihak berkuasa agama Islam memperjelaskan
kepada pihak majikan berhubung kewajipan wanita Islam memakai tudung,"
katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130702/dn_18/Pekerja-wanita-berhak-bertudung
 

Kirim email ke