Baru-baru ini saya menceritakan kisah
satu keluarga yang anak mereka berumur 1 tahun dimasukkan ke ICU KL,
bagaimana bapa ini terpaksa berulang alik dari Seremban ke KL menaiki
motosikal mengendong anak berumur 4 tahun, tidak dapat bekerja
sepenuh masa, hutang keperluan harian tertunggak. Sanak saudara dan
jiran tetangga perlu membantu.

Semalam ada insan yang prihatin
menghulurkan bantuan melalui akaun bank saya, pada sebelah pagi,
tengaharinya saya jumpa ketua keluarga diatas sedang bekerja memotong
ayam di kedai, terus diberikan sumbangan dari insan yang prihatin
tadi.

Minggu lepas saya terima SMS dari
seorang guru, mengatakan ada pelajar tahun 3 di UKM, perlu jelaskan
yuran pengajian sebanyak RM700 dalam tempoh 2 minggu. Tak sempat saya
nak 'forwardkan' SMS tadi. Pelajar tadi nak pinjam saja, tamat
belajar tahun depan dia akan pulangkan katanya.

Lepas tu ada pula yang kesempitan wang,
perlu ambil motosikal di kedai yang telah lama dibaiki tak mampu nak
bayar. Sedangkan dia amat perlukan motosikal ulang alik kerja, hantar
anak sekolah.

Baru fikir macamana nak usahakan, dapat
panggilan telefon dari seorang kawan nak jumpa nak beri sedikit
sumbangan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Saya habis
kerja pukul 6, 6.30 petang dia datang rumah beri sumbangan.

6.45 petang saya ke CDM BSN Senawang
terus masukkan RM700 untuk pelajar UKM tadi. Beritahu dia , itu bukan
duit saya, ada orang beri suruh agihkan, dan tak perlu bayar balik.

Selesai beri sumbangan banyak-banyak
istighfar, sebagaimana lepas solat kita beristighfar, selepas buat
apa-apa amalan baik, kita banyak istighfar kerana takut amalan kita
bantu orang tak diterima Allah. 

Risau pegang duit untuk bantuan
diberikan orang lama-lama. Orang yang menghulurkan bantuan harap
disalurkan segera, sementara mereka yang mengharapkan bantuan perlu
diringankan beban mereka segera.

Kirim email ke