Masalah premis judi “haram” (tidak berlesen), judi internet
yang tumbuh macam cendawan adalah masalah besar di mana-mana, baik di negeri
tadbiran BN mahu pun tadbiran Pakatan Rakyat. Buatlah apa operasi sekali pun,
masih tak berjaya.
 
Bak saya kata sebelum ini, kita perlu kembali kepada Allah,
bermunajat kepada Allah agar masalah judi ini berkurangan. Disamping itu sesi
kaunseling dan dakwah yang terancang oleh kita semua kepada kaki judi ini perlu
diperhebatkan disamping operasi dan penguatkuasaan yang sedia ada.
 
Bekalan yang tinggi, disebabkan permintaan yang tinggi. High
Demand, High Supply. 
 
Exco: Ada 1,435 premis judi haram di S'gor
3 Julai 2013 
 
Exco kerajaan tempatan Selangor Datuk Teng Chang Khim
mengakui bahawa masalah kebanjiran premis judi haram di sekitar negeri itu
masih gagal diatasi ekoran jumlahnya yang terlalu banyak.
 
Katanya lagi, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menjalankan
sebanyak 148 pemeriksaan, dan mengeluarkan 77 saman serta melakukan 49
penyitaan.
 
Namun ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan,
kata Teng yang menambah, sebanyak 1,435 premis judi dikenalpasti wujud di
negeri tersebut.
 
"Buat (pemeriksaan) satu hari, tutup satu, buka dua
lagi esok. Jadi kita kena fikirkan satu cara yang lebih holistik bagi
memastikan keberkesanan dalam mengatasi masalah ini," katanya. 
 
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Dr Abdul
Rani Othman (PAS-Meru) di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini. 
 http://www.malaysiakini.com/news/234682 

Kirim email ke