Saya cuba dapatkan maklumat dari
beberapa kontraktor di N.Sembilan mengenai masalah wang perlindungan
yang perlu dibayar kepada samseng apabila melakukan projek kerajaan.
Mereka kata memang sering diganggu di tapak projek oleh kumpulan
samseng yang minta wang perlindungan. Kalau bayar mereka tak akan
kacau.

Saya nak cadangkanlah kepada kerajaan
sedia ada agar mengambil langkah transformasi berikut selagi polis
tidak boleh menjamin keselamatan para kontraktor di tapak projek :

1. Sediakan direktori samseng di setiap
kawasan parlimen dan DUN, agar mudah para kontraktor berurusan terus
dengan ketua samseng di kawasan tersebut dari berurusan dengan anak
buah samseng. Biarlah samseng yang melindungi para kontraktor dari
kumpulan samseng lain.

2. Tender kerajaan perlulah dimasukkan
dalam BQnya secara khusus wang perlindungan untuk samseng.

3. Para kontraktor perlulah mudah
mendapatkan lesen senjata api untuk perlindungan diri mereka. Kalau
boleh masukkan dalam BQ tender kos senjata api dan lesen senjata api. 

4. Minta Majlis Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan keluarkan fatwa boleh tak beri wang perlindungan dalam
keadaan darurat.

Tak tahulah apa nak jadi Malaysia kita.
Hanya kepada Allah kita berserah dan bertawakal.

Dua diserang lapan samseng 
17 Julai 2013

SEREMBAN - Dua pekerja sebuah syarikat
mengorek pasir cedera parah selepas diserang sekumpulan samseng
bersenjatakan parang di sebuah tapak projek mendalamkan sungai dekat
Sungai Gadut di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang
itu, mangsa, Mohd. Yussri Rahim, 28, retak tulang lengan kiri selain
bengkak di muka manakala rakannya, Ahmad Hiswan Ahmad Hassan Safri,
26, parah di tapak tangan.

Menurut Mohd. Yussri, ketika kejadian,
dia bersama rakannya itu baharu hendak memulakan operasi hari pertama
di tapak berkenaan.

"Tiba-tiba semasa saya sedang
sibuk bekerja bersama Ahmad Hiswan di hadapan tapak projek, kami
didatangi lapan lelaki bermotosikal lalu mengugut kami supaya
membayar wang perlindungan jika tidak mahu dicederakan.

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130717/je_02/Dua-diserang-lapan-samseng
 

Kirim email ke