Berikut adalah petikan dari tulisan Tn Hj Nik Abdul Aziz bin
Hj Nik Hassan yang diterbitkan dalam buku 'Islam di Kelantan' terbitan
Persatuan Sejarah Malaysia :
 
Raja Kelantan iaitu Tengku Ibrahim Ibnu Sultan Muhammad IV
memanggil Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa, seorang ulama lulusan Mekah dan juga
anak kepada Mufti Kelantan (Hj Wan Musa), ke Istananya yang bernama Sri
Cemerlang. Raja Kelantan yang ingin sangat memelihara anjing, bertanya kepada
Hj Nik Abdullah sama ada anjing itu boleh dipelihara atau tidak, dan bagaimana
jika terkena air liur anjing?
 
Hj. Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjawab bahawa 'kiranya
binatang anjing itu difikir sangat perlu untuk keselamatan rumahtangga, maka
binatang itu perlu pula dipelihara oleh anggota keluarga itu'.
 
Seterusnya, Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjelaskan
bahawa 'jika mengikut pendapat Imam Syafiii, anggota tubuh badan manusia yang
terkena jilatan anjing wajib disamak, akan tetapi jika berpandukan pada
pendapat Imam Malik pula, tidak harus disamak. Justeru, menurut Hj Nik
Abdullah, orang ramai boleh memilih pandangan mana satu di antara kedua itu
yang mereka mahu amalkan.
 
Perbahasan penuh isu ini pada ketika itu di 
http://journalarticle.ukm.my/527/1/1.pdf 

Kirim email ke