Nashir Ahmad M.
Sun, 25 Mar 2007 23:47:56 -0800
Salam, ditunggu seri selanjutnya, jangan lupa japri juga ke saya karena siapa tahu tersangkut di jalan sehingga tidak sampai. demikian. Salam
Safira <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Puak Wahabi diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Fahamannya
dinisbahkan kepada bapanya iaitu Abdul Wahab. Dalam fiqh, mereka
berpegang kepada Mazhab Hanbali yang disesuaikan dengan tafsir Ibnu
Taimiyah laknatullah.
Dalam kitab Munjid ternyatalah bahawa fahaman Wahabi itu adalah
penerus faham Ibnu Taimiyah yang sesat lagi menyesatkan , bahkan
lebih fanatik dan radikal daripada Ibnu Taimiyah sendiri.
Dalam kitab Kasfus Syubahat karangan ulama-ulama Wahabi, cetakan An
Nur di Najd, diceritakan sejarah ringkas fahaman Wahabi begini:
Muhammad bin Abudul Wahab berasal dari qabilah Bani Tamim yang lahir
pada 1115H dan wafat pada tahun 1206H. Dia mendapat pelajaran agama
di Mekah dan Madinah. Di antara gurunya di Mekah terdapat nama
Syeikh Muhammad Sulaiman Al Kurdi, Syeikh Abdul Wahab (bapanya
sendiri) dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab.
Muhammad bin Abdul Wahab ini ketika mudanya banyak membaca buku
karangan Ibnu Taimiyah dan lain-lain pemuka yang tersesat.
Dia mula menyiarkan fatwa-fatwanya yang ganjil di negerinya sendiri
iaitu di 'Ain yah tetapi penguasa negeri itu iaitu Uthman bin Ahmad
bin Ma'mar telah mengusirnya dan berusaha membunuhnya.
Kemudian ia berpindah ke Dur'iyah dan penguasanya adalah Muhammad
bin Saud yang sanggup menolong Muhammad bin Abdul Wahab untuk
menyebarkan fatwa-fatwanya yang sesat. maka bersatulah 2 orang
Muhammad yang berlainan kepentingan.
Muhammad bin Abdul Wahab memerlukan seorang penguasa untuk menolong
penyiaran fahamannya yang baru dan Muhammad bin Saud pula memerlukan
seorang "ulama" yang dapat mengisi rakyatnya dengan ideologi yang
keras demi memperkukuhkan pemerintahan dan kekuasaannya.
Muhammad bin Abdul Wahab pernah menghantar delegasi ke Mekah dan
menyiarkan fatwanya yang ganjil tetapi Syarif Mekah di waktu itu
iaitu Syarif Mas'ud menangkap orang-orang ini bahkan membunuh
sebahagiannya tetapi Muhammad bin Abdul Wahab dapat melarikan diri
dan memberi laporan kepada Raja Saud. Sejak itu, lahirlah permusuhan
di antara kaum Wahabi di Mekah dengan Syarif di Mekah.
Muhammad bin Abdul wahab memfatwakan bahawa orang di Mekah itu
banyak yang kafir kerana mereka membolehkan berdoa dengan tawasul di
hadapan makam Nabi, menziarahi makam nabi, berdoa sambi menghadap
makam nabi, memuji nabi dengan membaca nazam Burdah Amin Tadza,
membaca selawat Dalailul Khairat, membaca kisah Maulud Barzanji dan
kerana mereka enggan menerima fatwanya.
Tersebut dalam sejarah, bahawa satu kali terjadi perdebatan antara
Muhammad bin Abdul Wahab dengan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul
Wahab dalam soal kafir mengkafir ini.
Sulaiman bertanya kepada adiknya: "Berapakan rukun Islam?"
Muhammad menjawab: "Lima"
Sulaiman : "Tetapi kamu menjadikannya 6"
Muhammad: "Apa?"
Sulaiman: " Kamu memfatwakan bahawa siapa yang mengikutmu adalah
mukmin dan yang tidak sesuai dengan fatwamu adalah kafir."
Muhammad terdiam dan marah.
Sesudah itu Muhammad bin Abdul Wahab cuba menangkap dan membunuh
abangnya tetapi Sulaiman dapat lari ke Mekah dan menulis sebuah
kitab " As Shawa'iqul Illahiyah firraddi 'alal Wahabuiyah." (Petir
Tuhan untuk menolak fahaman Wahabi)
Tertulis dalam buku itu sejarah perdebatan seorang lelaki dengan
Muhammad bin Abdul Wahab.
Seorang lelaki bertanya: "Berapa ramai orang yang dibebaskan Tuhan
dalam bulan Ramadhan?"
Muhammad bin Abdul Wahab menjawab: "100,000 orang"
Lelaki itu bertanya lagi: "Pada akhir bulan Ramadhan berapa?"
Muhammad menjawab: "Pada akhir bulan Ramadhan dibebaskan Tuhan
sebanyak yang telah dibebaskan tiap-tiap malam Ramadhan".
Lelaki itu berkata lagi: "Dari mana diambil orang Islam sebanyak itu
pada hal murid-murid kamu tidaksampai sebanyak itu?"
Muhammad bin Abdul Wahab marah dan berusaha menangkap orang itu.
Dalam buku ini juga kita dapat melihat fatwa-fatwa Muhammad bin
Abdul Wahab yang ganjil dan sesat. Kita akan nyatakan satu persatu
fatwa Muhammad bin Abdul Wahab ini yang bertentangan dengan Iktiqad
Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam siri akan datang.
bagaimana komentar mas-mas yang ada disini ?
---------------------------------
Sekarang dengan penyimpanan 1GB
http://id.mail.yahoo.com/