Safira
Mon, 26 Mar 2007 19:26:25 -0800
Menyambut Maulidur Rasul adalah haram dan bidaah dholalah. Ulama Wahabi menfatwakan bahawa menyambut sambutan Maulidur Rasul SAW adalah haram dan bidaah dholalah . Hujah mereka adalah kerana Rasul SAW dan para Sahabat Rasul SAW tidak mengamalkannya dan ianya merupakan satu perkara bidaah(yang diada-adakan) dalam Islam dan bagi mereka setiap bidaah adalah sesat. Ini bertentangan dengan pendapat jumhur ulama Ahlussunnah wal Jamaah yang membolehkan sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi memperingati jasa-jasa Rasul SAW dan sebagai tanda terima kasih kita kepada Rasul SAW yang membawa rahmat ke sekalian alam dengan kelahirannya ke muka bumi ini. Bagi Ahlussunnah wal Jamaah, bidaah itu terbahagi kepada 2 iaitu bidaah hasanah dan bidaah dholalah. Dan sambutan maulidur rasul ini termasuk dalam kategori bidaah hasanah (baik). Kerana ketika sambutan Maulidur rasul inilah , amalan-amalan baik dan ibadah banyak dilakukan seperti selawat, berzanji, mendengar ceramah sirah nabi, nasyid dan pelbagai aktiviti yang menanam rasa kecintaan kita kepada Rasul SAW dengan harapan untuk mendapatkan syafaatnya di Akhirat kelak. Ulama Wahabi juga pernah menuduh bacaan selawat ketika Maulidur Rasul yang menyebut: "Anta nuurun faqaunuri" yang bermaksud "Andalah cahaya di atas cahaya" sebagai bercanggah dengan ayat Al Quran ke 35 surah An Nur yang berbunyi: "Allahu nurus samawa ti wal ard" yang mereka terjemahkan sebagai " Allah adalah cahaya langit dan bumi." Ulama Wahabi menafsirkan selawat tersebut berlawanan dengan ayat Al Quran tadi kerana bagi mereka, Allah adalah cahaya langit dan bumi dan sekiranya Rasul adalah cahaya di atas cahaya, maka seolah-olah Rasul SAW adalah lebih tinggi dan mulia daripada Allah SWT. Maha Suci Allah! Lihatlah betapa dangkalnya tafsiran Wahabi ini yang hanya menerima tafsiran zahiriah ayat Quran tersebut dan tidak mengupas maksud simbolik atau batiniah surah tersebut. Bagi Ahlussunnah wal Jamaah, tafsiran ayat Quran 35 surah An Nuur itu sepatutnya berbunyi: "Allah adalah cahaya (petunjuk/hidayah) langit dan bumi" dan bukannya seperti yang ditafsir oleh ulama Wahabi tersebut. Sekiranya tafsiran ulama Wahabi ini diterima, maka kita telah melakukan syirik dengan mengatakan Allah itu adalah cahaya sepertimana cahayanya para malaikat, matahari, lampu, lilin dan sebagainya. Maha Suci Allah daripada bersifat seperti makhluk-Nya. Mari kita melihat surah As Syura:11 yang bermkasud: "Tiada yang menyerupai-Nya sebarang sesuatu." Tetapi hal ini pun tidaklah menghairankan kerana mereka lebih gemar mengikuti Ibnu Taimiyah laknatullah itu dalam menerima tafsiran zahiriah semata-mata tanpa mengupas dan melihat maksud tersirat dalam sesuatu surah itu. --- In keluarga-islam@yahoogroups.com, "al.fatih" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Makasih Pak Dodi, gak usah dibantah dibiarkan aja ntar hilang > sendiri. Asal tahu aja istilah wahhabi itu dari dulu tidak ada, yang > memunculkan ya orangnya itu-itu juga, kelompok itu-itu juga. Yang > ada dakwah salafiyah yang menisbatkan kepada generasi salaf dan > isnya Allah dakwah ini akan terus berkembang di dunia dengan manhaj > salafnya. Di negeri ini gak usah ditanya, apa lagi di Jabotabek > subhanallah umat sudah mulai memahami dinul islam ini dengan baik > termasuk pegawai-pegawai kantoran yang sibuk mencari uang kini > disela-sela jam istirahatnya banyak mengisi waktu dengan kajian- > kajian ilmiah bermanhaj salaf. Jadi gak usah dirisaukan... > > --- In keluarga-islam@yahoogroups.com, "dodindra" <dodindra@> > wrote: > > > > Ass Wr Wb > > > > Silahkan ditunggu kelanjutannya, namun, tolong isinya jangan > menjadi > > hujadan. > > Semoga kita semua bisa mengambil hikmah dari informasi tersebut... > > Bagi yang akan mengomentari dan berisi bantahan juga silahkan, > > ditunggu juga, agar kita bisa seimbang mengambil datanya... > > > > wassalam, > > dodi