* * * * * *

Aku tak bulih nak tipu bahawa aku sedikit mengalirkan air mata bila
baca statement berikut dalam Utusan Malaysia hari ini :

-----------------

UTUSAN: Anak-anak kamu sukakan Yusof?

Noor Shida: Kelima-lima anak saya sukakan Yusof terutama yang bongsu
tadi. Pagi ini, apabila bangun tidur, Shahida tanya ke mana Yusof
pergi.

UTUSAN: Apa kamu jawab?

Noor Shida: Saya cakap ibu bapanya telah datang ambil.

UTUSAN: Apa permainan Yusof sepanjang di sini?

Noor Shida: Setiap hari, Yusof akan main pasir dan besi-besi buruk
yang dibawa pulang oleh suami saya.

UTUSAN: Kamu rindukan Yusof?

Noor Shida: Rindu. Sebab saya dah anggap dia macam anak saya sendiri.

----------------

Berita sorang budak hilang ni dah jadi isu nasional minggu lepas.
daripada mat2 rempit, sampai la ke menteri2 dan pegawai2 atasan polis
masing2 berganding bahu mencari dia pagi petang siang malam. habih
kedai2 kopi dan tiang2 talipon ditampal dengan muka budak ni. tak
kurang juga dermawan dan hartawan yang berganding bahu berlumba2 nak
bagi duit kepada sapa2 yang berjaya pulangkan yin, nama budak yang
hilang ni tadi, ke pangkuan mak ayahnya yang merinduinya.

first time aku dengaq berita ni, kepala hotak aku dah sedikit celaru
dengan pertanyaan demi pertanyaan tentang perilaku mak ayahnya.
dikatakan anaknya hilang kat sogo. untuk mereka yang tinggal dan
menetap di kuala nerang atau hutan kampung dan tak pernah tengok pekan
yang lebih besaq daripada pokok sena ataupun langgaq, ingin aku
gambarkan bahawa sogo adalah sebuah pusat membeli belah yang terletak
di tengah2 kotaraya kl yang mana kalau hari minggu - terutamanya kalau
ada sales - kawasan tu kelihatan seperti sedang dikerumuni oleh
manusia2 yang berpusu2 melarikan diri dari medan peperangan!

sogo. aku sendiri pun boleh hilang arah kalau tak kena gaya.

jadi, bila yin dilaporkan hilang di sogo, hati aku tesentap. apa punya
jenih mak ayah yang boleh dok beshoping sampai lupa anak dia dok tang
mana? budak tu bukannya hilang sekejap. dah keluaq dari sogo, dah nak
lintas jalan! aku tatau bila pasangan ni sedaq anak dia hilang.
mungkin dalam perjalan balik ke ipoh kot. atau masa dah sampai rumah
dan dok punggah barang belian kemudian baru sedaq yang depa terlupa
beli kasut baru kat yin, dan pada masa tu la depa baru terpikir "..eh,
mana yin?".

aku tatau time bila depa perasan. tapi aku rasa kurang selesa dengan
situasi macam ni.

walaubagaimanapun aku tak tolak bahawa benda ni boleh berlaku pada
sesiapa sahaja yang teramat cuai. tetapi nasib ayah yin ni baik,
kerana kecuaiannya berlaku ketika Malaysia sedang dilanda demam
pilihanraya umum. jika tidak, mungkin mereka boleh melupakan terus
masalah terlupa beli kasut baru kat yin tu tadi, kerana sepertimana
masalah orang2 hilang yang lainnya, sudah pasti masalah mereka juga
akan dijadikan kes2 terpencil dalam fail siasatan kerajaan.

aku mengikuti berita ayah yin ni dengan penuh minat. dan perkara yang
aku tak boleh lupakan ialah bila dia berjanji depan rakyat malaysia
bahawa dia akan memaafkan dan tidak akan mengambil apa2 tindakan
kepada mereka yang memulangkan anaknya. dalam pada masa yang sama, dia
juga mengumumkan bahawa terdapat individu2 yang berjanji untuk
memberikan ganjaran duit kepada sesiapa yang memulangkan anaknya.

akhirnya yin diserahkan semula oleh pasangan myanmar. pasangan yang
tinggal di tempat yang boleh dikategorikan sebagai stor simpanan
barang itu tadi kini sedang mengikuti proses untuk dibicarakan
berkaitan sendiket mengemis. atau lebih tepat lagi, mereka ini disyaki
memaksa yin untuk mengemas, dan mempunyai mala fide dengan menyimpan
yin.

sebelum tulisan ni diteruskan, aku nak bagi clear bahawa aku menentang
segala bentuk perancangan terancang kumpulan peminta sedekah tak kira
had umur dalam usaha mengaut keuntungan yang cepat. full stop.

setelah yin berada dipangkuan ayah yin, dan suluhan lampu kamera
menerangi muka2 mak menteri dan jugak pegawai2 keselamatan atasan,
nada ayah yin mula bertukar. daripada memaafkan kepada prejudis dan
seterusnya membuka laporan untuk membenarkan siasatan terhadap
keluarga myanmar tadi.

laporan demi laporan ke atas keluarga myanmar tadi lebih berbaur
prejudis. salah satu soalan menarik yang ditanyakan kepada keluarga
ini tadi ialah kenapa mereka tidak melaporkan kepada polis, dan -
memetik dari laporan um - mereka menjawab - dan aku quote directly -
"Saya hendak hantar Yusof ke balai polis, tetapi tidak tahu caranya
bagaimana".

bagi aku itu adalah satu statement yang sangat jujur datang daripada
warga asing. kenapa aku kata statement jujur? sebab kita sendiri pun
tak tau kat mana balai polis yang berdekatan dengan rumah kita! kalau
pun kita tau, sapa2 yang pernah pi buat report kat balai polis mesti
tak pernah terlepas daripada pengalaman "disoal seperti orang salah"!
rumah kena rompak? "kenapa encik tak kunci elok2? kenapa encik tak
bukak lampu? kenapa encik tak beritahu jiran? kenapa encik nak
menyusahkan saya tengah2 malam ni menulis report untuk encik sedangkan
gaji saya tak penah naik?"

habis bab polis, ayah yin pulak dalam akhbar yang sama hari ni dok
belek kaki anak dia. kudis katanya. syak yang kemungkinan anak dia dah
start dijadikan pengemis. mintak siasat supaya tak jadi benda yang
sama pada orang lain.

soalan aku : mana dia kemaafaan dari hang sewaktu hang tengah susah
dulu? mandia sifat kemanusiaan yang ada pada diri hang ketika hang
menyesal dengan kealpaan dan kecuaian hang semasa beshopping di sogo
sampai hilang anak dulu? manadia janji hang sebagai orang Islam!

myanmar ni tadi ambik, bela, bagi makan dengan apa yang dia mampu.
mereka tak mampu bersekolah, tak dihiraukan oleh sesiapa. dicampak
dari bumi myanmar ke tanah melayu, merempat tanpa diberi pembelaan
sewajarnya - tetapi masih berhati perut untuk menjaga, memandikan,
memberikan makan sedang mereka sendiri tak mampu untuk menyediakan
kemudahan ke atas diri dan keluarga mereka. dan apa yang ayah yin
harapkan lagi pada keluarga seperti ini? menatang anak mereka dengan
mandian dan wangi2an dan menjamu makanan berkhasiat untuk yin
sedangkan mereka sendiri tidak tahu nasib mereka di esok hari? apakah
ayah yin mengharapkan mereka ini akan memakaikan yin dengan pakaian2
berjenama dari sogo dan menyediakan permainan2 malah dari toys r us
sepanjang yin di bawah penjagaan mereka?

MEREKA ADALAH PENGEMIS! dan pengemis ini - yang saban hari hidupnya
dihina, diludah, dihalau, dilayan seperti kucing kurap - sanggup
berkongsi rezeki yang tidak pernah cukup untuk mereka, demi untuk
memastikan yin terus hidup, terjaga dan terpelihara. di mana hati
perut hang, ayah yin, sehingga sanggup prejudis sebegitu rupa?

bukankah sekarang menjadi tanggungjawab hang membalas budi mereka
menjaga yin dengan memastikan mereka pula mendapat pembelaan
sewajarnya? sekurang2nya memastikan, kalau pun tidak keseluruhan
komuniti myanmar yang ada di situ, paling tidak keluarga pengemis ini
sahaja diberikan tempat di jabatan kebajikan masyarakat untuk mengubah
nasib mereka. ataupun membantu menyekolahkan anak2 mereka nanti. atau
paling tidak membetulkan stor usang yang menjadi tempat mereka
berteduh.

mereka menjaga, memberi makan, dan membelai yin dengan seadanya, dan
ini ucapan terima kasih hang terhadap mereka? memersampahkan mereka
yang telah sedia disampahkan oleh masyarakat? menambah kehinaan mereka
yang telah sedia dihina oleh masyarakat seperti hang?

ayah yin. hari ni hang gembira sebab telah berjumpa dengan anak hang
yang hilang. kembalilah dia semula dalam keluarga yang begitu merindui
dan menyayanginya. peluklah dia, dan belailah dia seadanya. jagalah
dia dan jadikan ini iktibar supaya hang tak hilangkannya sekali lagi
nanti.

bergembiralah dengan benda yang hang telah berjumpa. walaupun secara
tak sedarnya hang lansung tak peduli dengan satu perkara lagi yang
hang sengaja hilangkan.

hang telah hilang maruah dan harga diri ke atas janji seorang saudara
kepada saudaranya yang lain. mungkin inilah kesannya jika terlalu
banyak dilimpahi lampu kamera dan ucapan tahniah tangan2 lembut pak2
menteri yang hidup mereka tidak pernah merawat kudis di kaki anak yang
terpaksa membantu ibu dan ayahnya mencari rezeki demi untuk meneruskan
hidup di kemudian hari.

inilah realiti...

matkeri

Di ambil dari : http://www.assunnah.or.id/images/ass1.gif


*****************************************************


Waktu Solat Malaysia => http://www.waktusolat.net
TEMUI PASANGAN HIDUP => http://www.myjodoh.net



*****************************************************

1) Keluar : [EMAIL PROTECTED]
2) Sertai : [EMAIL PROTECTED]
3) Hantar Topik : [email protected]
4) Laman web : www.mymasjid.com.my

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke